Monday, July 17, 2017

Memori Raya 2017 - Part 1

Assalamualaikum.

Walaupun sudah lama berlalu, saya tetap ingin bercerita mengenai memori Syawal 2017. Saya akan cuba mencatat sebanyak mungkin memori yang ada di dalam ingatan saya walaupun ada juga yang telah hilang.

If it is not perfect, to have 70% of the whole stories documented here is still okay for me, therefore, let's start ...

Mula-mula, saya nak letak gambar ini...


Yup, gambar mempelam harum manis yang suami saya telah order online daripada Perlis. Entah apa yang berlaku, buah mempelam ini hanya sampai ke KK setelah 1 minggu dalam perjalanan dan hanya 3 biji ini sahaja yang selamat. Lebih separuh daripada buah yang di pos telah "benyek". Mungkin disebabkan oleh cara pembungkusan yang tidak sempurna. 

Sebelum balik ke KL, kami ada berbuka di luar sekali lagi...

Sewaktu menunggu waktu berbuka, suami saya excited untuk makan nasi beriani tu, dan minum air teh tarik itu juga.

My first round...saya lebih berhati-hati bagi mengelakkan keadaan kenyang yang melampau sekali lagi

Dan, pada malam itu, saya menghadapi masalah sewaktu pendaftaran kerana nama saya telah dieja sebagai "Wabibah"...ada ke.

Kami balik ke KL pada 17 Jun, hari Sabtu. Pada hari itu juga, pada jam 8.00 pagi, saya perlu menghadiri perjumpaan dengan YBM. Selepas perjumpaan, suami terus ambil saya dari hotel untuk terus ke KKIA.


Kami di KKIA, muka masih fresh walaupun sebenarnya kami sudah sangat penat.

Didalam kapal terbang sebelum berlepas, selepas itu, dua-dua pun lena sebab kami bangun jam 3.30 pagi untuk sahur, suami menyiapkan beg dan kemas rumah, sementara saya pergi jumpa YBM dan terus ke airport. 

Ada kelewatan flight pada hari itu, jadi kami sampai lewat lah sikit. Sampai di rumah, kami sambung tidur dan petang nya kami keluar mencari makanan berbuka.


Hmmm....banyaknye kuih. Di Shah Alam kami boleh survive tanpa dapur sebab ini adalah salah satu dapur kami.

 Suami saya sudah terketaq-ketaq nak makan kari kepala ikan kedai ini.

Malamnya kami bersolat tarawikh di surau berdekatan dan kebetulan pada malam itu imamnya adalah imam jemputan yang bersuara merdu (Imam masjid seksyen 14 kalau tidak silap). 


Saya pun tidak pasti gambar di atas di ambil di mana, tapi itu adalah antara aktiviti kami iaitu aktiviti mengukur shopping centre di Shah Alam. Saya ada beli tudung, tapi saya memang cuba berjimat sebab memikirkan panjangnya waktu di mana kami perlu survive sehingga dapat gaji semula.

Saya tidak beli baju raya langsung pada tahun ini tetapi saya memang terlebih awal menempah baju sebelum raya (kain sutera yang dibeli dari Brunei tu), tapi mana sesuai pakai sutera sewaktu raya. Jadinya, saya pakai jubah tahun ini, jubah yang saya tempah sudah lama, tapi belum/jarang pakai.

Ada banyak juga perkara yang perlu kami selesaikan di Shah Alam dan kami hanya balik ke Chemor pada hari Rabu, 21 Jun. 

Kami mula bergerak keluar daripada Shah Alam pada jam 4.30 petang dan oleh kerana itu, kami terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya di dalam bandaraya Shah Alam kerana warga Shah Alam sudah mula pulang dari kerja. Walau bagaimanapun, keadaan trafik di lebuhraya adalah selesa, tiada kesesakan.

Kami sampai di Chemor pada jam 7.45 malam, sempat berbuka dan bersolat tarawikh di Masjid Chemor. Punye lah laju imam kat masjid Chemor tu bersolat....langsung tidak sempat nak feel...

Memang ada banyak perkara yang perlu di buat di Chemor sebab emak saya sudah tua, mata pun kurang nampak dan badan lagi lah tidak berapa larat. Saya tengok lantai rumah memang kena mop, peti ais memang kena bersihkan, dan beberapa perkara lagi yang perlu di buat. Saya buat mana yang saya larat dan sempat sahajalah, no stress.

Saya dan suami telah membuat perancangan bagi memastikan kami dapat membuat semua kerja dalam keadaan selesa dan tidak tergesa-gesa.  Pada hari Khamis, kami telah ke Ipoh untuk membeli belah. Kami beli barangan dapur juga barangan yang boleh dimasak untuk berbuka pada hari Khamis dan Jumaat.

