Thursday, July 21, 2022

Pengalaman Dijangkiti Covid 19

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin menulis mengenai pengalaman saya apabila dijangkiti  virus Covid 19 (Corona Virus).

Saya kena dua kali ye, yang pertama telah disahkan pada 14 Januari 2021 melalui swab test, dikala bilangan kes mula meningkat dan jumlah kes pada masa itu adalah 5,000 lebih dan rakyat Malaysia merasa mula panik. 

Saya tidak pasti saya mendapat jangkitan daripada siapa atau pun dari mana, tetapi, ada kemungkinan besar ianya adalah daripada kawan-kawan pejabat, yang saya tidak pasti mana satu. Saya sebenarnya telah berasa agak kurang sihat (demam pada malamnya) pada hari  Ahad (10 Januari). Walau bagaimanapun, apabila bangun keesokan harinya, saya berasa sihat, dan telah ke pejabat.

Bila sampai di pejabat, suhu saya adalah normal, jadi saya tidak merasa risau. Di pejabat, saya bekerja seperti biasa, saya tidak demam pun. Walau bagaimanapun, apabila saya pulang ke rumah pada malam/petang, badan mula berasa demam dan saya pun makan panadol, tidur dan sihat semula keesokan harinya. 

Perkara yang sama berulang sehinggalah pada hari Rabu, beberapa orang rakan sekerja telah di laporkan positif dan saya dikehendaki untuk membuat swab test.

Pada 14 Januari 2021, saya telah mendapat panggilan daripada klinik yang mengesahkan bahawa saya positif covid 19.

Dannnn, saya terkejut tidak terkata. 

Saya menerima berita itu sewaktu saya sedang bermesyuarat online. Saya telah hilang fokus kerana saya berhubung melalui telefon dengan klinik seketika. Rupa-rupanya nama saya telah dipanggil di dalam mesyuarat dan seorang kawan telah memanggil saya untuk memaklumkan bahawa boss cari saya dalam mesyuarat...saya pun apa lagi, menyemburlah kepada kawan saya mengenai keputusan swab test saya dan saya ingat lagi, kawan saya kata "sabar Bib". 

And you know what, besarnya impact kata-kata itu. Yup, saya terus tersedar, dan cuba bertenang. Saya sempat memaklumkan suami saya dan dia terus panik dan terus tanya saya macam ini "saya macam mana?". Saya pulak, boleh bercakap dengan suami saya macam ini "tunggu sat, let me finish the meeting"....punya lah.

Seterusnya, boss/mesyuarat dimaklumkan mengenai keputusan swab test saya. 


Setelah mesyuarat selesai, saya baru boleh mengambil nafas dan cuba bertenang. Walaubagaimanapun, air mata tetap mengalir sedikit, mungkin kerana saya tidak pasti apa yang saya perlu lakukan selepas itu.

Suami saya pulak, mula panik, dan pergi basuh kereta, hiks.

Kami seterusnya cuba menyenaraikan apa yang perlu kami lakukan seperti memaklumkan closed contacts kami, swab test untuk Shuk dan mencari maklumat mengenai apa yang seorang pesakit Covid 19 perlu lakukan.

Dalam keadaan yang kelam kabut itu, saya teringat yang saya ada kawan yang bekerja sebagai seorang doktor di KKM. Saya telefon kawan saya, dia suruh saya bertenang dan menurut beliau, oleh kerana symptom yang saya alami tidak merisaukan, saya boleh sahaja terus berada di rumah dan menjaga kebersihan dan SOP, makan panadol dan ambil vitamin C.

Saya masih bekerja selepas itu di mana saya masih bermesyuarat sehingga ke hari Ahad tengahari. Mungkin kerana kepenatan dan stress kerja, saya menghadapi sedikit kesukaran untuk bernafas pada malamnya. 

Keadaan sukar untuk bernafas adalah menakutkan dan oleh kerana itu saya mengambil keputusan untuk betul-betul berehat di mana saya telah minta kawan-kawan take over 100% daripada kerja yang dibuat, juga saya telah left beberapa group wassup yang mengganggu fikiran dan jiwa. Saya rasa keputusan yang saya buat adalah tepat kerana saya dapat berehat dan kesihatan saya beransur-ansur baik, alhamdulillah. 

