Thursday, January 21, 2021

BERCUTI DI MELAKA BERSAMA GANG IPOH, 13-15 SEPTEMBER 2021

Assalamualaikum.

Saya akan buat post mengenai percutian Shuk, Saya dan Gang Ipoh, ke Melaka. Saya rasa ini akan menjadi post terakhir mengenai aktiviti tahun 2020. Selepas ini, semoga allah bagi saya masa untuk buat closing bagi tahun 2020 dan mungkin opening tahun 2021, yang telah dimulakan dengan beberapa cabaran besar. 

Berbalik kepada percutian kami, sebenarnya semua arrangement telah dibuat oleh GI. Mereka cari bungalow, cari tarikh yang sesuai, arrange untuk Barbeque, breakfast dll. Saya dengan Shuk masuk goyang kaki aja. 

Kami telah memulakan perjalanan daripada Shah Alam pada pagi Ahad dan berjumpa dengan kereta Kakak/Tiha/Faiz/Ira dari Ipoh di Hentian Ayer Keroh. Oleh kerana masih terlalu awal dan kami hanya boleh check in jam 3.00 petang, maka Shuk mencadangkan kami makan asam pedas di Kedai Pak Man. Saya dengan Shuk ada pergi ke kedai ini bersama-sama kawan-kawan kami sebelum ini, jadi kami tahulah 2-3 kedai makan viral kat Melaka.

Rezeki sebab bawa orang tua kut kan, asam pedas Pak Man hari ini adalah lebih sedap daripada hari kami datang dahulu. Marvellous. Agaknya sebab Awie nak mai kut...yup, kami dimaklumkan yang Awie dan gang big bike dia akan sampai ke Restoran itu dalam jam 2.00. Kakak saya tu peminat Awie kut, dia kata dia nak tunggu pulakkk....hiks. Nasib baik tak jadi.

Kami ada beli kuih keria di situ, dan kerepek juga, untuk bekalan makan di villa nanti.

Haa, sampai je villa tu, bahagi bilik, pastu masuk lah swimming pool.

Dalam gambar ni, yang belah kiri sekali tu aja yang pandai berenang, yang lain, hampeh.

Diluar pagar tu ada laut, tapi airnya tidak lah menarik. Air kolam ini adalah lebih dalam dihujung sana, jadi, most of the time, bahagian itu adalah kosong. Kalau adapun, semuanya pakat bergayut kat dinding kolam tu aja, termasuklah saya.

Makan, alhamdulillah ada beli kerepek dan kuih gelang (orang Melaka cakap kuih keria) kat Pak Man tadi..semua habis bila ramai-ramai makan.

Emak, melihat cucu/cicit adalah kegembiraan dia. Dia kata, elok lah air kolam tu dalam, boleh menyelam...haaaaaa. My mother is a good swimmer ye, tapi dia tak tahu yang anak/cucu/cicit dia pakat-pakat tak berapa pandai berenang.

Petang sikit, budak-budak tu keluar tengok laut, sambil ber BBQ. 

Depa ni suka lepak dan bersembang sama2.

Anak-anak Ajim. Anak-anak Pijah sibuk mandi kolam waktu ni.

Ini pemandangan dari laut, nampak tak saya dan emak saya di balkoni atas tu? Emak saya teringin untuk melihat keadaan di atas bungalow tu, jadi dia minta saya bawa dia naik atas. Saya pun bawa lah, dan kemudiannya telah menghantar dia turun dengan selamatnya ke tingkat bawah. Saya pun cakap, mak boleh lah bersiap untuk Maghrib. 

Selepas itu, tiba-tiba, cucu saya Iman masuk bilik saya dan memaklumkan yang Opah telah jatuh. Allahuakbar, berderau darah saya waktu itu. 

Rupaya di ruang tamu rumah itu ada split level, dan emak saya telah terlupa tentang kewujudan split level tersebut. Makanya, emak saya telah terhoyong hayang dan terjatuh dan mulutnya terkena meja. 3 batang gigi emak telah terpaksa di cabut selepas itu.

Mood sedikit off lah malam tu. Tapi kami tetap makan BBQ dengan berseleranya. Saya share menu ye...

daging, masak apa ntah, tapi ada daun rosemary tu dan sedap...saya suka

Ini adalah kuah asam yang sangat unik rasanya. Sedap. Infact, Shuk suruh saya minta resepi daripada Camey, isteri Ajim.

Ayam...sedap jugak.