Pada hari Khamis, kami telah menyediakan ikan siakap 3 rasa dan pada hari Jumaat saya telah masak sup ayam kampung, ayam goreng berempah dan sambal belacan.


Ehhh...ada pulak gambar bunga ini di taman emak saya. Taman emak saya sudah tidak berjaga sebenarnya sebab tiada siapa yang nak tolong maintain. 


Bila saya pos gambar ini di dalam group wassup family, kakak ipar saya tanya balik kenapa beli lagi tisu tu, hmmm, rupa-rupanya dia dah beli, tapi somehow saya tidak nampak di mana, mesti emak saya letak di tempat rahsia.


Aktiviti mop rumah yang besar itu...Allah sahajalah yang membantu memudahkan kerja kami kerana kami berjaya membersihkan seluruh rumah, walaupun melepek selepas itu, alhamdulillah.


Bagi mengelakkan stress untuk berebut membeli barang-barang untuk di masak waktu hari raya, kami telah ke pasar pada hari Jumaat. Kami beli ikan, beli udang dan beli petai.

Di pasar Tg Rambutan tu, petai dijual oleh orang asli dan ada sedikit kekeliruan dengan cara mereka meletakkan harga petai sehingga suami saya geram dan mengambil keputusan untuk mengurangkan kuantiti petai yang di beli. Walau bagaimanapun, kami rasa menyesal pulak selepas itu kerana kurang pulak rasa petai di dalam sambal udang yang saya buat...ha ha ha, anak sedara saya terpaksa kutip petai sebab kuantiti yang terhad.


Selepas itu, kami pusing-pusing pasar. Sebenarnya kami sampai awal, jadi banyak gerai yang masih belum di buka. Disini ada banyak gerai yang menjual barang-barang lama. Saya juga telah membeli sehelai kain batik di sini dan saya suka lah kain batik tu sebab lembut kain nya. Setengah kain batik yang saya beli, kainnya sangat keras..langsung kembang-kembang.

Selepas ke pasar, kami telah ke Ipoh untuk mengambil ayam yang telah kami tempah (ayam kampung/ayam organik). Kami telah order 5 ekor ayam.

Balik daripada Ipoh, saya telah pening kepala dan rasa meloya juga dan telah muntah juga. Hah..langsung tidak larat. Suami saya mop rumah lagi sekali dan saya hanya bangun pada jam 5.00 petang untuk memasak.

Pada hari Sabtu, saya telah memulakan kerja terus selepas sahur. Saya bersihkan peti ais, cuba buang barang-barang lama untuk kosongkan sikit peti ais sebab barang-barang baru pun banyak yang perlu di simpan.

Saya bersihkan juga gelas-gelas, pinggan mangkuk yang akan di gunakan sewaktu raya, maklumlah, bilangan rakyat jelata akan bertambah berganda-ganda.

Selepas mengemas dan mencuci, baru lah saya mula menyiapkan bahan-bahan masakan seperti potong bawang banyak-banyak, potong cili kering, blend dan lain2. Kami buat sambil lepak-lepak dan bersembang aja di dapur tu, no stress.

Pada hari Sabtu, Kakak saya dua orang,  Kakcik, Mekyah dan keluarga mereka balik untuk berbuka dan beraya di Chemor. Shuk pula telah pulang ke Ijok sebentar sambil mengambil bekalan bunga api juga mempelam harum manis. Yup, oleh kerana kekecewaannya kerana mempelam yang dibeli sampai lewat dan rosak sewaktu di KK, Shuk telah berurusan dengan anak sedaranya yang bekerja di Perlis untuk mendapatkan bekalan harum manis.

Shuk beli 21 biji buah (saya lupa berapa kg), dan di bahagi dua, Chemor dan Ijok. Alhamdulillah, ramai orang yang merasa untuk makan mempelam ni, barakoh.


Haaa...menu, saya masak tumis udang petai, mekyah masak daging halia dan saya goreng ikan merah yang besar tuu. Di kanan sekali tu adalah mempelam harum manis.


Saya kena letak juga gambar yang ini sebab nak tunjukkan gambar karipap tu, ada yang hangus sebab minyak terlebih panas. Haa, sebab ramai rakyat jelata, ada banyak jenis pinggan yang kami pakai.


And yeah, as always, gambar daripada atas tangga.

Malam itu, kami tidak buat takbir di rumah sebab yang lelaki semua pakat ke masjid. Sebelum tidur, saya telah siapkan ayam masak merah saya terlebih dahulu. 

