Thursday, March 30, 2017

Pertunangan Huda, 19 Mac 2017

Assalamualaikum.

Mari sambung cerita balik kampung baru-baru ni, yup, aktiviti pada hari Sabtu, 19 Mac 2017, hari pertunangan Huda, penyebab utama kenapa kami balik Semenanjung.

Kami bangun awal dan keluar daripada rumah dalam jam 8.30 pagi. Kami berhenti minum dan makan kuih di Restoran Belanga sebelum terus ke Sg Buaya.

Apabila sampai, kami dapati orang sudah ramai....

Hmmm...ada khemah lagi. Bagi saya setting tempat ini adalah agak cantik, tetapi tetap panas lah kan...namapun iklim khatulistiwa

Masuk dalam rumah, saya nampak pelamin ni...simple aja pun, tapi cantik.

Saya terus lepak tengok Huda bersolek...depa bersolek sendiri ajapun....

Lepas tu biasalah, bising-bising kata rombongan lelaki sudah sampai, dan saya pun lepak lah di luar sebab nak tangkap gambar.

Hah, ini antara orang-orang penting...sedara mara bersama ibu Huda

Haaa...perbincangan....simple aja pun. 

Selepas itu, ada upacara sarung cincin..
Yup...bakal ibu mertua Huda aka bekas cikgu juga...

Huda dan Faiz, semoga dipermudahkan semua urusan mereka sehingga bertemu jodoh, dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah dan kekal bahagia hingga ke jannah. Aamiin.

Huda dan keluarga, keluarga ni semuanya tinggi-tinggi.

Sesungguhnya ada banyak lagi gambar, tapi saya tidak mampu untuk masukkan semua

Yang ini dengan Malena, sepupu yang jarak umur dalam 1 minggu sahaja. Semoga allah temukan jodoh Malena secepat mungkin juga. Aamiin.

Huda and opah

aish...Mekyah, Huda and I...I look huge when seated next to these two petite

Tetamu wanita

Fokus...

Lagi gambar tetamu wanita

Selepas itu, upacara makan pun bermula.
Menunya memang menepati citarasa saya. Ada gulai daging salai dan nenas yang marvellous. Sebelah kanan tu adalah ayam masak merah. Saya sudah confuse untuk ambil yang mana.

Ada sambal udang, ikan masin, ulaman dan sambal belacan.

Dan ada kuih muih yang sangat banyak dan sedap-sedap belaka

kami makan....

Ini nasi saya, saya suka gandingan gulai nenas tu, dengan ikan masin dan sambal belacan...teringat-ingat lah pulak.

Banyak sangat kuih muih yang dihidangkan, nafsu makan pun besar, cuma perut tidak mampu untuk di isi banyak-banyak...

Kembo dan Sarah yang mewakili ibu bapanya

Selepas makan, kami semua mahu buat group photo, tapi tidak menjadi. Walau bagaimanapun, budak-budak tu sempat ambil gambar beramai-ramai.

Yang ini pun ada...mereka ini memang gang umur sama

Cousins perempuan bersama seorang jejaka macho...saya suka gambar ini.

Selepas itu, ada yang balik terus...
Ini gambar gang Shah Alam beratur berjalan ke kereta...saya suka juga gambar ini

Kami yang masih tinggal terus makan dan minum. Saya minum banyak sebab cuaca panas. Saya juga telah makan satu round lagi petang tu..hah. Konon nak rasa udang masak sambal tu, tapi gulai nenas dan daging salai masih terbaik bagi saya.


Akhirnya adalah satu gambar beramai-ramai sebelum emak/opah balik ke Chemor.

Saya dan Shuk pun balik ke Shah Alam selepas itu.

Selamat bertunang Huda dan Faiz, semoga impian untuk mendirikan rumah tangga akan menjadi kenyataan, insyaa allah.

Monday, March 27, 2017

Balik Kampung Mac 2017, Saf dan Paksu

Assalamualaikum.

Saya sambung post mengenai percutian kami baru-baru ini. 

