Saturday, May 15, 2010

Kuala Sepetang Lagi Sekali

Baru -baru ini, kita orang pergi Kuala Sepetang sekali lagi untuk pekena mee udang...semua orang order mee udang biasa, kecuali Encik Shuk yang order mee udang special. Sebenarnya, dua-dua lebih kurang sama aja, kecuali udang mee special besar sikit. Selain daripada itu, kita orang order udang goreng tepung...lepas makan, semua orang mabuk udang, tapi, yang paling penting, rasanya opah happy and puas hati...mission accomplished!..

Kami pergi kedai Mak Jah, Izzat kata, dia pernah makan di kedai yang lain sebelum ni, tapi kedai yang ni okay sikit rasanya, jika dibandingkan dengan tempat yang dia makan dulu..harga pulak, 3 mee udang biasa, 1 special, 1 udang goreng tepung, 2 laici, 1 orang juice dan 1 air masak = RM50.00....okay kan?..apa-apapun, sila layan gambar ni....



senyum opah, senyum



Shuk & Izzat, letih makan...

udang goreng tepung, yang ni memang sedap, yummy

Alhamdulillah...kenyang

2 comments: