Tuesday, January 17, 2017

First Few Days of 2017

Assalamualaikum.

Hari ini hari Khamis, 12 Januari 2017. Guruh baru aja bergema di luar rumah, ada kilat juga. Semalam, adalah harijadi Siti Nurhaliza yang ke 38, juga hari kembalinya ke rahmatullah, CM Sarawak, Tan Sri Adnan Satem.

Di ofis, pada awal tahun ini, kami sibuk dengan perancangan mengenai program yang akan dilakukan. Walau bagaimanapun, kami masih tidak pasti dengan pelaksanaan projek-projek tersebut kerana kami tidak pasti dengan jumlah budget yang kami akan dapat.

Saya juga ada meletakkan target, yup, semoga semuanya berjalan lancar, dan kami dapat mencapai target.

Ehh, sebenarnya saya ingin bercerita mengenai aktiviti kami di Shah Alam, sebelum kami balik ke KK. Seperti yang saya ada maklumkan dalam pos yang terdahulu, kakak dan abang ipar saya telah datang untuk bermalam di rumah kami pada hari Sabtu malam, dan pulang kembali ke Ipoh pada hari Isnin pagi.

Pada hari Ahad pagi, selepas makan pagi, kami telah ke bukit Cherakah. Punyalah kami beratur untuk naik bas, pusing Bukit Cherakah tu, dan selepas itu, kami lepak menengok sawah padi...he he he

------------------------------------------------------------------------
Blog ini hanya di sambung pada 17 Januari 2017, Selasa
------------------------------------------------------------------------


Haa...pada mereka yang sudah lama tidak pergi Bukit Cerakah...sawah padi tu masih ada ye

From a different angel, the weather was nice, it was not as hot as usual

sesi termenung merenung sawah padi

Bila lenguh, duduk la sat.

Selepas itu, kami balik, singgah minum sat, solat dan tidoq. Bila saya bangun petangnya, kakak ipar saya call dan bagi tahu yang mereka akan singgah, bawa sate dan bawa emak saya sekali...emak nak tidur rumah saya

Hah, jenuh la saya terus turun ke dapur, set up meja, bersihkan pinggan mangkuk juga sebab sudah hampir setahun tidak guna kan...tapi excited sebab memang sudah lama kami tidak menerima tetamu di rumah ini

Abang Hab, Kak Lina, Huda dan Jiha...

Keluarga kakak dan abang hatta pula makan...meriah la pulak jadinya rumah tinggal kami ni

keluarga abang hab tengok cerita korea

Malamnya, kami bersama keluarga abang hatta dan emak saya pergi makan di luar

Yay...makan di Famous Thai. Sebab sudah makan sate pada petangnya, kami tidak lah makan beria sangat malam itu sebab kenyang. Nice family photo kan...semoga ada rezeki kita lepak sama-sama lagi nanti.

The next morning, we went for breakfast and send kakak and abang hatta to the bus station because they were going back to Ipoh. Later in the afternoon, after solat zohor, we went to Cheras to visit Shukri's abang and his family.

They served bubur kacang and Shuk was very happy

Hah, yang dibelakang itu adalah peminat-peminat Lara Aishah...kusyukkkk

On Tuesday, 3 January, I sent my mother to Mek Yah's and we had dinner there. Ada macaroni goreng, keropok goreng and kopi Tenom...Thank you Mek Yah

And finally, it was Wednesday, the day that we had to leave Shah Alam. 
  
Early in the morning, we woke up and Shukri decided to go to Hartinie's at Seksyen 10 to have breakfast. I decided to have nasi kerabu and it was super yummy...hah, teringat nasi kerabu Shahrul yang humble di ofis, yang sekejap ada keropok, sekejap tak de....

And a photo while we were on board.

