Assalamualaikum.
Hari ini sudah hari ke 16 Ramadhan (11 Jun 2017) dan saya sudah lama sungguh tidak update blog ini. Keadaan memang tidak menggalakkan saya update blog ini. Pada tahun lepas, saya sering update blog di dalam bilik, walau bagaimanapun, pada tahun ini, di rumah baru, laptop tidak boleh dibawah berjalan kerana sudah macam mahu patah. Untuk update blog di ruang tamu pula, adalah agak panas, langsung tak de mood..hah.
Walau bagaimanapun, ibadah di bulan puasa untuk saya dan suami tetap berjalan lancar. Most of the time, kami berbuka puasa dengan makanan yang dimasak oleh saya. Waktu cuti pulak, kami akan membeli ayam percik/ikan bakar dan baru-baru ini kami beli sup ikan juga. Seperti biasa, kami beli di kedai tertentu sahaja.
Mari saya kongsikan antara gambar makanan yang ada. Saya tidak masak setiap hari dan selalunya lauk yang dimasak boleh tahan 2-3 hari. Ada juga yang tidak habis-habis sehingga saya mengambil keputusan untuk let go. Walau bagaimanapun, sekarang ini, saya lebih bijak untuk menghadkan kuantiti yang dimasak supaya kurang pembaziran.
Jom tengok gambar...
Gambar ini adalah sewaktu awal-awal puasa, rasanya hari pertama. Saya masak gulai lemak udang, ikan bilis goreng, telur dadar dan sup sayur. Waktu itu seronok masak sayur sebab stok sayur yang dibeli di Ranau masih banyak (saya pergi Ranau dengan Gang Ipoh, cerita mereka akan saya sambung kemudian)
Lauk di atas adalah lauk gulai lemak petola, dengan ikan bilis, sambal belacan dan telur goreng letak kicap. Sambal belacan saya menjadi...alhamdulillah
Yang ini pula adalah tumis udang, timun dan dessert yang saya buat sendiri. Sebenarnya saya mahu makan buah melaka, tetapi kami tidak pergi ke bazaar ramadhan. Saya nak buat buah melaka sendiri, tiada pula kelapa parut untuk salut buah melaka tu. Oleh sebab banyak sangat cabaran, haaa, saya buat gabungan buah melaka dan badak berendam. Jadi lah macam kuih di atas tuh, boleh makan, sedap ajapun.
Lauk di atas adalah tumis ikan. Sedap, bukan apa, kita puasa ni, susah nak estimate garam, gula dan asam untuk mengharmonikan rasa. Dua ekor ikan tu boleh makan 3 kali berbuka dan 3 kali soq. Suami saya kata, "itulah namanya barakoh di bulan ramadhan".
Haaaa...yang ini paling best sebab saya buat kari dan suami saya kata sedap. Alhamdulillah.
Sepanjang bulan puasa tahun ini, cuaca adalah panas dan ini memang cabaran buat saya sebab pada tahun-tahun yang lepas, kalau panas, saya akan ke bilik pasang aircond. Bila tiada aircond ni, saya terpaksa membiasakan diri dengan cuaca panas, lebih lebih lagi sekiranya saya membuat solat tarawikh di rumah.
Tapi ye lah, mungkin sebab syaitan semua terikat, maka saya menjadi lebih kuat dan determine untuk buat juga solat tarawikh...alhamdulillah.
Kami ada pergi makan/berbuka di luar sekali sahaja (so far) iaitu pada hari Jumaat 9 Jun 2017.
Hah hah hah...trafik boleh tahan kurang lancar, maka sempat lah kami bergambo...
Sewaktu di dalam kereta tu, ada pulak kawan hantar gambar menu berbuka dia hari itu...sambal udang dan petai...makkkkkk...ini adalah kelemahan saya. Saya tidak jumpa petai sewaktu bulan puasa ni, itu yang tidak berkesempatan untuk masak tumis udang petai....