Untuk pengalaman positif covid yang pertama symptom yang saya alami adalah lebih banyak dan teruk. Saya rasa tidak sihat, rasa penat, tekak meloya sedikit, cirit birit dan hilang deria bau dan rasa. Oleh kerana itu, keperluan untuk SQ di bilik bukanlah sesuatu yang menyusahkan kerana saya memang tidak larat dan perlu baring dan berehat. 

Saya cuba positifkan diri dan cuba berdisiplin. Saya bangun, mandi, basuh pakaian saya sendiri dan pergi menjemur kain juga mengambil peluang keluar dari rumah sebentar untuk mendapat cahaya matahari (saya pakai mask, tapi waktu ini saya tidak sakit tekak/batuk, jadi saya lebih bertenang kalau keluar dari bilik). Saya juga akan pastikan bilik kemas/bersih sentiasa supaya saya tidak stress duduk di dalam bilik.

Lupa pula saya untuk bercerita mengenai closed contact saya, iaitu Encik Suami. Alhamdulillah keputusan swab test beliau adalah negatif dan dialah yang menjaga makan minum saya, sehingga saya risau kalau menjadi gemuk pula selepas habis SQ. Suami saya kata, dia sangat takut sekiranya saya sakit, jadi he fed me, to make sure I have enough energy...konon.

Saya share antara menu makanan saya ye...

Nasi beriyani Syed adalah antara menu pilihan Encik Suami. Saya ingat waktu saya makan nasi beriyani ni tak sedap langsung sebab deria rasa saya memang out betul.

Bihun Sup....sesuai dengan selera waktu tu

Mc D...bila En Suami sudah hilang idea nak beli apa untuk saya

Nasi ayam the Chicken Rice Shop, En Suami ada ulang menu ni waktu saya dijangkiti Covid 19 kali ke dua

Nasi lemak dengan roti canai...dua-dua ada. Saya sangat suka minum teh panas waktu kena Covid, saya rasa macam dahaga dan minum teh panas sangat melegakan.

Kih kih kih...

Spaghetti, suami saya tahu saya memang cuba kurangkan nasi, jadi dia belikanlah spaghetti ni

Suami terpaksa makan sorang-sorang waktu saya sakit. Kami tidaklah strict sangat SQ, tapi kalau saya turun sekejap ke bawah, saya akan pakai mask. Gambar ini saya ambil dari jauh.



Saya letak post saya dalam FB. Satu perkara yang paling tidak disukai oleh seseorang yang positif covid adalah kemungkinan kita adalah penyebab kenapa orang lain positif. 

Saya telah mendapat surat pelepasan bebas daripada Covid pada 25 Januari 2021, daripada CAC Subang, ada gambar seperti di bawah ini sahaja sebab saya pergi seorang :


Selepas mendapat surat pelepasan Covid, saya masih lagi dalam keadaan cepat letih dan oleh kerana itu, ada beberapa aktiviti yang selalu saya lakukan seperti brisk walking, terpaksa saya tinggalkan. Proses pemulihan saya mengambil masa lebih kurang 2 bulan. 

Okayy, kita sambung pula kepada kejadian di mana saya telah sekali lagi dijangkiti covid pada 25 Februari 2022, lebih kurang setahun jaraknya dengan jangkitan yang pertama.

Ianya bermula pada pagi 25 Februari 2022 apabila saya baru perasan yang tekak saya tidak berapa selesa dan suara agak susah untuk keluar. Saya pada mulanya tidak berapa perasan tetapi dalam jam 10.00 pagi, saya merasa tidak sedap hati lalu telah menelefon HR untuk memaklumkan kepada mereka. Oleh kerana self test kid di ofis sudah kehabisan stok, saya pun balik ke rumah dan membuat self test di rumah.

Dan keputusannya adalah :


Kelihatan jelas double line nye. Kami terkejut, tapi pastinya lebih bertenang. 

