Friday, February 3, 2017

Opah is 83 Years Old

Assalamualaikum

Semalam adalah ulangtahun harijadi emak saya yang ke 83 tahun.

Oleh kerana saya di KK, saya tidak berpeluang untuk menyambut ulangtahun harijadi emak saya bersama-sama, tapi tak pe, saya telah call pagi-pagi, untuk ucapkan selamat hari jadi.

Walaupun tidak dirancang, dua orang kakak saya telah dapat meluangkan masa untuk membawa emak saya makan tengahari. Ada gambo...


Kakak, Abang Hatta dan Tiha dari Ipoh, Mekyah dan Twins dari Shah Alam. Alhamdulillah, daripada 8 orang anak dan lebih 30 orang cucu, ada wakil seramai ini pun, kira okay lah tu


Mekyah beli kek...


Yay, opah potong kek, tapi tak de lilin...


 Saya pun tak tau jenis kek nya, but according to Mekyah, opah loves the cake.

Selamat hari jadi emak/opah. Semoga sentiasa di dalam kasih sayang allah. Aamiin.






No comments:

Post a Comment