26 Mac baru-baru ini, kami telah menyambut ulangtahun kelahiran Ahmad Shukri....suami saya.
Kami tidak buat celebration apa-apa pun sebab Shuk tak nak kek, tapi dia nak aiskrim aja, dan bubur kacang.
Saya pun buat lah bubur kacang pada hari Sabtu, 25 Mac dan suami saya memang asyiklah makannnn saja.
Makan bubur kacang ni, sedap kalau letak biskut Jacobs sikit, baru ada rasa lemak-lemak masin sikit. Bubur kacang ni, suami saya telah makan sepanjang minggu.
Pada hari Ahad, 26 Mac, kami telah makan sup ikan di Alam Mesra..
Ini adalah antara a few shops yang kami boleh makan di KK. Sup dia sedap, tapi kalau nak lebih kow, kenalah ada cabai burung tuh.
Lepas tu, birthday boy minta Baskin Robbins.
Dia punya request adalah macam ini "Saya pilih aiskrim, lepas tu saya nak duduk aja. Cikbib bayar dan layan saya kali nih".
Boleh baahhh
Happy Birthday wahai suami. Semoga sihat mental dan fizikal serta di dalam redha allah sentiasa.
Aamiin
No comments:
Post a Comment