Friday, December 14, 2012

Nikmat Sihat

Saya rasa macam demam hari Selasa lalu. Tekak rasa perit, batuk dan badan rasa panas. Saya boleh menghadiri mesyuarat, tapi saya tak boleh fokus untuk check paper officer saya...

Balik rumah, saya bersemangat bawa paper officer saya balik, yup, ingat boleh clear. Sampai rumah, demam saya makin teruk. Saya kata makin teruk sebab saya boleh selesa pakai sweater. Haaaa, kalu tak demam soheh la menggelupur kepanasan.

Malam tu juga kakak saya dari Ipoh sampai. Kami bawa mereka makan dan lepas tu saya ambil panadol, minum air asam jawa dan ambil ubat batuk. Lepas tu tidur pakai baju sejuk juga...haaaa, berpeluh...bangun esoknya, rasa elok sikit...tapi masih rasa tak larat.

Hubby macam risau dan volunteer to hantar pergi office...legaaa.

Di office, saya masih seperti semalam. Boleh participate in meetings but cannot focus to clear my officers' proposals...rasa tak larat sesangat...

Balik rumah, jadi macam semalam, yup, demam malam, rasa sejuk dan pakai sweater. Tidurnya, saya tak makan lah pulak panadol tu. Rupanya, setelah saya tidur, hubby saya rasa badan saya...dia kata, panasssss..haaaa...memang saya rasa tak selesa pun. Dalam pukul 3 pagi, saya bangun dan makan panadol, sambung tidur berselimut..yup, berpeluhlah saya.

Bangun esok, hubby insist to send me to work...

Saya dah risau sikit sebenarnya, sebab saya jarang demam. Saya juga rasa risau sebab fail sudah melambak atas meja...takut tak terbuat kalau disimpan banyak-banyak.

Petangnya pulak, ada fire drill. Tu dia, turun tangga, 23 tingkat. Bengkok kaki..ha ha ha. Dalam demam tu, saya tetap turun tangga, berpeloh gue.

Tapi alhamdulillah, berkat exercise turun tangga 23 tingkat tu kut, saya rasa lebih sihat malamnya, walaupun keputusan bolasepak agak menyayat hati.

Saya tertidur depan tv sampai pukul 2 pagi. Tak solat isyak lagi pulak tu. Hubby suruh pergi solat dulu, lepas tu saya iron baju. Saya dah janji nak pergi kerja awal esok supaya sempat nak breakfast sama hubby dekat office nanti.

Malangnya, lepas solat, saya dan hubby bersembang pulak lagi...huh..pukul 3 lebih baru tidur. Saya tak pe juga sebab dah tidur awalnya.

Esoknya, oleh sebab mengantuk, hubby request saya drive...tak pelahhh, sian kat dia. Kami sempat sampai awal, jadi kami pergi breakfast dulu.

Hari ni adalah hari terakhir hubby hantar kerja, ha ha. Next week, usah harap lah hubby nak hantar lagi..

Tapi saya perasan, saya lebih positif bila sihat. Bila sihat, tengok fail yang bertapok tu pun, saya relax...itu lah nikmatnya sihat.

Semoga saya, suami, keluarga dan kawan kawan saya juga para pembaca yang budiman (sesi perasan ada ramai pembaca lah ni) dikurniakan kesihatan yang baik, insya allah.

2 comments:

  1. kenapa blog kak bib tak leh msuk picture? kalau masuk kena bayar, ida punya tak kena bayar pun..

    ReplyDelete
  2. sorry Ida, I dah lama tak tengok blog nih..ha ha...I pun tak pasti kenapa, tapi according to the pop up message, I have used up all the space given...haaa, lebih kurang cam tu la

    ReplyDelete