Kambing, yang ni saya tak makan pulokk

sausages

udang

mushroom soup


Ini pula gang membakar. Makanannya sedap, tapi mungkin sebab banyak, lama la pulak depa membakarnya...kami kat dalam main makan aja tanpa mengingati mereka yang membakar...

Menu disediakan oleh Camey, thank you Camey.

Saja nak tunjuk setting rumah tu...best, sempatlah berangan kalau ada rumah macam ini. Emak saya makan mushroom soup kut malam tu sebab gigi sakit kan. 

Esoknya, kami bangun dan breakfast...saya dah lupa menu breakfastnya. Satu-satunya aktiviti luar yang masuk dalam itinerary adalah naik DUCK di Bandar Hilir.

Apabila saya tanya sama ada emak saya mahu join atau tidak, jawapannya adalah, "baiklah join, buat apa duduk di rumah". Ahaaa, jawapan ini membuat saya senyum, ianya adalah petunjuk bahawa emak saya okay, dan tidak berapa sakit.

Jadi kami pun ke Bandar Hilir untuk naik DUCK.

Haaa, siapa pernah naik? Kalau tidak pernah naik, boleh lah naik sebab ianya adalah satu pengalaman yang berbeza. Gambar ini Shuk amik, untuk menunjukkan betapa gigihnya emak saya nak naik tangga tu. Tiket nak naik DUCK ni mahal sikit, maklumlah, mesin jentera berat tuh. Katanya mesin ini telah digunakan sejak zaman perang lagi. Tapi, waktu naik ni kami tidak dibekalkan pelampung pun. Aircond tak de dan penerangan sewaktu perjalanan memang lah bukan daripada professional dan memang tidak dengar pun sebab bunyi enjin mesin ini adalah kuat.

Tengok, macam penuh dengan keluarga kita orang aja. Tapi saya dah tulis tadi kan yang pengalamannya adalah berbeza jadi boleh lah di cuba. Mesin ini berjalan di atas jalan dan kemudian masuk ke laut. Saya ingat ke tepi-tepi laut aja, ghope-ghopenya jauh juga ke tengah laut tuh. Haaaa, best lah, especially sekiranya bawa budak-budak. Emak saya pun happy.

Depa ini duduk di depan saya....

Dibelakang...

Dan ini adalah pemandangan daripada atas DUCK. Best apa.

Selepas selesai perjalan naik DUCK, kami pun bincang nak makan di mana. Oleh kerana kami tidak pasti nak makan di mana, saya dan Shuk pun cadangkan kami makan di Perhentian Kuih Kampung. Haa, best makan di situ sebab ada kuih kampung yang sangat banyak untuk dipilih.

Lepas makan, kami beli kuih untuk di bawa balik ke bungalow kerana semua orang nak balik, ye lah kan, best lagi kalau main dalam kolam. 

Kami pun balik, mandi kolam lagi, makan, sembang. Malamnya, mula-mula kami ingat mahu keluar makan ikan bakar, tapi kami telah mengambil keputusan untuk order grab food aja, senang.

Fasal makan ni, ada juga makanan yang kami berebut dan tidak cukup, yup, kuih keria Melaka tu lah. Berebut lah bila makan tu, tak kira lah, budak ke, orang tua ke, tapi itu lah yang menjadi kenangan manis kan.

Aktiviti selepas makan adalah sembang dengan Opah...

Dan game...charade

Esok paginya, lepas Subuh, saya bangun dan pergi turun ke bawah. Tengok-tengok, emak dan kakak saya belum bangun Subuh lagi. Hiks...


Lepas tu, saya dan kakak bawa emak keluar tengok laut. Emak saya suka duduk tengok laut lama-lama. Tapi, sewaktu seronok-seronok tengok laut tu, tetiba ada ular keluar daripada longgokan batu tu, apa lagi, cepat-cepat lah kami meninggalkan tempat itu. Emak saya yang tak larat pun langsung boleh berjalan laju sebab takut dekat ular tuh, hiks.

Lepas itu kami breakfast. Rasanya menu pagi itu adalah aneka masakan berasaskan telur. Ada sandwich telur dan mertabak maggi yang disediakan oleh Ira dan Tiha. Saya kena puji lah team budak-budak ni sebab mereka rajin dan pandai bertindak. Good job. 

Lepas tu mandi kolam lagi....dan bersedia untuk balik ke sarang masing-masing.

Opah dengan cicitnya...

Kena lah ambil group photo kan....

Diluar rumah

Yang ini, tanpa kami.

Percutian ini adalah percutian yang best. Tempat best, arrangement best dan orang-orangnya best. Terima kasih GI sebab membenarnya kami join percutian ini. Insyaa allah, lain kali, kita arrange percutian lain yang best-best punya. Aamiin.





