Sorry, saya belum solve lagi masalah tak boleh upload gambar di blog saya ni...yang memotong mood saya untuk update post saya.
Hari ini hari Ahad, 9 Disember 2012...sudah lebih seminggu saya tak update blog saya nih..
Anyway, some updates lah ye..
Isnin, 3 Disember 2012, saya, hubby, mak dan keluarga kakak saya telah bertolak ke Penang. Kami di sana selama 2 malam, 3 hari...saya tak nak elaborate dulu boleh? Mungkin kemudian saya akan update bersama gambar ye.
Saya balik ke Shah Alam pada hari Khamis, dan mula bekerja semula pada hari Jumaat. Pada hari Jumaat juga, iaitu pada 7 Disember, ada Dinner Jabatan saya. Sudah hampir 10 tahun saya tak pergi, tapi sebab kali ini sebab Sham adalah naib Presiden dan sudah promote suruh saya pergi, saya pun pergi lah. Okay lah juga, sebab kali ni hubby ikut kan...dia kata, lain kali kalau nak pergi boleh aja, dia boleh duduk aja tengok orang, ha ha ha. Hmmm, ada artist tau, ada Adira dan Hafiz, hubby siap ke depan pentas nak ambil gambar dan tengok macam mana putihnya Adira tu. Dia kata, memang sangat sangat sangat sangat putih....betullll!
Semalam, Sabtu, saya pergi swimming class pada pagi nya. Tiba tiba cikgu biasa tak de dan saya terpaksa belajar basics balik breast stroke saya. I was not happy at first, tapi lepas tu cikgu tu ada bagi tips baru yang saya tak tahu..yay...langsung suka. Lagi satu, cikgu tu pun bila tengok saya swim, dia kata, ehhh, akak ni dah boleh swim la...haaaa...dia acknowledge kan...buat saya ada rasa sedikit confident lah...ha ha...
Semalam juga saya tak masak, dan kami lunch/dinner di Pelita yang terletak di Plaza Massalam. Lepas tu, kita orang pergi shopping di Giant Plaza Massalam juga...
Hmmm....hari ni, Ahad, pagi pagi lagi kami pergi exercise sikit di Taman Tasik Shah Alam....lepas tu kami breakfast di Belanga Shah Alam. Lately kami dah jarang pergi Cili Merah sebab kalau hari Sabtu dan Ahad, orang ramai sangat. Balik, mandi, dan saya rasa amatlah mengantuk. Akhirnya kami dua dua terlena sampai pukul 1 tengahari. Hmmm, saya sebenarnya dah janji nak masak, tapi sebab hubby dah lapar sangat, dia kata, jom la makan kat luar aja.
Kami pergi Viccuda Seksyen 7...kami order tomyam, ikan kembung sambal dan kailan ikan masin.
Hmmm...baliknya langit dah gelap sungguh...dan hujanpun turun...dan kami jadi mengantuk balik..ha ha ha...ntahlah kenapa ye...kata tak cukup oksigen, pagi tu dah exercise dah, semalam pun, dah swim dah...adoiiii...tak pe, saya dah buat nescafe, insya allah akan kurang lah mengantuk ni.
Malam ni, saya kena check paper officer dan buat some preparations untuk meeting awal pagi esok. Saya kena ganti boss untuk pergi meeting bersama CEO...yup, meeting dengan minister lagi ...aih...semoga semuanya akan berjalan lancar/baik, insya allah.
Okay, have a nice week ahead everyone...
No comments:
Post a Comment