Lama sungguh saya tidak bersiaran di sini, walau bagaimanapun, Allah bagi rezeki kelapangan masa sedikit untuk saya menambah satu lagi post untuk di simpan di sini sebagai kenangan.
Seperti tajuk yang saya letak di atas, kejadian ini berlaku pada 02.02.2022 di De ChiangMai Food Restaurant, Sg Buloh. Ramai yang tahu kut mengenai restoran ini
Dengan kehendak Allah, kakak saya yang tinggal di Terengganu dan Ipoh serta abang saya sekeluarga daripada Sg Petani juga telah dapat menghadirkan diri....penuh lah separuh daripada Restoran itu kerana jumlah kedatangan adalah 49 orang (campur budak-budak ye). Yang manisnya adalah perhimpunan ini mengumpulkan 4 peringkat keturunan dari yang berumur 88 tahun sehingga yang berumur 3 bulan.
Sebelum dan selepas kejadian ini berlaku, meriah lah sedikit group wassap Keluarga Opah Chemor sebab membincangkan event ini kerana selalunya group ini sunyi sahaja, yang ada hanyalah sumbangan ilmiah/keagamaan daripada salah seorang kakak saya.
Pada hari kejadian, untuk sampai ke Restoran adalah mudah dengan adanya waze dan kali ini tiada siapapun yang mengadu sesat. Kami sampai, berkumpul sekejap di tempat letak kereta untuk menunggu tetamu VVIP (opah) dan seterusnya masuk ke dewan makan.
Emak saya sangat excited sebab dia tidak sangka ramai yang datang. Terima kasih semua sebab meluangkan masa dan membuat opah gembira...insyaa allah akan ada balasan yang baik untuk ahli keluraga semua.
Bila masuk ke dalam dewan makan, ada sesi bersalam lah, seakan-akan hari raya. Beratoq nak bersalam.
Mula-mula sampai, saya telah bagi Opah duduk kerana concern fasal kaki dia yang tidak berapa kuat. Jadii, sesi bersalamnya, seperti ini lah.
Lepas tu, excited lebih sikit, opah pun bangun, maka jadilah seperti ini.
Bila dah bertambah ramai yang opah nampak, opah terus lupa diri dan bangun untuk bersalam...meningkat semangatnya, langsung lupa sakit kaki.
Saya letak gambo ruang makan sikit untuk bagi some general idea on how the hall looks like ye.
Ada 2 meja utama ye, yang di setiap meja ada 3 hidangan.
Ini meja lagi satu, tempat opah duduk.
Ada juga 2 meja bulat yang lebih kecil, maklumlah 49 orang kan dan masing-masing ada baby...ini generasi yang akan datanglah, kami, generasi yang terdahulu.
Antara penghuni meja...ini gang Sg Petani
Ini gang LTAT
Ini Gang Sg Petani dan Putrajaya
Lepas tu, ada speech sikit, ada sesi mengimbau fasal kehidupan opah dan seterusnya potong kek dan makan.
Dan, opah telah menitiskan air mata sewaktu kami beramai-ramai menyanyikan "allah selamatkan Ooopah". Kami tanya "Emak nak bagi speech ke" . Cepat je dia jawab "Tak nak"...hiks.
Lepas itu kami ambil group photo dan bersurai.
Yay, group photo. Gambar ini telah diambil oleh seorang adik manis, anak owner kedai ni kut. Umur dia dalam 7-8 tahun macam tu, tapi gambar yang dia ambil, on point.
Lepas tu, adalah gambar group yang lebih kecil...