Monday, October 24, 2016

24 Oktober 2016 - Puasa

Assalamualaikum.

Apa khabar you alls. 

Saya sihat sahaja hari ini dan agak okay juga mood saya walaupun hari ini hari Isnin dan sebenarnya saya tidak puas cuti. Tahu tak kenapa saya tidak puas cuti? Hah, sebab Jumaat malam (21 Oktober) ada program dan hari Sabtu petang (22 Oktober) juga ada program. Oleh sebab ada program, maka kurang lah masa yang dihabiskan bersama suami saya. 

Satu lagi sebab cuti tidak puas adalah kerana suami kurang sihat dan kurang mood. Bila suami kurang sihat, dia pun jadi macam tidak larat dan lebih banyak berihat. Bila keluar, buat pertama kali sepanjang saya duduk di KK ni, saya drive ke semua tempat. He he he, serve me right lah, sebab kalau tidak, hidup ni macam senang sangat. 

Suami saya boleh tahan la juga memanjakan diri waktu dia tidak sihat. Sebagai contoh, apabila kami di shopping mall dan terjumpa Baskin Robbins, dia terus pergi duduk di kerusi dan request "saya nak ice cream". Uwaaaa.....Apa-apa pun, saya doakan semoga suami saya cepat pulih, aaamiiin.

Dan sekarang ini, cuaca di KK adalah gelap dengan hujan turun. Semalam pun cuaca adalah berangin, bukan angin sikit-sikit, tapi semua siling pun macam terangkat-angkat bergetar. The monsoon is here indeed.

Dan hari ini juga, jam 4.08 minit petang, saya masih berpuasa...tadaaa. You all mesti tahu betapa nipisnya iman saya ini untuk berpuasa di luar bulan ramadhankan? Tapi pada hari ini, alhamdulillah saya masih berpuasa....insyaa allah habis lah tu kut.

Sebenarnya saya hampir sahaja berbuka puasa sewaktu menemankan suami bersarapan pagi tadi. Hmmm...alangkah eloknya kalau saya boleh terus istiqamah berpuasa seperti ini pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Ada sebab juga kenapa saya mengambil keputusan untuk berpuasa pada hari ini iaitu :

i) saya banyak makan pada hari Sabtu dan Ahad
ii) minggu ni ada banyak sangat program makan, ada 2 lunch and 2 dinner
iii) memang sunat pun puasa hari Isnin kan
iv) ada seorang kawan itu memang asyik puasa Isnin Khamis aja, jadi saya sudah jealous

Lagi satu, you all ada akaun istagram tak? Saya sebenarnya telah terbuka akaun instagram tanpa sengaja dan saya dapati sekarang, followers saya ramai juga, tapi saya tiada satu post pun di situ. Saya tiada post sebab saya tidak tahu macam mana nak buat post...haiyaaa...memang ketinggalan sungguh saya ni.

Okay lah people, I better stop now...insyaa allah nanti saya update lagi ye...bubaiiii





No comments:

Post a Comment