Hah...susah saya nak cerita perasaannya bila ada dua buah rumah ni. Pernah di satu detik tu, sewaktu di Shah Alam, di dapur, saya tiba-tiba rasa sedih mahu balik ke KK sebab sayang dekat dapur tu. Pastinya dapur di Shah Alam adalah lebih sempurna kan.

Tapi ada juga perasaan gembira untuk balik ke KK...ialah, KK pun we call home juga.

Sampai aja di rumah KK, tengok-tengok rumput sudah naik memenuhi laman rumah...ahhhhh, tak terkata kami...

Sampai di sini dulu post saya kali ini and I would like to wish Happy new year to all my readers. Do you have any new resolutions this year? I don't have but I pray that I could control my food intake and loose some weight...kih kih kih. Resolusi nak puasa pun masih belum berjaya...tak tahu lah bila nak tercapainya.

Semoga tahun 2017, juga tahun-tahun seterusnya akan menjadi tahun yang baik untuk kita semua. Semoga kita semua akan beroleh kesihatan yang baik, hubungan sesama manusia yang baik, keadaan ekonomi juga pekerjaan yang baik..dan yang paling utama adalah redha allah walau di mana kita berada dan apa jua yang kita lakukan.

ok...bubaiiiii

Sunday, January 8, 2017

Hari-Hari Terakhir 2016

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru semua, walaupun hari ini sudah 7 Januari 2017.

Saya punya cerita hari ini juga adalah cerita lama, yup, cerita di akhir-akhir tahun 2016, sewaktu saya bercuti di Semenanjung.
 __________________________________________

Aha, sekarang ini, untuk update satu cerita pun mungkin akan mengambil 2-3 hari. Semalam saya sibuk cari gambar dan upload dan apabila saya mula mahu menulis, saya sudah tidak larat dan mengantuk. Tak pe lah kan, mari sambung hari ini, hari Ahad, 8 Januari 2016, walaupun rasa-rasa mengantuk tu sudah ada sikit-sikit...

Mari throwback sikit di mana, pada malam 23 Disember saya telah ke airport untuk menghantar YBM balik. Kami sampai balik di rumah lebih kurang dalam jam 10.30 malam dan suami terus pesan untuk saya siap pack barang sebab teksi dijangka sampai pada jam 4.30 pagi esok untuk membawa kami ke airport.

Yup, saya pun pack barang dan set alarm lebih kurang jam 3.30 pagi untuk bangun keesokan harinya. Alhamdulillah, sebab saya memang sudah penat semalam, juga sepanjang minggu, proses untuk lena tidak menjadi masalah langsung malam itu dan pada jam 3.00 pagi, mata saya terus terbuka...bagus.

Saya bangun, pergi menjenguk dapur, bersihkan apa yang patut, buang apa yang patut...suami pun sudah bangun rupanya, buat kerja apa ntah kat PC...

Lebih kurang jam 3.50 pagi, waktu saya baru masuk ke bilik air untuk mandi, suami saya telah datang dan bagitahu yang teksi sudah sampai. Gila ke apa, sampai 30 minit awal. Anyway, saya dan suami mandi cepat-cepat dan siap dalam 10 minit selepas itu.

Kami solat subuh di airport...saya nak cerita juga di sini di mana terasa shahdu sungguh waktu solat pagi itu...mungkin sebab surau airport tu sunyi sangat kut, heh. Selepas itu, kami baru lah rasa lapar sungguh dan tak sabar menunggu makanan dihidangkan. Selepas makan, kami tidurrrr....alhamdulillah.

Sampai di Shah Alam, kami pergi makan di Cili Merah....suami saya tidak tahan dah, dia rindu nak makan kari kepala ikan. Saya pun tidak nafikan yang saya rasa macam menggeletar, excited nak makan. Hah, sampai risau juga...ye lah, kalau berterusan selera semacam itu sewaktu saya di semenanjung, mahu macam di pam badan ni membesar...

Kami tinggal di Shah Alam sehingga hari Selasa. Kami bersihkan rumah sikit-sikit, pergi AEON...ha ha ha, makan...


