Monday, November 26, 2018

Warming Up Post

Assalamualaikum.

Lamanya saya tidak update blog ini. Lamanya juga saya tidak datang dan tengok blog ini...siapa yang lebih sedih ni, saya ke, atau blog ini? Nampak gayanya, target untuk tahun ini tidak akan tercapai.

Kenapa saya tidak update? Saya rasa ada 2 sebab yang nyata iaitu memang saya sibut dan kedua adalah keadaan laptop di rumah yang tidak menyokong saya untuk update blog secara santai di depan tv. Nak harap saya duduk di meja dan update blog memang tidak akan berlakulah.

Tapi saya akan cuba update sedikit hari ini, demi untuk memanaskan sedikit keadaan. Semoga impian ini akan tercapai kerana kerja pun melambak-lambak juga.

Untuk pengetahuan semua, saya baru balik daripada Semenanjung semalam (25 November 2018) dan tujuan saya balik adalah untuk melawat kakak saya yang sakit dan perlu menjalani pembedahan.

Sepatutnya saya sudah lama balik untuk bercuti, walau bagaimanapun, setiap perancangan yang dilakukan telah gagal sehingga cuti untuk raya haji pun saya tidak dapat balik. Tangguh punya tangguh, pada 18 November (malam) saya telah menerima berita yang kakak saya tidak sihat, dan pada hari Jumaat, saya dan suami terus mengambil keputusan untuk balik.

Balik lah kami, dengan hati yang berbaur, pergi melihat keadaan kakcik dan pulang dengan penuh harapan dan doa.  Kakcik saya telah selamat menjalani pembedahan pada 23 November (Jumaat) dan doa saya semoga kakcik cepat sembuh dan pulih seperti biasa, insyaa allah, aamiin.

Kami juga mengambil kesempatan untuk melawat MIL di Kulim, serta sempat juga singgah di Design Village untuk membuat sedikit investment demi kehidupan yang lebih ceria (alagasan). 

Kami juga banyak makan sehingga saya sangat risau dengan keadaan itu. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana bisa saya mengawal my food intake apabila saya kembali ke Semenanjung. Semoga Allah pelihara saya, aamiin.

Saya juga balik ke Chemor, melawat emak saya. Kami ke Ipoh, melawat keluarga kakak serta kakak ipar saya.

Saya sepatutnya kena update mengenai kedatangan anak saudara saya Fizah dan keluarga nya ke KK pada bulan September lepas, walau bagaimanapun, oleh kerana banyak gambar dan kerja-kerja untuk manage/transfer gambar adalah remeh, ...soooo...tangguh punya tangguh, langsung sampai bulan November pun belum selesai.

Saya tetap akan cuba selesaikan apa yang patut sebab saya mahu perkara itu di simpan di sini, untuk rujukan saya di masa hadapan, insyaa allah.

Selepas ini, saya mungkin akan mula untuk membuat "countdown". Yup, sudah hampir 4 tahun saya di KK dan masa saya di sini memang hampir tamat. I will start doing so soon.

Ok people, I guess this is good enough. Back to work..