Friday, April 14, 2017

Labuan, 23-24 March 2017

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Saya sihat, alhamdulillah. Hari ini hari Jumaat, 14 April 2017 dan kami di Sabah cuti untuk Good Friday. 

Untuk pengetahuan semua, sakit belakang saya telah datang balik minggu lepas berpunca daripada aktiviti membuat kerja rumah dan mengangkat benda berat. Mungkin sudut yang di ambil sewaktu mengangkat barang tersebut adalah kurang sesuai dan menyebabkan keadaan badan yang kurang stabil itu kembali sakit. 

Saya hanya menyedari yang kesakitan itu telah kembali apabila saya keluar ke Imago untuk makan malam di mana saya tidak boleh berjalan/berdiri lama. Apabila berada di Supermarket, saya minta diri dahulu untuk mencari tempat duduk sehingga suami saya pelik.

Following that, I was again in constant pain and has no mood for other things, including blogging. Tapi tak pe sebab hari ini saya sudah rasa okay sikit dan memang sudah rindu untuk menulis.

Saya akan sambung sedikit mengenai lawatan saya ke Labuan pada 23-24 March 2017. Sebenarnya ini adalah lawatan kerja dan ianya adalah antara lawatan yang saya dan kawan-kawan daripada kumpulan agensi yang sama sudah lama nantikan untuk mendapatkan beberapa maklumat, lebih-lebih lagi mengenai pembangunan ekonomi di Labuan.

But of course I am not going to share about my work here, let me share with you a little bit more about Labuan. Sebenarnya Labuan ni kecil sahaja, kecil sedikit daripada Langkawi rasanya. Penduduknya pun tidak ramai, tidak sampai 100,000 orang. 

Harga barangan harian di Labuan adalah rata-rata lebih mahal kerana kos pengangkutan (bot/feri/kapal/udara) untuk membawa barangan daripada tanah besar. Memang ada permintaan untuk membina sebuah jambatan yang menghubungkan Labuan ke Tanah Besar, walau bagaimanapun ianya masih belum direalisasikan.

Aitt....jadi serius pulak, please find out more about Labuan from Wikipedia. 

Saya telah bertolak pada awal pagi Khamis kerana saya menaiki kapal terbang jam 6.30 pagi. Oleh kerana saya telah mengalami masalah muntah-muntah pada hari sebelumnya, suami saya telah mengarahkan saya makan dahulu di Mc D KKIA bagi memastikan perut berlapik.

Saya pun makan bubur nasi McD pada jam 5.30 pagi di KKIA. 

Sampai di di Labuan, kami telah dijemput oleh van berwarna kuning...ha ha ha

Saya pun tidak pasti kenapa van kami berwarna kuning tetapi warna van ini telah menjadi bahan gurauan kami pada sepanjang program. 

Kali ini kami bermalam di Billion Waterfront Resort. Saya suka lah hotel ni sebab ianya macam hotel lama yang di selenggara dengan baik dan di lokasi depan laut. Insyaa allah saya akan pergi dengan suami pulak selepas ini.

Ini bilik saya. Simple aja pun, tapi biliknya besar

di balkoni bilik...tengok kapal 

Jetty. Saya boleh tengok banyak kapal daripada sini...

Daripada sudut yang berlainan

Bagi mengisi masa lapang pada petang dan malam, saya dan seorang kawan telah ke kompleks membeli belah yang berdekatan. Kami telah beli cokelat untuk kawan-kawan ofis. Sebab kami tidak bawa beg besar, jumlah cokelat yang boleh kami beli pun adalah terhad.

Selepas itu kami telah main bowling. Sebab kami dua-dua pun tidak pandai, kami lebih banyak exercise perut sahaja sebab banyak gelak. Bola bowling pun lebih banyak "heghot" dan masuk longkang. Tapi itu lah pun yang kami perlu kan kerana kami hanya mahu bagi badan dan minda letih supaya kami boleh tidur nyenyak.

Selepas itu, kami berjalan balik ke hotel

pemandangan hotel pada malam hari. Jumlah pengunjung adalah agak ramai, mungkin kerana musim cuti sekolah

Saya juga telah keluar ke balkoni untuk tangkap gambar ini...

cantik sebenarnya, tapi sebab sorang-sorang, feel tu kuranglah sikit



Lagi satu, dari sudut yang berlainan

Esoknya, kami bangun pagi dan ada program lain

 Players di Labuan ni sebenarnya adalah terhad

Kami balik ke KK petang itu setelah program selesai dan saya rasa, walaupun tidak banyak benda nak di buat di Labuan, saya tetap suka Labuan...





















No comments:

Post a Comment