Saya check handphone dan dapati tidak banyak gambar makanan, mungkin sebab sibuk sangat makan, jadi langsung lupa nak ambil gambar. Gambar di atas adalah gambar bihun sup di Restoran Pak Mal, kami pergi pada hari Sabtu tu lagi...malamnya. Memang sedap...

Hari Selasa, kami bertolak ke Chemor. Malamnya kami pergi makan dengan keluarga kakak saya yang tinggal di Ipoh..

Lupa nama tempat...tapi lokasinya di Tambun...

Esok paginya, kami bertolak keluar dari Chemor dalam jam 10.30 pagi....pagi itu saya ada masalah sakit perut sikit, cherry berry dan muntah-muntah juga....risau pulak saya sebab kami mahu ke kenduri kahwin, nanti nak ke tandas pulak waktu kenduri tu, jenuh la pulakkkk.

Tapi itulah, allah telah permudahkan, jadi juga masalah cherry berry tu, tapi lokasinya betul aja, mesti waktu sudah sampai di hotel...he he he, alhamdulillah.


Ohh, sebab tak sempat nak breakfast di Chemor, suami sudah excited untuk makan nasi lemak di RnR Bukit Gantang...


Yang atas ini adalah gambar pasangan pengantin, pengantin lelaki tu adalah sepupu suami saya...

Gambar kami...saya dan adik beradik/ipar suami. Saya dan suami memang masih kemaruk makan di sini, ada laksa yang sedap, mee kuah yang sedap, kuih2 yang sedap, lauk yang sedap, bubur kacang yang sedap...nasib baik sebab lepas itu, sampai hotel, semua keluar semula....hah hah hah.

Malam tu, kami tidur di Hotel Sri Malaysia Kulim yang berdekatan dengan rumah adik suami, di mana emak mertua saya tinggal. Setelah checked in, dan solat, kami telah pergi berjalan sekeliling tasik yang terletak di sebelah hotel, ada dekat 2 km kami berjalan. Malamnya, kami makan di rumah adik suami dan bersembang sehingga hampir jam 2.30 pagi.

Esoknya, kami ke Pulau Pinang...dan kami ke Komtar, ke The Top. The Top ni adalah "Theme Park" yang terbaru di Pulau Pinang.  Kami main waze aja lokasi, dan sampai. Nak masuk ke lokasi adalah percuma, tetapi bayaran di kenakan sekiranya kita mahu masuk ke setiap "attractions". Setengok gambar di bawah ni.....



Haaaa....siapa yang ada anak ramai tu, fikir lah panjang sikit kalau nak masuk sebab ticket memang mahal. Kami ambil package special deal yang RM98 tu, di mana kami boleh masuk semua tempat, kecuali untuk naik ke tingkat 65 dan 68 di mana kami kena bayar lagi another amount...RM88 seorang.

Haaa, yang ini adalah salah satu tempat yang kami pergi, Jurassic Research Centre....best juga, tapi kalau bawa budak-budak lagi best rasanya


Tempat yang lain kami tidak tangkap gambar, tapi boleh laaaa

Ehhh, kami makan juga di situ sebab suami sudah sakit kepala sebab lapar. Kami makan nasi dengan asam pedas, juga beli sandwich telur dan teh tarik. Waktu ini juga suami telah mengalami kecederaan kerana tangannya terluka kena pisau cukur sewaktu dia meraba-raba di dalam beg untuk mencari panadol....aduhh

Tetapi mungkin kelukaan itu sudah menyebabkan suami lupa sikit kepada kepala yang sakit dan dia menjadi lebih sihat...ha ha ha


Haaa...yang ini adalah pemandangan Pulau Pinang daripada Tingkat 65, Komtar...yang kena bayar RM88 tuh

Haaa...kenalah bergambo berdua kan

Ada lantai see through macam iniii...gayat you, tapi bila tengok gambo ini nampak steady pulak. Selepas itu, kami naik ke tingkat 68 pulak, di mana ada rainbow walk.