Pada hari Sabtu, 18 Mac 2017, saya telah menelefon Saf dan tanya sama ada dia boleh keluar jauh sikit daripada IJN. Pada mereka yang masih belum maklum, Saf ada lah rakan sekerja saya di KK dan dia telah berada di IJN untuk lebih kurang sebulan kerana menjaga anaknya Danial yang mengalami komplikasi jantung.

Danial adalah kanak-kanak istimewa yang telah di lahirkan dengan masalah jantung. Sewaktu dia masih bayi, dia telah menjalani pembedahan untuk jantung berlubang serta di masukkan bateri di India. Baru-baru ini bateri di jantung Danial mengalami masalah dan perlu di ganti baharu.

Pada masa kami pergi melawat, Danial sudahpun menjalani pembedahan, dan ditempatkan di wad separa ICU. 

Kami tahu Saf sedih, risau dan mungkin kurang tenteram sekiranya kami membawanya keluar jauh sedikit daripada IJN, dan atas sebab itu, kami pun bertanya dahulu bagi mendapatkan persetujuannya. Dia okay aja, lagipun kami hanya ke Jalan Bellamy untuk makan ikan bakar, bukannya jauh pun.

Kami tahu Saf suka ikan jadi Shuk ambil ikan cencaru, siakap dan sotong dua ekor. Saf ni orang Sabah dan suka makan ikan. Kami rasa dia happy makan sebab dia siap ambil nasi tambah...dia rindu KK.

Selepas makan, kami telah pergi melawat Danial. Danial yang saya kenal adalah seorang budak yang cergas, dan oleh kerana itu, menyaksikan kesakitan yang dialaminya menyebabkan saya mengalirkan air mata. Saya terpaksa keluar sebentar daripada bilik Danial untuk pergi mendapatkan tisu...hiks. 

Saf pula sangat kuat dan sentiasa mengulangi kata-kata "Danial strong, don't cry". Hah, aku lah pulak yang menangis mendengar kata-kata itu.

Kami tidak boleh mengambil gambar di dalam wad dan seperti pada hari ini (27 Mac 2017), Danial sudahpun berada di KK walaupun masih belum pulih sepenuhnya.

Pada sebelah petangnya pula, saya dan Shuk ke Putrajaya untuk melawat Paksu (bapa saudara Shuk) yang juga baru menjalani pembedahan. Kami sentiasa mengikuti perkembangan Paksu dari jauh dan mendoakan semoga dia bisa cepat sembuh seperti biasa.

Paksu kelihatan lebih sihat selepas pembedahan kali ini, alhamdulillah.

Haaa..Paksu berbaju tshirt. Yang lebih seronoknya, ada banyak makanan yang dihidangkan...yeah, ada bihun goreng serta kuih muih. Habis diet saya.

Kami kembali ke rumah pada waktu Maghrib dan tidak keluar ke mana-mana selepas itu. Melalui kumpulan wassup keluarga, kami telah dimaklumkan bahawa rumah abang saya di Sg Buaya sudah meriah dengan persiapan untuk majlis pertunangan Huda pada hari esoknya...

Gambar adik beradik Kak Ina bersama emak saya

Cik Ira sibuk membantu membuat hantaran.

Saya tengok sajalah dari jauh sebab saya tidak berkesempatan pergi pada malam itu, tapi tak pe, esok kita jumpaaa...

Saya sambung di post seterusnya ye you alls...

Balik Kampung, 15-22 Mac 2017 , Bahagian 1

Assalamualaikum. 

Saya doakan semoga kita semua diberikan kesihatan fizikal dan mental yang baik. Saya akan bercerita mengenai percutian saya di Shah Alam baru-baru ini.

Tujuan utama kami balik adalah untuk menghadiri majlis pertunangan anak saudara kami, Huda. Kami telah dimaklumkan awal mengenai majlis pertunangan ini dan oleh kerana itu, kami dapat merancang percutian lebih awal untuk tempahan kapal terbang serta permohonan cuti. Oleh kerana musim cuti sekolah, kami terpaksa menempah tiket kapal terbang lebih awal iaitu pada 15 Mac dan balik lewat sedikit iaitu pada 22 Mac.

