Saturday, February 4, 2017

Brunei Trip - Day 3

Assalamualaikum

Hari ini hari Sabtu, 4 Februari 2017 dan saya baru selesai solat Maghrib, dan sementara menunggu solat Isyak, saya update lah blog ini dulu. 

Buat pengetahuan, semenjak balik dari Brunei, saya solat di meja/kerusi kerja suami saya aja, sebab pinggang sakit. Bila pinggang sakit ni, saya ada masalah untuk berdiri dan duduk sebab sakit sangat. Nak mandi pun susah, nak buang air pun susah...semoga banyak dosa saya yang akan terhapus, insyaa allah. 

Walaubagaimanapun, sekarang ini, saya boleh katakan yang rasa sakit itu hampir 60% sudah berkurangan, alhamdulillah. Doakan saya cepat sembuh you alls...aamiin.

Mari sambung mengenai road trip kami ke Brunei baru-baru ini. Pada hari ke tiga, saya bangun awal pagi, mandi, solat dan bersiap untuk balik. Pada waktu ini sakit pinggang saya memang sudah semakin teruk. Saya berdoa banyak-banyak supaya dipermudahkan perjalanan balik ke KK, dan semoga saya tahan kesakitan yang datang tu.

Kami datang ke Brunei ni bawa knapsack aja, Shuk satu, saya satu, jadi memang tiada masalah untuk mengemas sebab barang yang dibawa adalah minima. Kami juga tiada membeli apa-apa kecuali kain sehelai...

Untuk ke waterfront, tempat di mana bas menunggu, syarikat kereta telah berjanji untuk datang mengambil kami dan menghantar ke waterfront pada jam 7.30 pagi. Kami perlu makan, untuk memastikan diri tidak lapar/pening kepala/perut sakit, dan oleh kerana itu kami turun untuk minum pagi agak awal, dalam jam 6.40. Sebelum tuuu...mari lah selfie untuk kenangan

Hah hah hah...adalah satuuuu

Sebab pagi masih awal, tiada orang pun di restoran tempat kami minum pagi, jadi kami telah memilih tempat duduk di tepi tingkap. Kami dapati jumlah kereta di jalanraya adalah lebih banyak, rupa-rupanya, hari Isnin, 30 Februari adalah hari bekerja untuk Brunei. Mereka tidak bercuti CNY.

Haaa...itu breakfast kami, saya makan spaghetti tu, okay lah juga rasanya, tapi kalau ada cabai burung, barulah meletop sikit kan. Anyway, we are thankful that we were able to have a proper breakfast, even though I could not sit still because I was having pain, hiks.

Dalam jam 7.20 pagi, saya telah menelefon syarikat kereta dan diberitahu yang mereka lewat dan hanya boleh sampai dalam 20 minit lagi. Hah? 20 minit? Mana sempat. I got worried already, but we decided to have a change of plan, we drove to waterfront ourselves and meet them there. 

Hubby was was telling me that  was the reason why he asked them to come at 7.15 am (earlier), since he anticipated that they may be late. Hah...saya tak tahu lah, saya ni jenis orang yang kalau kata 7.15, 7.15, bukan 7.30. I don't like to wait for other people and I do not like people to wait for me.

Anyway, we returned the car and complete all the payments at waterfront. Terus naik bas dan bas bertolak dalam jam 8.15 pagi, alhamdulillah.

Daripada dalam bas, saya sempat mengambil gambar kedai ini, di mana semuanya kena menggunakan Bahasa Melayu di Brunei. 

Kami meneruskan perjalanan, dan terpaksa melalui 8 borders seperti yang kami lalui sewaktu perjalanan ke Brunei. Bas kali ini menyiarkan video filem-filem yang kurang bijak/menarik, jadi kami tidak fokus langsung dengan tayangan video. Kami menghabiskan masa dengan melihat pemandangan di luar bas.

Bas kami singgah di beberapa tempat untuk mengambil serta menurunkan orang. Gambar ini di ambil sewaktu kami berhenti di Limbang, Sarawak. Kami singgah hampir 40 minit di sini, di mana bas juga menjadi penuh sebab ramai penumpang naik daripada sini.