Haaaa....tengok tu, punya lah panas



Gambar yang ini adalah seorang Mat Salleh tu volunteer tolong ambil kan. Mat Salleh tu siap pujuk kita orang, dia kata "don't be scared"....kih kih kih

Yang ini adalah drums yang diletakkan di siling...interesting

Lepas tu kami ke hotel...kami ke Lexis Suites sekali lagi di Teluk Kumbar. Selepas solat, kami keluar berjalan-jalan di sekeliling hotel..

Keliling hotel tu kan ada kampung Nelayan...tapi air lautnya adalah keruh sungguh....

Yang menariknya, kami telah terjumpa kandang lembu dan kambing di tengah-tengah kemajuan Pulau Pinang itu...kami juga jumpa kedai yang jual jeruk Pak Ali, jadi kami tidak perlu cari jauh-jauh. Malamnya kami ke Padang Kota untuk makan pasembor..balik, terus tdoq sebab penat. 

The next day, we woke up, went for breakfast, took a nap and checked out...ini nombor bilik kami kali ni

Kami singgah di Design Village di Batu Kawan sebelum meneruskan perjalanan balik. Tempat ini lebih kurang macam JPO lah, macam Mitsui juga. Tapi harga barangan nya not bad lah, memang ada sedikit murah. Walau bagaimanapun, masih banyak kedai yang belum buka lagi (baru 60% buka). Ikea dan Ikano juga akan dibuka bersebelahan dengan Design Village....haaaa...this will surely a place for us to visit in the future lah....

But we only did a little shopping actually, we bought perfume and that was all. Banyak yang I teringin nak beli, I teringin sangat nak beli beg Samsonite, tapi ye lah, sewa rumah pun tak bayar lagi waktu tu kan, jadi kenalah saya insaf.

Tapi yang paling bestnya adalah makan laksa yang pedas....yessss...saya minta untuk makan lagi satu mangkuk laksa tu, tapi suami saya tak benarkan

Selepas itu kami balik ke Shah Alam terus sebab emak saya pun ada di Shah Alam. Tapi kami sempat singgah makan nasi lemak di Bukit Gantang lagi sekali...

Juga makan Putu Perak ni di Hentian Ulu Bernam...sedap you alls, orderlah kopi O panas juga...sila lah cuba

Pada hari Jumaat, alhamdulillah kami sempat jumpa gang lama di Kota Damansara...


Yeee....Atim dengan Min, kawan sejak muda, sejak belum kahwin dan kekal sehingga sekarang, semoga berpanjangan juga pada masa hadapan....malangnya kedai mamak tu tutup awal...kalau tidak, mahu kami sembang berlanjutan sampai lewat malam tu....


Pada hari Sabtu, kami ke Plaza Masallam...ada pertandingan ratu kebaya

Malamnya, abang hatta dan kakak sampai dari Ipoh, mereka naik bas...kami minum di Paparich malam itu.

Malam itu adalah malam tahun baru tapi kami tidak nampak walaupun satu bunga api, tapi kami dengar banyakkkkk bum bum bum dari rumah.

Okay, itulah penutup tahun baru kami, bersama-sama orang yang kami sayangi, keluarga belah saya dan suami, juga kawan-kawan. 

Ada banyak perkara suka duka yang berlaku kepada kami dan keluarga kami pada sepanjang tahun 2016, semoga semuanya akan menjadikan kami manusia yang lebih baik, juga semoga semuanya akan menjadikan kami lebih rapat...insyaa allah.

Sebelum berpisah, saya juga mahu kongsikan post facebook YBM sempena lawatannya ke Sabah baru-baru ini...





Hah...yang ini akan menjadi kenangan, juga motivasi untuk saya bekerja dengan lebih baik. Insyaa allah.