Saya juga telah dimaklumkan agak lewat bahawa saya perlu menghadiri mesyuarat di KL pada 17 Mac. Selain daripada itu saya juga telah menghambil kesempatan untuk melawat Saf dan Danial di IJN.

Tiket kami untuk ke Kuala Lumpur adalah pada hari Rabu, 15 Mac, jam 10.00 pagi. Pada awalnya kami bercadang untuk  meletak kereta di ofis dan breakfast di Tokmi sebelum ke airport. Walau bagaimanapun, oleh kerana kami keluar dari rumah agak lewat, kami hanya sempat meletak kereta di ofis dan terus bergegas mencari teksi ke airport daripada ofis.

 Gambar beg kami. Kami naik Air Asia dan tidak membeli langsung ruang untuk meletak barang di kargo demi untuk menjimatkan kos. Kalau you all perasan, beg saya dua-dua berwarna merah. Saya pun baru perasan sebab baru-baru ini, saya beli handbag pun berwarna merah juga...heee...peminat merah rupanya saya ni. Hah....


 Sampai di KKIA, kami singgah minum pagi sebab memang sudah kelaparan. Kami makan ringan sahaja sebab kami ada buat pre booked meal dalam flight nanti.


Kami tidak pasti kenapa tempat duduk kami adalah terpisah di dalam kapal terbang. Saya tidak faham kenapa susah sangat untuk mengubah kedudukan di dalam kapal walaupun ada penumpang yang memang sudah bersedia untuk tukar suka sama suka. 



Perkara yang sama pernah di alami oleh kawan sepejabat yang membawa anak kecil dua orang...memang menyusahkan dan membuat kita rasa stress, walaupun cuba untuk menjadi positif. 



Walau bagaimanapun, sekali-sekali terpisah dengan suami ni, seronok juga sebenarnya sebab kebetulan saya duduk bersebelahan dengan seorang cikgu dari Semenanjung yang mengajar di sebuah kawasan pendalaman Sabah, iaitu di daerah Telupid. Kami tidak berhenti bersembang sehingga kami tidak sempat lena pada sepanjang perjalanan kami.



Gambar kami terpisah di dalam kapal terbang...

Sampai di Shah Alam pada tengaharinya, kami seperti biasa berasa sangat teruja untuk makan di restoran kegemaran kami, Cili Merah. Walau bagaimanapun, Allah ada perancangan yang lebih baik kerana Cili Merah tiba-tiba tutup untuk kerja-kerja maintenance. Alamakkkk....

Sebagai pilihan ke 2, kami telah ke Restoran Hartini di Seksyen 11.

Saya makan nasi kukus, dan suami makan nasi dengan gulai kuning apa ntah...saya baru tahu satu perkara tentang Restoran Hartini, yup...kuah kari dia kurang kick. Kalau makan di Hartini, makan gulai lemak kuning dia, baru kick. 

Esoknya kami breakfast di Hartini juga...ada gambo...



Saya makan yang atas ni sementara suami makan pulut kuning dan rendang dan bubur kacang. Cuaca di Shah Alam pada sepanjang kami bercuti adalah panas lit lit sehingga kami berasa kurang selesa untuk lepak lebih lama di kedai makan. Keadaan panas juga menyebabkan suami saya terpaksa order teh tarik 2 cawan sebab saya cukai lebih sikit...he he he, saya minum banyak sebab dahaga.

Kami ke Mitsui pada hari Khamis tengahari. Walau pun pada awalnya kami tidak bercadang untuk membeli apa-apa di situ, tetapi kami tetap terjebak. Suami saya telah beli seluar dan kasut dan saya telah beli handbag dan file. Hah....ada gambar handbag...

I don't know what has gotten into me, but I chose a red handbag, and I like it

Sebab lapar, kami pun cari lah tempat makan di Mitsui dan telah membuat keputusan untuk ke food court. Kami kurang bersemangat sebenarnya apabila melihat pekerja di gerai makanan di food court tersebut adalah rata-rata bukan orang Malaysia. Rasa tak best kan.

Tapi kami tetap order bihun tomyam daripada salah satu stall, yang di jaga oleh pekerja Bangladesh, hmmm.