Saya terus bersiap untuk pergi ambil swab test, untuk confirm kan self test ini, tapi saya maklumkan dahulu HR. Setelah itu saya diberitahu bahawa saya tidak perlu pergi mengambil swab test, hanya perlu update my sejahtera dan SQ. Ohh...alhamdulillah mudah.




Saya punya mySejahtera status telah jadi merah dan maka bermulalah SQ kedua di dalam hidup saya.

Bagi saya pengalaman SQ ke dua ini adalah berlainan kerana kali ini tekak saya sakit dan bila gatal, saya akan batuk. Bila batuk, kita tahu ada air liur yang bertebaran dan terasa virus virus seakan berterbangan. Saya jadi takut, takut sekiranya saya menyebarkan virus kepada suami yang sekali lagi negatif (allah lindungi suami saya betullah...alhamdulillah).

Tapi saya tidak demam, tidak sakit kepala sangat,  masih ada deria rasa dan bau, tapi kadang-kadang meloya dan agak lawas. Sekali lagi, saya di bawah pengawasan Encik Suami yang tidak pernah sekalipun merungut untuk menyediakan makanan saya.

Menu pilihan suami saya, nasi Arab kut, dengan kebab. Saya makan nasi dengan kentang sahaja, kebab tu saya simpan. Dan sewaktu SQ ini, saya baru belajar menonto Astro on the Go....saya tengah menonton the Guilded Years...

Esoknya baru makan kebab dengan air teh panas

ada kawan telah hantar pemberian di atas...terima kasih banyak2...memang sangat berguna apabila tekak kering dan gatal

Keropok lekor untuk minum petang

Mc D for breakfast

Nasi ayam dengan kerabu mangga

Nasi lemak dengan kuih for breakfast...nampak ubat batuk tu...haaa, 2-3 hari pertama memang saya telan ubat batuk tu sebab tekak gatal dan kering.

Nasi lemak, mewah sungguh nasi lemak ni, saya selalunya makan dengan telur aja

dannn....ada olio oglio juga

Dan, hari ini adalah hari ke 6 saya SQ. I am getting better, tapi pagi tadi terasa agak letih dan tekak macam loya. But I think I am getting there insyaa allah.

Setelah 2 kali kena Covid, saya rasa antara yang penting adalah untuk sentiasa menjaga kesihatan sebab kalau kita sihat, mudah sedikit untuk kita melawan covid ni. Itu pun ikut rezeki juga, ada yang memang sangat-sangat sihat pun, symptom nya tetap sangat teruk.

Lagi satu, jaga kebersihan juga SOP...tapi kalau nak kena-kena juga.

Lagi satu, minum lah air banyak-banyak. Saya amalkan yang ini lebih-lebih lagi apabila saya tahu saya memang positif. Saya rasa ini membantu.

Ambillah vitamin C.

Be positive dan banyakkan berdoa. Segala-galanya berlaku dengan izin Allah.

Saya juga ingin merekodkan di sini ucapan terima kasih saya kepada Encik Suami yang sabar menjaga saya sepanjang saya tidak sihat. Saya tahu dia pun pening memikirkan nak bagi saya makan apa...diapun pening juga sebab mysejahtera dia dah kuning, jadi pergerakan adalah limited. 

Satu perkara yang baiknya adalah, saya sempat untuk update blog ini....setelah sekian lama.


Ehh, ada satu lagi gambar last, yup, gambar saya minum air teh o dengan roti panjang-panjang tu. Saya juga bersyukur sebab telah membeli meja plastik seperti di atas dengan harga RM16 sewaktu WFH. Ada juga fungsinya meja ini bila terpaksa makan di atas katil.

Okay guys...di sini dulu, jumpa lagi di lain post, insyaa allah



















Sunday, February 27, 2022

02.02.2022, Harijadi Emak yang ke 88

 Assalamualaikum,

Lama sungguh saya tidak bersiaran di sini, walau bagaimanapun, Allah bagi rezeki kelapangan masa sedikit untuk saya menambah satu lagi post untuk di simpan di sini sebagai kenangan.

