Assalamualaikum.
Semalam, 1 April 2017, genap 2 tahun saya menjejakkan kaki di KK dan memulakan kerjaya saya di sini.
Saya lihat kembali post saya pada 1 hb April 2015 dan 1 hb April 2016. Yup, that is the nice thing about having a blog, where you document stories about things that are happening for future reference. Walau bagaimanapun, apabila saya melihat kembali post saya untuk ulangtahun pertama di KK pada tahun 2016, saya terpaksa upload semula gambar kerana semua gambar tidak keluar (ada masalah teknikal yang telah di atasi, tetapi saya malas nak upload semula gambar-gambar lama).
Apabila saya lihat kembali post pada 1 April 2015, yang telah di buat di dalam bilik hotel Promenade di mana saya menceritakan detik sibuk/ cemas/ sedih/ tidak pasti saya untuk berpindah ke KK. Ada banyak kerisauan pada waktu itu kerana rumah untuk tinggal pun tiada. Anyway, we went through it and it wasn't that bad at all because we have friends who were more than willing to help. Saya juga pasti bahawa semuanya telah dipermudahkan kerana doa ibu bapa, adik beradik serta kawan-kawan, alhamdulillah.
Pada tahun 2016 pula, post saya banyak menyiarkan aktiviti masak-memasak saya dan suami. Kami juga telah membeli alatan baru untuk memasak. Bila teringat waktu itu, dan melihat gambar-gambar masakan yang saya telah masak, terasa seronok pula. Saya ada masak laksa kedah yang saya rasa memang sedap dan telah berpeluh-peluh mengepil kuih karipap....hebatnya saya.
Setahun yang lalu kami memang sentiasa masak dan makan di rumah. Walau bagaimanapun, keadaan sedikit berubah pada hujung tahun 2016 apabila kami mula mengenali Restoran Tokmi. Keadaan semakin serius apabila sebuah lagi gerai yang diberi nama Selera Pantai Timur telah dibuka di kafeteria ofis.
Cara hidup telah terus berubah di mana saya tidak lagi bangun awal untuk menyediakan sarapan, sebaliknya saya bangun awal untuk pergi kerja awal supaya dapat lepak untuk sarapan di Tokmi/Selera Pantai Timur lebih lama. Suami saya pula adalah pemilih orang nya dan dia tidak mahu makan di gerai-gerai lain.
Sudah lebih 6 bulan cara hidup kami dan berubah sehingga ada kalanya saya rasa rindu untuk makan makanan yang dimasak sendiri. Saya juga kadang-kadang merasa tidak lalu untuk makan makanan yang disediakan di kedai.
Tapi kita bukan hidup untuk makan, sebaliknya kita makan untuk hidup. Menurut suami, ada kalanya dia sengaja menghalang saya dari memasak kerana sekiranya saya memasak, pasti saya akan berselera dan makan lebih banyak, dan ini pastinya tidak baik untuk diet saya.
Saya tidak menafikan kata-kata suami saya dan pastinya kena akur...tapi ada masanya saya masak juga yang simple-simple, hmmm, memang berselera sungguhlah kami makan.
Ehhh...kenapa saya bercerita mengenai makanan pulak ni...walhal saya ingin bercerita mengenai kehidupan saya selama dua tahun di KK.
I am doing fine here guys, although I do miss Shah Alam. Kehidupan sosial mungkin sedikit terhad kerana kami masih tidak punya ramai teman di sini dan kebanyakan teman adalah kenalan sewaktu kerja sahaja. Pada waktu cuti, kami akan habiskan waktu bersama. Selalunya kami akan ke kompleks membeli belah. Kami mula mengenali satu-dua tempat makan yang menarik di KK, tapi masih tidak berapa menarik buat kami....untuk yang ini, memang kami rindu Semenanjung.
Keadaan kerja pun baik, alhamdulillah. Pastinya ada cabaran di sana-sini seperti biasa, tapi saya positif dan kalau ada masanya saya jadi negatif, saya akan cuba kona ke positif juga akhirnya, insyaa allah.
Saya tidak tahu berapa lama lagi saya akan berada di KK, mungkin lagi setahun, mungkin lebih lagi. Jauh di sudut hati, memang saya ada perancangan dan harapan mengenai hala tuju kerjaya saya...semoga allah berikan yang terbaik untuk saya, kerana dia lebih mengetahui.
Malam ini pula kami akan menonton "Beauty and the Beast"...kali pertama kami menjejakkan kaki di Cinema Imago tu.
Okay, cukup lah di sini. Doakan saya baik-baik saja di sini, insyaa allah.
No comments:
Post a Comment