Wednesday, January 20, 2021

KENDURI KAHWIN MAISARAH DAN FAeeZ, 22 FEB 2020

 Assalamualaikum.

Saya tidak boleh tidur pula malam ini dan mata jadi berkelip-kelip, jadi saya mengambil keputusan untuk membuka semula post-post lama yang tidak saya sempurnakan sebelum ini. Saya berhasrat untuk menyempurnakannya, sebagai simpanan/kenangan, walaupun ianya sudah sebegitu lama berlaku.

Saya akan berkongsi cerita perkahwinan anak kakak saya, Maisarah, di KT. Kenduri tersebut telah diadakan pada 22 Februari 2021, lebih kurang sebulan jaraknya dengan tarikh Shuk masuk IJN. Memang rezeki Sarah lah kerana kami adik beradik, semuanya telah berjaya meluangkan masa untuk hadir ke kenduri ini...alhamdulillah. Jadi Reunion Keluargalah kiranya kenduri ini.

Kami bertolak daripada Shah Alam pada hari Jumaat pagi  (a day before) bersama emak, kakak dan Fatihah. Keluarga lain pula, bertolak dengan kereta masing-masing mengikut masa sendiri. Kami ada update mengenai kedudukan masing-masing di dalam group wassup keluarga.

Gambo Tiha, kakak dan emak saya berhimpit di belakang,  hikss

Kami singgah di RnR Temerloh dan makan, hi hi hi. Saja seronok aja tu.

Kami juga menerima berita yang keluarga Kakcik dah sampai KT subuh lagi.

Sampai KT, kami pergi makan ICT dulu, di pantai yang berdekatan dengan airport (namanya saya lupa). Tapi sedaplah ict tempat ini, boleh datang lagi lain kali.

Lepas itu, kami check in di Felda Residence, KT. Urusan check in adalah amat lama, tapi akhirnya selesai lah juga. Bilik saya dan bilik kakak/emak, adalah bersebelahan dan menghadap Sungai. Cantik viewnya, tapi tiada gambo la plak.

Malamnya, Abang Hab organize dinner di Felda Residence juga, jadi senang lah dan tidak perlu keluar.

Gambar atas ni adalah pre dinner, tengah mingle.

kami order untuk 3 table rasanya, yang atas ni adalah main table lah kiranya

second table

Yang ni kira third table untuk Pijah/Ajim dan keluarga. Meja ni memang sudah kenyang sebenarnya.

Tetiba Shuk ada kat sini, hi hi hi

Ini pulak kawan lama

last sekali, group photo. Budak yang seluar kuning tu memang macam tu, active sentiasa.

Menu malam tu simple aja, dan saya pun dah tak ingat sangat. Tapi ada nasi goreng...

Okay, the next day adalah majlis kendurinya yang di adakan di dewan Felda Residence juga. Saya pun tidak pastilah kenapa, tetapi kami lambat naik sehingga kakak ipar saya kena call. Rasanya kami tunggu emak kami yang tidak siap-siap kut, hiks. Dia macam selalu hilang barang lah apa, tunggu punya tunggu, langsung lambat.

Anyway, sampai di dewan, kami sempat tengok akad nikah, dan selepas itu, saya pun dah lost. Hiks, dah dekat setahun kan. Saya ingat kami makan, sembang, seronok juga jumpa keluarga Terengganu yang sudah lama betul tak jumpa. Yang paling penting, kami sempat buat yang ini...

Bergambar adik beradik bersama emak. Cukup semua ada, alhamdulillah. Boleh frame gambo ini.

Dengan Sarah

The anak daras, ehh, tengah tu dah kahwin

hah, koleksi anak daras lagi satu, dengan Anis.


abang/kakak/abang ipar/kakak ipar

Ziyad, Malena and Maryam


Dan last sekali, group photo.

Ehh, rasa simple sungguh post ini. Mungkin tulisan saya tidak membayangkan kemeriahan sebenar event ini, but it was meriah. Mungkin meriahnya lebih di hati kut.

Anyway, buat Maisarah dan Faeez, selamat pengantin baru. Semoga dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat. 

Semoga PKP/PKPB ni cepat berlalu dan dunia akan menjadi lebih selamat.


Tuesday, January 19, 2021

MAJLIS PERTUNANGAN & PERKAHWINAN FAIZ DAN IRA, 18 JAN 2020 & 9 JUN 2020

 Assalamualaikum.