Seperti tajuk yang saya letak di atas, kejadian ini berlaku pada 02.02.2022 di De ChiangMai Food Restaurant, Sg Buloh. Ramai yang tahu kut mengenai restoran ini

Dengan kehendak Allah, kakak saya yang  tinggal di Terengganu dan Ipoh serta abang saya sekeluarga daripada Sg Petani juga telah dapat menghadirkan diri....penuh lah separuh daripada Restoran itu kerana jumlah kedatangan adalah 49 orang (campur budak-budak ye). Yang manisnya adalah perhimpunan ini mengumpulkan 4 peringkat keturunan dari yang berumur 88 tahun sehingga yang berumur 3 bulan.

Sebelum dan selepas kejadian ini berlaku, meriah lah sedikit group wassap Keluarga Opah Chemor sebab membincangkan event ini kerana selalunya group ini sunyi sahaja, yang ada hanyalah sumbangan ilmiah/keagamaan daripada salah seorang kakak saya. 

Pada hari kejadian, untuk sampai ke Restoran adalah mudah dengan adanya waze dan kali ini tiada siapapun yang mengadu sesat. Kami sampai, berkumpul sekejap di tempat letak kereta untuk menunggu tetamu VVIP (opah) dan seterusnya masuk ke dewan makan.

Emak saya sangat excited sebab dia tidak sangka ramai yang datang. Terima kasih semua sebab meluangkan masa dan membuat opah gembira...insyaa allah akan ada balasan yang baik untuk ahli keluraga semua.

Bila masuk ke dalam dewan makan, ada sesi bersalam lah, seakan-akan hari raya. Beratoq nak bersalam.

Mula-mula sampai, saya telah bagi Opah duduk kerana concern fasal kaki dia yang tidak berapa kuat. Jadii, sesi bersalamnya, seperti ini lah.


Lepas tu, excited lebih sikit, opah pun bangun, maka jadilah seperti ini.


Bila dah bertambah ramai yang opah nampak, opah terus lupa diri dan bangun untuk bersalam...meningkat semangatnya, langsung lupa sakit kaki.

Saya letak gambo ruang makan sikit untuk bagi some general idea on how the hall looks like ye.

Ada 2 meja utama ye, yang di setiap meja ada 3 hidangan.


Ini meja lagi satu, tempat opah duduk.


Ada juga 2 meja bulat yang lebih kecil, maklumlah 49 orang kan dan masing-masing ada baby...ini generasi yang akan datanglah, kami, generasi yang terdahulu.


Antara penghuni meja...ini gang Sg Petani


Ini gang LTAT 


Ini Gang Sg Petani dan Putrajaya

Lepas tu, ada speech sikit, ada sesi mengimbau fasal kehidupan opah dan seterusnya potong kek dan makan. 

Dan, opah telah menitiskan air mata sewaktu kami beramai-ramai menyanyikan "allah selamatkan Ooopah". Kami tanya "Emak nak bagi speech ke" . Cepat je dia jawab "Tak nak"...hiks.

Cake Cutting

Yes, ini kek nya. Walaupun kecil, tetap cukup sebab ada cupcakes juga


Hari ini, adalah 5 orang sahaja yang dapat hadir, 2 lagi tidak dapat hadir kerana ada keutamaan yang lain.

Ini adalah gambo tuan tanah blog dengan Opah

Selepas itu, sesi makan pun bermula. Sebab lapaq sangat kut, saya lupa nak ambil gambar menu...tapi menu adalah sedap. Terima kasih organizer sebab suggest tempat yang sedap, selesa dan offfer sponsorship juga. Semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, juga dikurniakan segala kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin.


Lepas itu kami ambil group photo dan bersurai.

Yay, group photo. Gambar ini telah diambil oleh seorang adik manis, anak owner kedai ni kut. Umur dia dalam 7-8 tahun macam tu, tapi gambar yang dia ambil, on point. 


Lepas tu, adalah gambar group yang lebih kecil...


Gang Ganu

Gang Ipoh

Gang Sg Buaya

Gang Sg Petani



Semoga dipanjangkan umur kami untuk berjumpa lagi pada 02.02.2023.

Semoga Allah permudahkan semua urusan Opah dalam mengharungi usia tuanya. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan tugas sebagai khalifah Allah di bumi ini.

We love you Emak/Opah/Onyang.