Kami menunggu waktu berbuka. Kami dapat tempat duduk berdekatan kaunter air, bagusss, suami telah ambil teh tarik bercawan-cawan.
my first round, lepas tuh, hah, beriani ayam saya amik. Bila makan nasi, terus kenyang dan rasa nak pengsan...hah
Gambar orang-orang beriman yang kenyangggggg. Saya minum air tiga gelas besar tu, itu yang senak tuh.
Sewaktu di hotel, suami telah makan jeli kelapa yang di dalam kelapa dan dia kata "sedapnyaaaa".
Sebenarnya saya telah lama bagi tahu suami tentang jeli ini tetapi ia buat tak dengar saja, tapi bila dia rasa sendiri, haaaa, baru teringat-ingat.
Esoknya, demi untuk mendapatkankan jeli yang sama, kami telah berazam untuk ke Salut, yang tidak jauh dari Sepanggar. Kami keluar selepas Zohor kerana ingatkan mahu singgah dahulu di Imago dan membeli biskut Geri yang di pesan oleh kakak saya.
Walau bagaimanapun, oleh kerana terlampau banyak kereta yang beratur untuk masuk ke Imago, kami mengambil keputusan untuk pergi keesokan harinya sahaja (Ahad, 11 Jun 2017).
Kami meneruskan perjalanan mencari jeli kelapa di Salut, walau bagaimanapun, oleh kerana masih terlalu awal, kami telah singgah di Teluk Likas. Hah, sudah lebih 2 tahun kami di KK, inilah kali pertama kami menjejakkan kaki di sini. Cuaca agak baik petang semalam, jadi kami agak gembira di situ. Kami dapati tempat ini dijaga dengan baik dan adalah bersih. KIPIDAP!
Gambar orang puasa di tepi pantai...
Kami lepak tengok orang sebab sewaktu kami ke pantai, kaki saya kena gigit semut pulak...
Kami lepak di situ dlam 30 minit dan meneruskan perjalanan ke Salut, juga Sulaman Central untuk mencari juada berbuka
Haaa,,,jeli di dalam kelapa, sedapppp. Ianya sejuk, manis dan masuk licin aja ke dalam perut...
Kami beli juga yang macam ini sebanyak 6 bekas...buat stok sebab Salut tu jauh dan kami tidak boleh pergi on weekdays.
Untuk berbuka, kami telah beli ayam percik dan buah melaka, malangnya tiada gambar.
Hari ini pula, kami telah ke Imago lebih awal dan untuk berbuka, saya telah masak tumis udang sekali lagi....
Tak meriah langsung kan, tapi kami tidak boleh masak banyak kerana takut tidak habis. Ooo, untuk catatan saya, tahun ini saya berbuka dengan teh sabah hari-hari. Saya takut nak ambil kopi tenom sebab saya rasa cuaca terlalu panas...
Tiba-tiba, abang saya telah post gambar di atas di dalam wassup keluarga kami. Mereka balik kerana di Semenanjung, esok (hari Isnin, 12 Jun) adalah hari cuti sempena Nuzul Quran. Meriah sungguh makanan yang disediakan di Kampung saya ni kalau mahu dibandingkan dengan juadah kami di KK.
Pada sepanjang bulan puasa ini juga saya lebih rajin untuk menunggu matahari naik...
Cantik kan...
Gambar bulan ini pula adalah malam ke 12 Ramadhan.
Hmmm...satu post ini sahaja sudah cover almost the whole of ramadhan 2017 in KK. Sepatutnya saya akan balik Semenanjung pada 17 Jun, tapi saya ada terima berita yang YBM akan ke Tawau on 16 June and due to that, we may need to fly to Tawau on Friday.... I may need to change my flight or my colleague can also represent Sabah Office....I haven't made up my mind yet.
ramai tak yang rindu untuk baca blog ini? Yang pastinya, saya rindu.
Kalau saya tidak sempat untuk update lagi blog ini sebelum saya pulang ke Semenanjung, saya ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada anda semua juga saya mohon jutaan kemaafan sekiranya penulisan saya telah mengguris hati anda...
Tapi sekiranya penulisan saya boleh menceriakan anda, boleh menghilangkan stress, sila doakan saya boleh terus istiqamah berkarya...
Chow dulu