Assalamualaikum
Saya sambung lagi cerita mengenai saya balik kampung baru-baru ini.
Setelah pulang daripada majlis pertunangan Huda, kami sampai rumah dan masuk terus dalam bilik, pasang aircond, solat dan tdoq. Cuaca adalah panas lit lit.
Oleh sebab semua urusan kami telah selesai, aktiviti santai boleh diteruskan. Antara tempat yang kami pergi untuk makan adalah :
Hah...revisit jalan Bellamy sebab kawan suami saya, Man nak belanja...alhamdulillah rezeki.
Kami juga ada pergi pusing-pusing Shah Alam dan mendapati ada Restoran Nasi Lemak Royale yang baru di buka di bangunan baru yang berhadapan dengan Hospital Darul Ehsan (saya tak pasti seksyen berapa tu). Hmmm, kami memang sering mendengar cerita-cerita hebat mengenai Nasi Lemak Royale ni, maka suami saya pun teringin sungguh lah ingin merasa nasi lemak ini.
Hah. restoran ini hanya menghidangkan nasi lemak warna kuning seperti di atas, tetapi anda boleh pilih lauk pauk yang anda mahu. Satu lagi, walaupun nasi lemak, tetapi tiada sambal di sediakan, maknanya, nasi lemak ini dimakan bersama kuah kari seperti di atas.
Suami saya kata sedap, dan boleh datang lagi. Saya pulak kata " boleh laaaa...rasa nasi kadaq laaaa".
Di sebelah Restoran Nasi Lemak Royale, ada Me'nate, yang jual steak tu
Sebab kami dua-dua tak lapaq steak, kami simpan lah pengalaman untuk makan di Me'nate tu ke masa yang lain, insyaa allah.
Kami juga sempat lepak ke tempat-tempat biasa kami di Shah Alam seperti Plaza Masallam, Kompleks PKNS dan SACC Mall...juga AEON. Ada juga terbeli baju, terbeli brooch, hiks.
Seperti biasa kami cuba singgah di Teh Tarik Place...tapi hanya minum teh tarik roti bakar
Pada malam akhir (Selasa malam Rabu), kami telah makan malam di Restoran Syed Seksyen 4. Bagi saya, tosei terbaik di Shah Alam hanya boleh didapati di Restoran Syed.
Suami saya makan roti telur
Kami juga suka makan masalode dan vadai di sini.
Esok paginya, sewaktu bangun untuk solat subuh, saya telah mendapati yang ada sesuatu yang tidak normal dengan diri saya. Saya rasa mual dan ingin muntah. Saya cuba menguatkan diri dan cuba melupakan rasa mual tersebut dengan mengambil sarapan pagi.
Walau bagaimanapun, apabila di dalam teksi untuk ke KLIA2, rasa mual telah kembali dan saya telah muntah sebanyak 3 kali di dalam teksi.
Aduiiiii...rasa lemah longlai saya sewaktu itu.
Di airport, saya telah sekali lagi muntah di dalam toilet dan yang paling dramatiknya, saya sekali lagi mahu muntah selepas pemeriksaan imigresen (KLIA2) dan tiada tandas berdekatan di situ. Saya pun, apa lagi, cari tong sampah dan uwek uwek di situ, di depan orang ramai...hah.
Walau bagaimanapun, saya berasa agak lega kerana ada pegawai imigresen yang prihatin dan ingin membantu. Walau bagaimanapun, saya berasa sedikit lega selepas itu dan kami meneruskan perjalanan ke pintu berlepas.
Setelah sampai di pintu berlepas, saya telah duduk dan mungkin kerana terlampau penat, saya terus tertidur di atas kerusi. Dan, saya berasa syukur kerana walaupun saya berasa amat penat, saya tidak lagi muntah-mutah selepas itu.
Di dalam kapal terbang, setelah puas muntah, pastinya perut berasa kosong. Walau bagaimanapun saya agak takut untuk makan kerana mungkin makanan tersebut mahu keluar balik selepas dimakan, bahaya tu.
Suami saya seperti biasa telah order nasi dagang untuk dirinya dan mee goreng untuk saya. Walau bagaimanapun, kerana takut kemungkinan mee kuning tu berangin, kami telah saling bertukar makanan. Ehh...bukan tukar pun, kira macam suami saya makan semuanya lah...cukup berselera suami saya kalau naik Air Asia, siap lepas makan, dia order teh tarik lagi konon untuk menemankan saya minum sebab saya memang dahaga dan ingin minum air panas.
Kami telah selamat sampai ke KK pada lebih kurang jam 4.00 petang. Saya cuba berehat sepenuhnya pada petang dan malam itu (Rabu, 22 Mac 2017) kerana pada esoknya, saya perlu menaiki pesawat ke Labuan kerana ada urusan kerja.
Insyaa allah saya akan bercerita mengenai Labuan selepas ini.
Selesai sudah cerita saya mengenai Balik Kampung Mac 2017.
No comments:
Post a Comment