Buat makluman semua, Limbang adalah bandar yang agak besar dan juga agak penting dan menjadi kunjungan warga Brunei. Sebagai contoh, untuk mendapatkan bekalan rokok, rakyat Brunei terpaksa membeli daripada Limbang kerana rokok adalah diharamkan di Brunei. Menurut pemandu bot yang kami naiki sewaktu mengelilingi kampung air, sekiranya manaiki bot dari BSB, mereka boleh sampai ke Limbang dalam jangkamasa lebih kurang 30 minit.

Seterusnya kami sampai di Lawas pada jam 12.00 tengahari dan berhenti untuk makan tengahari. Kami dimaklumkan yang bas akan bergerak hanyak pada jam 12.30 tengahari.

Kami mengambil keputusan untuk membeli goreng pisang sahaja dan kami juga tidak berjumpa kedai yang menjual minuman panas, jadi kami beli sahajalah minuman dalam kotak/tin. Kami makan di bawah pokok ditepi stesen bas.

Hah...ini tempatnya...not bad, tak berapa panas

 Kami dan goreng pisang.


Lagi sekali, Shuk dengan sedih terpaksa menggunakan bilik air di sini. Sian Shuk....

Bas pula hanya bergerak dalam jam 12.45 tengahari, yup, bas ini menggunakan pendekatan Shuk. Di sini, pertukaran penumpang berlaku lagi dan bas kami memang penuh maksima...alhamdulillah, semoga syarikat bas mendapat keuntungan.

Haaa, ada satu cerita yang Shuk suruh saya mention di sini yang terjadi di salah satu hentian imigresen (border). Kami semua berhenti, turun dan ada yang pergi ke toilet. Saya pergi juga sebenarnya, in fact saya sudah bayar 30 sen, tapi bila saya kerling keadaan toilet itu dari luar, rasa tidak mampu saya nak masuk, jadi saya membatalkan niat saya.

Tetapi ramai juga yang pergi menggunakan toilet tersebut sehingga adalah salah seorang daripada penumpang wanita telah ditinggalkan di pos imigresen tersebut. Hah, bayangkan kecohnya keadaan bila tiba-tiba salah seorang penumpang telah ke depan tergesa-gesa dan mengatakan "uncle, ada seorang penumpang tertinggal".

Hah...terkujutttt pekerja bas tuh. Buat U-turn terus. Dari jauh kami nampak budak perempuan yang ditinggalkan itu menengok bas kami dengan penuh sayu, hah, ...mesti dia suspen kena tinggal. Adoiiii...nak gelak pun ada.

Tapi pekerja bas tu bagus, terus pujuk dan cakap macam ini dekat budak perempuan tu "Takkan kami mahu pergi tanpa kamu"...uwaaaa, cantik ayat dia kan. Tapi memang pekerja bas tu alpa sikit lah kali ini sebab dia memang tidak kira atau check. Hah...lepas tu memang dia lebih berhati-hati.

Kami sampai di KK dalam jam 4.45 petang. Dapat teksi sapu, dan minta dia singgah ke masjid sekejap supaya kami boleh menjamak solat kami. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan solat kami pada sepanjang perjalanan ini.

Tamat sudah cerita perjalanan kami ke Brunei.
-----------------------------------------------------------

Sepanjang perjalanan saya di dalam bas, kaki dan pinggang saya memang sakit, but bearable, Alhamdulillah. 

-----------------------------------------------------------

What do I think of Brunei?

Brunei adalah sebuah negara yang kaya, dan rakyat dapat menikmati kekayaan itu, alhamdulillah. I think they are on the right track except on a few aspect like cleanliness and also foreign workers. I am sure the government can do something about it.

Semoga Brunei, serta rakyat Brunei, juga pemimpin Brunei, sentiasa di dalam peliharaan Allah. Begitu juga dengan Malaysia, rakyat Malaysia, juga pemimpin Malaysia, semoga kita di dalam petunjuk dan kasih sayang allah.

Aamiin

No comments:

Post a Comment