Sebenarnya, ada masanya, saya rasa malas juga untuk menyediakan ayam masak merah ini, tapi suami saya pujuk dan cakap "Cikbib masak hanya sekali sahaja setahun untuk keluarga Cikbib...masak la, dapat pahala".

Tapi suami saya baik, dia temankan saya masak sampai selesai. Tapi di Chemor kami memang boleh lepak di dapur sebab ada tv di dapur tu. Sambil berborak, sambil minum kopi, sambil makan dan tengok tv...

Sesungguhnya malam itu saya tidur dengan nyenyak sebab penat. Saya bekerja tidak berhenti daripada subuh sehingga jam 1.00 pagi. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana allah kurniakan kekuatan, semoga allah bagi saya kesihatan yang baik supaya saya bisa terus menyumbang untuk keluarga.

Okeh...di sini dulu ya..insyaa allah saya sambung lagi.

Friday, July 7, 2017

Rindu Ramadhan

Assalamualaikum.

Hari ini 7/7/2017, hari Jumaat dan saya sedang berpuasa (insyaa allah habis). Hari ini baru hari ke 2 saya berpuasa di bulan Syawal, semoga ada rezeki saya untuk sekurang-kurangnya menyempurnakan 6 hari berpuasa di bulan syawal tahun ini, insyaa allah.

Lama sungguh saya tidak menyapa blog saya ini. Haaa, sebenarnya hati meronta-ronta juga untuk menulis, tapi keadaan dan masa tidak mengizinkan.

Saya telah balik bercuti panjang sempena raya pada 17 Jun 2017 dan kembali ke KK pada 3 Julai 2017. Saya mula bekerja pada 4 Julai 2017 dan sesungguhnya banyak sungguh perkara yang perlu saya siapakan. 

Selain daripada kerja, saya juga perlu menyelesaikan "Blue Ocean Training Online". Haih, stress betul training ni sebab ada ujian di setiap chapter. Buat seorang pulak tu, tidak boleh meniru kan, haaaaaa, nasib baik la lulus, tetapi tidak lah cemerlang. 

Setelah bercuti lama, sebenarnya saya telah kembali bekerja dalam keadaan yang kurang stabil. Penat beraya secara fizikal tu satu, mental pun kurang bersedia untuk kembali bekerja juga (walaupun hati berlumba-lumba juga nak balik bila memikirkan banyak perkara yang perlu di selesaikan). Tetapi ye lah, sebab kerja memang banyak dan kerja tiba-tiba pun ada, kenalah tarik nafas panjang-panjang dan bertenang.

Saya juga mendapati yang saya merindukan suasana semasa di bulan Ramadhan. Saya rindu semua. Saya rindukan disiplin diri untuk bangun awal pagi, sediakan makanan sahur untuk suami, berkemas, solat subuh dan meluangkan masa untuk mengaji quran selepas subuh. Tiada masalah langsung untuk saya bangun sahur pada sepanjang ramadhan tahun ini, alhamdulillah.

Saya juga merindukan aktiviti memasak untuk berbuka puasa, termasukkan dessert yang tak berapa menjadi yang sering saya sediakan. Yang pastinya, skill saya untuk masak gulai kari ikan sudah sedikit meningkat pada bulan puasa ni. Saya juga masih terasa betapa nikmatnya berbuka dengan air teh sabah yang suam-suam. Saya boleh minum dua mug air teh panas sewaktu berbuka.

Seterusnya saya juga merindukan saat-saat saya meluangkan lebih masa untuk beribadah pada malam hari. Saya akan bersolat maghrib, isyak dan tarawikh setiap malam pada bulan ramadhan.

Tapiii, itu semua berlaku pada bulan ramadhan di mana syaitan diikat. Sekarang, setelah bulan ramadhan berlalu, hilang semua kekuatan yang saya ada.  

Pagi tadi, saya telah set alarm pada jam 4.30 pagi untuk bangun sahur (minum air saja pun), mak aiiii, susahnya nak bangun. Kalau dalam bulan puasa, kita boleh solat sunat masuk masjidlah, solat sunat rawatib lah, solat tarawikh lah, hmmm, bila habis ramadhan, terus solat kita jadi kurus, kita buat yang wajib sahaja.

Saya merindukan diri saya tanpa gangguan syaitan. Saya merindukan ramadhan di mana saya dapat merasakan kemanisan dalam setiap ibadah yang dilakukan. 

Semoga ada rezeki untuk saya, juga anda sekalian untuk berjumpa lagi dengan ramadhan pada tahun hadapan, insyaa allah.