Langsung saya terkenang laksa kedah kow di Design Village Batu Kawan. Tempat makan di Mitsui adalah lebih proper, maklumlah, managed by Japanese kan and I have no complaint (I like it in fact). Tapi bihun tomyam yang kami order tu memang ada rasa manis berlebih...

Selepas makan, kami ke Sama-Sama Hotel sebab saya ada mesyuarat pada hari esoknya. Suami saya telah terus tidur apabila kami sampai di bilik sementara saya telah mandi, solat, buat sedikit preparation untuk meeting dan cuba tidur, tapi tak boleh lena la pulak, mungkin sebab saya telah mandi dan jadi segar, walaupun rasa letih.

Malamnya, kami keluar ke airport untuk cari makanan. 

Gambar di atas adalah gambar candid yang suami saya ambil sewaktu kami menunggu coaster yang sediakan oleh hotel untuk ke KLIA. Saya tengah menguap...ha ha ha

Kami telah pusing-pusing dulu KLIA sebab kami ke foodcourt level 2. Berpeluh juga bila pusing-pusing KLIA tu.

Haaa, makanannya. Suami saya ambil nasi, gulai lemak kuning, ayam goreng, telur masin dan sambal belacan. Saya ambil kundas aja kononnya. Lepas saya habis makan kundas tu, suami saya suruh rasa nasi dia. Sedap lah pulak nasi tu. Saya makan sikit dan suami saya kata nasi tu tak cukup. Langsung dia pergi ambil nasi dengan lauk yang sama sepinggan lagi. Kami balik ke bilik hotel dengan rasa yang amat kenyang malam itu.

Sebab kenyang, dan memang penat sebab tak sempat tidur petangnya, saya terus lena apabila kepala saya diletakkan di atas bantal.

Esoknya saya bangun awal, dan breakfast di dalam bilik sahaja sebab malas nak turun ke restoran. Walau bagaimanapun, kami telah dihidangkan dengan makanan yang menarik sewaktu mesyuarat..


Semuanya sedap.

Selepas mesyuarat, kami telah singgah makan di Rnr Dengkil sebelum terus balik ke Shah Alam. Saya sempat jugake Kompleks PKNS untuk menggunting rambut sebab saya belum lagi jumpa kedai gunting rambut yang benar-benar sesuai di KK. Cuaca panas menyebabkan kami cepat penat dan terus mengantuk apabila sampai di rumah.

Pada malamnya, kami telah ke Malaya Kopitiam untuk dinner bersama Faisal. Buat makluman, rumah Jalan Ferum kami sekarang di penghuni oleh 5 orang jejaka, termasuk Faisal. Mereka akan menghuni rumah kami sehingga bulan Ogos 2017.

Selepas makan, kami balik dan tidur. 

Cerita saya akan bersambung di post seterusnya.



Monday, March 13, 2017

Tentang Bulan Mac, Harijadi dan Anniversary

Assalamualaikum.

Hari ini 12 Mac 2017 (Ahad). Perlawanan akhir All England sedang berlangsung, tetapi saya hanya mendengar, belum lagi mahu menonton. Menonton badminton ni bisa bikin gua berdebar-debar, jadinya, biarkan dulu. Kalau rasa memang ada peluang mahu menang baru saya menonton, jika tidak, saya buat benda lain sahajalah.

Saya juga nak share gambar di atas yang baru saya ambil selepas solat Isyak tadi. Cantik bulan malam ini.

Bulan Mac seperti biasa adalah bulan yang penting buat saya dan suami. Pada hari Isnin, 1 Mac, ianya adalah hari di mana kakak sulung saya meninggal dunia pada tahun 2008. Alfatihah buat beliau. 

Ada terlampau banyak berita kematian telah saya terima pada minggu itu sehingga menyebabkan saya sedih.  Adik kepada kawan saya, seorang cikgu telah meninggal dunia di dalam tidur (dipercayai di serang sakit jantung, dan umurnya belum 40 tahun). Bapa kepada seorang kenalan di KK pula telah mengalami kemalangan jalan raya, cedera di kepala sehingga meninggal dunia. Jins Shamsudin serta Ary Malik juga meninggal dunia. Semoga dipermudahkan semua urusan akhirat hamba-hamba mu ini ya allah. 

