Tuesday, January 17, 2017

First Few Days of 2017

Assalamualaikum.

Hari ini hari Khamis, 12 Januari 2017. Guruh baru aja bergema di luar rumah, ada kilat juga. Semalam, adalah harijadi Siti Nurhaliza yang ke 38, juga hari kembalinya ke rahmatullah, CM Sarawak, Tan Sri Adnan Satem.

Di ofis, pada awal tahun ini, kami sibuk dengan perancangan mengenai program yang akan dilakukan. Walau bagaimanapun, kami masih tidak pasti dengan pelaksanaan projek-projek tersebut kerana kami tidak pasti dengan jumlah budget yang kami akan dapat.

Saya juga ada meletakkan target, yup, semoga semuanya berjalan lancar, dan kami dapat mencapai target.

Ehh, sebenarnya saya ingin bercerita mengenai aktiviti kami di Shah Alam, sebelum kami balik ke KK. Seperti yang saya ada maklumkan dalam pos yang terdahulu, kakak dan abang ipar saya telah datang untuk bermalam di rumah kami pada hari Sabtu malam, dan pulang kembali ke Ipoh pada hari Isnin pagi.

Pada hari Ahad pagi, selepas makan pagi, kami telah ke bukit Cherakah. Punyalah kami beratur untuk naik bas, pusing Bukit Cherakah tu, dan selepas itu, kami lepak menengok sawah padi...he he he

------------------------------------------------------------------------
Blog ini hanya di sambung pada 17 Januari 2017, Selasa
------------------------------------------------------------------------


Haa...pada mereka yang sudah lama tidak pergi Bukit Cerakah...sawah padi tu masih ada ye

From a different angel, the weather was nice, it was not as hot as usual

sesi termenung merenung sawah padi

Bila lenguh, duduk la sat.

Selepas itu, kami balik, singgah minum sat, solat dan tidoq. Bila saya bangun petangnya, kakak ipar saya call dan bagi tahu yang mereka akan singgah, bawa sate dan bawa emak saya sekali...emak nak tidur rumah saya

Hah, jenuh la saya terus turun ke dapur, set up meja, bersihkan pinggan mangkuk juga sebab sudah hampir setahun tidak guna kan...tapi excited sebab memang sudah lama kami tidak menerima tetamu di rumah ini

Abang Hab, Kak Lina, Huda dan Jiha...

Keluarga kakak dan abang hatta pula makan...meriah la pulak jadinya rumah tinggal kami ni

keluarga abang hab tengok cerita korea

Malamnya, kami bersama keluarga abang hatta dan emak saya pergi makan di luar

Yay...makan di Famous Thai. Sebab sudah makan sate pada petangnya, kami tidak lah makan beria sangat malam itu sebab kenyang. Nice family photo kan...semoga ada rezeki kita lepak sama-sama lagi nanti.

The next morning, we went for breakfast and send kakak and abang hatta to the bus station because they were going back to Ipoh. Later in the afternoon, after solat zohor, we went to Cheras to visit Shukri's abang and his family.

They served bubur kacang and Shuk was very happy

Hah, yang dibelakang itu adalah peminat-peminat Lara Aishah...kusyukkkk

On Tuesday, 3 January, I sent my mother to Mek Yah's and we had dinner there. Ada macaroni goreng, keropok goreng and kopi Tenom...Thank you Mek Yah

And finally, it was Wednesday, the day that we had to leave Shah Alam. 
  
Early in the morning, we woke up and Shukri decided to go to Hartinie's at Seksyen 10 to have breakfast. I decided to have nasi kerabu and it was super yummy...hah, teringat nasi kerabu Shahrul yang humble di ofis, yang sekejap ada keropok, sekejap tak de....

And a photo while we were on board.

Hah...susah saya nak cerita perasaannya bila ada dua buah rumah ni. Pernah di satu detik tu, sewaktu di Shah Alam, di dapur, saya tiba-tiba rasa sedih mahu balik ke KK sebab sayang dekat dapur tu. Pastinya dapur di Shah Alam adalah lebih sempurna kan.

Tapi ada juga perasaan gembira untuk balik ke KK...ialah, KK pun we call home juga.

Sampai aja di rumah KK, tengok-tengok rumput sudah naik memenuhi laman rumah...ahhhhh, tak terkata kami...

Sampai di sini dulu post saya kali ini and I would like to wish Happy new year to all my readers. Do you have any new resolutions this year? I don't have but I pray that I could control my food intake and loose some weight...kih kih kih. Resolusi nak puasa pun masih belum berjaya...tak tahu lah bila nak tercapainya.

Semoga tahun 2017, juga tahun-tahun seterusnya akan menjadi tahun yang baik untuk kita semua. Semoga kita semua akan beroleh kesihatan yang baik, hubungan sesama manusia yang baik, keadaan ekonomi juga pekerjaan yang baik..dan yang paling utama adalah redha allah walau di mana kita berada dan apa jua yang kita lakukan.

ok...bubaiiiii

No comments:

Post a Comment