Sekarang ini waktu rehat untuk makan tengahari dan saya cuba untuk buat "short update" mengenai upacara meminang untuk anak saudara saya, Faiz yang telah berlangsung pada 18 Januari 2020. Nama pasangannya adalah Anis Syahirah.

Semasa kejadian berlaku, saya dan suami masih lagi di dalam keadaan homeless dan kami pada ketika itu tinggal di Hotel UITM Shah Alam. Sesungguhnya, tinggal di Hotel UITM adalah seperti satu impian yang menjadi kenyataan, walau bagaimanapun keadaan bilik di Hotel UITM adalah sedikit menyedihkan. Yup, mungkin kerana kekurangan dana, keadaan fizikal bilik hotel adalah usang. Tetapi, menurut suami saya, hidangan makanan pagi di kafe hotel tetap terbaik. 

Pada malam sebelumnya, kami telah bermalam di Hotel Golden Roof Ipoh. Maklumlah, kami sudah tiada rumah lagi untuk menumpang tidur semenjak emak saya berpindah ke Shah Alam. Keesokan harinya, iaitu pada 18 Januari, hari Sabtu, kami telah terlebih dahulu singgah di rumah kakak untuk minum pagi sebelum bertolak ke Sungai Petani.

Saya nak kongsi satu menu istimewa setiap kali kami singgah makan di rumah kakak saya iaitu lepat labu. Lepat labu ini di beli daripada pasar Sungai Rokam dan rasanya adalah sangat sedap. Rasanya adalah sempurna, cukup manis, cukup lemak dan inti kelapanya juga adalah sempurna rasanya. Ada gambar...

Selepas sarapan, kami telah bertolak ke Sungai Petani dan kalau tidak silap jumlah kereta yang turut sama adalah sebanyak 6-7 buah kereta. Iman, anak Pijah telah menumpang kereta saya :

Sebab tiada kawan, Iman pun tidurlah di sepanjang perjalanan.

Jarak dari Ipoh ke Sg Petani tidaklah jauh sangat jadi kami telah singgah di salah satu RnR untuk menghilangkan lenguh-lenguh.

Ahaa, mereka yang melakukan perbincangan. Rombongan lelaki telah diketuai oleh Pakcik kepada Faiz bernama Nasir,  yang duduk nombor dua dari kanan (beliau baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Januari 2021, alfatihah). Rombongan lelaki pula diketuai oleh saudara yang berketayap putih tu.

Saya suka upacara meminang ni sebab santai dan kelakar. Yang pakai kopiah putih tu terror la, rasanya memang banyak pengalaman, tenang dan pandai berpantun. Sewaktu wakil lelaki dah suspens kerana dia berpantun, dia senyum aja.

Rupa-rupanya wakil lelaki pun terror juga, dia sudah text wife dia minta pantun. Jadi, waktu penutup tu, tetaplah ada pantun daripada pihak lelaki. Ohh ye, yang pakai baju kuning dan duduk di kiri sekali adalah bapa kepada bakal pengantin perempuan.

Selepas itu adalah upacara menyarung cincin

Tangkap gambar

Dan lepas tu makan. Sesi makannya adalah best sebab ada kari daging dan sambal belacan yang marvellous. Sangat sedap...

Sewaktu duduk-duduk dan makan, Faiz ada cakap dengan saya macam ini "Kalau ada ayah, mesti dia happy kan"...sebenarnya, kalau Faiz tak cakap pun, saya memang ingat perkara tu....sedih waktu tu. Tapi Cikbib setuju dengan Faiz, memang ayah lah yang paling gembira kalau dia ada pada hari itu Faiz. 

Dan ini adalah gambar beramai-ramai membawa hantaran...biasalah tu kan.

Oleh kerana MCO dan sudah lama sangat perkara ini berlaku, saya masukkan lah sekali gambar Faiz kahwin. 

Sepatutnya Faiz dan Ira berkahwin selepas hari raya puasa. Kami semua sudah excited dan sudah sewa homestay. Tapi ye lah, sebab MCO, tarikh terpaksa di tunda dan mereka akhirnya telah bernikah pada 9 Jun 2020. Saya share gambar lah ye, untuk kenangan.







Bersama emak Faiz, dan ayah serta ibu Ira.

Bersama-sama keluarga belah ayah Faiz. 

Wakil keluarga Chemor, yang ini ajalah yang dapat hadir

Dengan Tiha. Kakak dan Abang Faiz, tidak dapat hadir.

Okay Faiz, Selamat Pengantin yang sudah tidak berapa nak baru....semoga dikurniakan kebahagiaan sehingga ke jannah.

Aamiin.