Saya juga semakin sihat, alhamdulillah. Walau bagaimanapun, pada hari Ahad, 5 Mac, mata saya tiba-tiba merah dan saya telah di beri MC pada 6 dan 7 Mac. 

7 Mac adalah hari jadi saya. Sebab mata saya merah, saya telah mengambil keputusan untuk masak di rumah sahaja. Saya masak bihun bodo, dengan ikan bilis dan telur sebagai perencah. Tapi ye lah, bila kita masak sendiri, memang sedap ajalah rasanya. Suami saya pun ceria sahaja bila makan. Ada gambar...

Sejak berpindah ke rumah baru, saya agak kurang ke dapur kerana kami sering makan di luar. Rutin kami adalah, kami akan makan di kedai/kafe pada waktu pagi bersama, makan apa yang ada waktu lunch (buah ke, kuih ke) dan kami akan makan makanan yang lebih ringan pada waktu malam, seperti roti, atau kalau rajin, saya akan buat cucur.

Oleh kerana bekalan air mineral di rumah sudah habis pada hari itu, suami terpaksa ke kedai pada waktu tengahari. Walau bagaimanapun, apabila dia pulang, dia telah masuk ke rumah dengan terujanya dan cakap, "Cikbib, cepat, saya beli kek".

Seperti biasa, apabila di rumah, saya pakai uniform rumah lah kan, dengan baju t dan seluar kain kapas. Suami pulak terus ambil pinggan lah, buka kotak kek lah, dan terus letak lilin dan bakar lilin. Saya suruh dia padam balik lilin tu sebab saya nak tukar baju dan pakai tudung...




Ini keknya. Saya tanya nama kek, suami saya kata dia tak ingat. Saya tanya kenapa satu aja lilin, suami saya kata "tak pe, buat syarat aja". Ha ha ha, macam itu lah kalau suami yang yang uruskan, haru biru juga sebenarnya sebab dia sangat excited. 

Walau bagaimanapun apa yang suami saya buat tetap sweet dan sesungguhnya saya sangat terharu dengan ingatan ini. Terima kasih suami...terima kasih atas ingatan, atas doa, atas perhatian juga kasih sayang. Saya tahu saya ni perangai tu kadang-kadang boleh tahan juga, tapi suami saya terima saya seadanya. Terima kasih lagi sekali. Okayy, cukup, kami tak boleh sweet-sweet sangat sebab takut kelahi pulak lepas ni.

Oh, untuk makluman para pembaca, encik suami telah beli kek aiskrim yang berperisa coffee (memang dia coffee lover).

Potong, punye lah keras. Saya suka toppings kek tu di mana mereka telah tabur grated chocolate serta kacang, sangat sedap. Kami makan sikit dan telah bawa sedikit ke ofis.

-----------------------------------------------------------

11 Mac 2017 pula adalah anniversary kami yang ke 11. Oleh kerana ianya jatuh pada hari Sabtu, kami telah berangan-angan untuk ke Karambunai. Kawan sepejabat pula telah bertemu dengan pegawai Nexus Karambunai baru-baru ini dan kami telah dimaklumkan yang ada pakej istimewa, di mana makan malam turut dimasukkan. 

Kawan pejabat saya telah tolong kami untuk menguruskan tempahan hotel sebab pada kali pertama kami pergi lebih kurang 2 tahun lalu, kawan saya itu marah sebab kami tidak pergi melalui dia. Dia kata dia boleh dapatkan pakej yang lebih baik untuk saya. 

Maka, pada hari Sabtu, 11 Mac 2017, lebih kurang jam 1.30 tengahari, kami telah memulakan perjalanan ke Karambunai. Daripada KK ke Karambunai adalah lebih kurang 40 minit, walau bagaimanapun kerja-kerja menaik taraf jalan telah menyebabkan perjalanan kami mengambil masa yang lebih lama.

Kami sampai dalam jam 2.30 petang dan terus mendaftar masuk.

Ini biliknya...kami dapat tingkat 3.

Dan...tadaaaa....yeah, ada kek dan buah lagi. Terima kasihhh..ini mesti kawan saya yang bagitahu hotel mengenai anniversary kami. 

Ini kad nya, saya nak rotate gambar, tidak boleh rotate lah pulak...sila sengetkan kepala anda untuk membaca

Saya bersyukur sebab ada buah dan kek itu sebab pada waktu itu saya memang lapar. Kami terus makan, lepak dan berbincang mengenai aktiviti seterusnya sementara menunggu Asar. Mengikut perancangan, petang itu kami akan lepak di pantai, melihat sunset, balik solat, dinner, lepak dan tidur. 

Lepas Asar, kami pun keluar. Ini gambar nombor bilik kami

Jumpa buai, Shuk naik...

Walau pun kami telah merancang, Allah juga ada perancangan yang lebih baik untuk kami sebab tiba-tiba telah diturunkan hujan. Oleh sebab itu, kami telah mencari wakaf untuk berlindung.

Kami tengok pantai, tengok hujan, tengok orang dan bersembang. Kami cuba untuk tidak tengok telefon sangat.

Hujan di KK ni macam angin, tidak lah terlalu lebat, tetapi sebab berpanjangan, lama-lama kita akan tetap basah.

Oleh sebab keaadaan hujan yang sedemikian,  kerja-kerja posing masih boleh berjalan.

Masih pergi ke pantai, main air sikit-sikit

sebenonya dalam hati sangat teringin nak mandi laut, tapi hubby tidak bawa baju yang sesuai

Sebab hujan semakin lebat, dan saya tiba-tiba sakit perut, kami bergegas pulang ke bilik..

Duduk di balkoni, tengok ombak yang agak kuat

Kami juga dapat view ini di sebelah kiri, view pokok

Atas pokok ini ada banyak burung.

Oleh kerana hari hujan, maka tiada sunset untuk kami. Saya sempat lelap sekejap petang itu, selepas itu mandi dan bersiap untuk makan malam.

Kami dapati restoran di hotel adalah agak penuh dengan pelancong daripada China dan Korea. Pada malam itu hanya kami serta satu lagi pasangan Melayu yang berasal dari Malaysia. Yang lain semuanya pelancong asing.

Apabila kami masuk sahaja ke dalam restoran, pekerja restoran terus memberitahu kami yang makanan yang dipesan mungkin lambat sedikit sampai dan kami rasa okay aja sebab kami boleh tunggu dan bersembang. 

Yay, kami menunggu sambil bersembang, sambil tengok orang dan cuba untuk mengurangkan penggunaan handphone.

Mereka juga telah menghidangkan kami roti ini untuk mengisi masa...I just wish that they could serve soup together with the bread..hah. Walau bagaimanapun kami tetap menghargai sensitiviti mereka.


Sesungguhnya, dalam jangkamasa kurang daripada 20 minit, makanan telah sampai (tak lama pun). Saya pesan bihun sup, dan suami telah pesan nasi goreng. Kami juga memesan buah-buahan (saya tidak boleh rotate gambar ini, sorry).

Selepas itu kami pergi lepak di lobby, sebab ada orang menyanyi live. Sebelum balik, kami tangkap gambar...

Tempat ini adalah tempat kegemaran kami sebenarnya sebab di belakang itu ada laut...tapi malam kan, langsung tak nampak. 

Esoknya, saya dibangunkan dengan bunyi kicauan burung. Saya ingat kan sudah cerah, rupa-rupanya burung di Karambunai memang suruh saya bangun untuk solat subuh.      

Selepas itu, kami terus pergi sarapan.            


Haaaa.....tengok tu makanannya, habis diet ku 

Oleh kerana hujan masih berterusan, kami lepak sahaja di luar restoran tu.

Haaa, gambar ini ditangkap sebab kami mahu abadikan bunga-bunga yang cantik di belakang itu.

Selepas itu kami lepak di bilik, tidur balik, bersiap dan check out.

Sebelum balik rumah, kami sempat pergi ke Seri Rasa, Dalit, satu lagi hotel yang terkenal, tetapi mahal. 

Itu lah satu lagi catatan perjalanan hidup kami untuk bulan Mac, harijadi saya serta ulangtahun perkahwinan kami yang ke 11.