Wednesday, February 1, 2017

Brunei Trip, 28-30 January 2017

Assalamualaikum.


Hari ini 1 Februari 2017. Orang KL cuti, saya pun cuti juga, tapi MC. Bila MC, cuti dalam keadaan kurang sihat, tidak lah best sangat macam orang KL, tapi saya bersyukur sebab dapat berehat.

Ceritanya bermula pada hari Rabu minggu lepas, 25 Januari 2017 dimana saya telah berazam untuk memulakan semula aktiviti naik basikal saya. Oleh kerana sudah lama sungguh saya tidak membuat aktiviti seperti ini, saya telah lupa langsung untuk melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum dan selepas exercise. Waktu naik basikal tu, saya okay aja dan berjaya membuat 10 km kayuhan, tapi, bila bangun pagi esoknya, haaaa, saya ada sakit pinggang sikit.

Esoknya, saya buat lah sedikit warming up sebelum mengayuh dan membuat 10 km kayuhan lagi, masih terasa sakit sikit-sikit tetapi saya ingat biasa aja, dan terus berfikiran positif.

Pada hari Sabtu pula, 28 Januari, kami ada aktiviti besar, yup, kami naik bas ke Brunei. Kami di beritahu yang masa yang akan diambil adalah lebih kurang lapan jam dan ada lapan border yang perlu di lepasi...hmmm.

As always, we were excited and woke up early that Saturday. Saya bangun solat subuh, masak nasi, goreng telur dan panaskan tumis ikan bilis yang ada di dalam peti ais. Saya makan dahulu sebab suami macam tidak berapa sihat dan susah bangun pagi. Kalau tunggu suami, tak jadi apa-apa nanti.

Saf datang dalam jam 7.30 pagi untuk jemput kami dan hantar ke kawasan depan mahkamah, dimana bas akan menanti. Hah, sudah lamanya tak naik bas untuk ke mana-mana.



Ini gambar bas nya, yang sepatutnya bertolak jam 8.00 pagi. Walau bagaimanapun, banyak sungguh urusan yang tidak selesai dan bas akhirnya hanya bertolak hampir jam 8.40 pagi. Selain daripada itu, bas juga berhenti di sana sini untuk mengambil penumpang, serta ada juga penumpang yang berhenti untuk mengambil barang di dalam perjalanan. This is part of the experience lah and we enjoyed it.


Kami ada berhenti di satu hentian dan saya telah turun kerana suami menyuruh saya mencari panadol. Sayapun turun cepat-cepat, lagi pun kami duduk depan, di tempat duduk nombor 7 dan 8. Tiba-tiba saya nampak toilet yang disediakan adalah agak menarik, jadi saya masuk cepat-cepat untuk menyelesaikan urusan, hiks. Urusan toilet adalah antara perkara yang agak merunsingkan saya dan setelah mendapati toiletnya bersih, saya amat bersyukur. Di sini kami telah beli minyak cap kapak, panadol dan potato chips.


Gambar kami di seat nombor 7 dan 8.


Selepas singgah, Shuk request nak makan nasi. Yup, Shuk tak sempat makan paginya sebab dia sakit kepala dan dia telah meletakkan portion nasi ke dalam bekas. Seronok sebab dapat makan di dalam bas, rasa teringat zaman dulu-dulu.

Kami juga bawa nescafe panas...bagus bawa bekal ni. Kami juga ada bawa gula-gula, roti dan limau mandarin.

Ini adalah pemandu bas kami...baik dan cekap...





Kami meneruskan perjalanan selepas itu sehinggalah kami perlu turun untuk melalui imigresen post untuk keluar daripada Sabah dan masuk ke Sarawak. Cuba lihat gambar di atas itu, apa yang kita kena buat adalah check out dari Sabah dan check in ke Sarawak (Lawas). Kita bagi passport ke pintu kiri tu dan ambil di pintu belah kanan. 

Selepas itu, kami sampai ke Lawas pada jam lebih kurang 12.00 tengahari. Kami diminta untuk turun for lunch break dan oleh kerana hari itu adalah CNY, kebanyakan kedai di pekan Lawas ditutup. Kami lihat sekeliling dan mendapati tiada port untuk lepak yang sesuai, kecuali KFC. Kami pula baru lepas makan dan masih kenyang, jadi kami mengambil keputusan untuk pusing-pusing di sekitar pekan Lawas dan membeli sedikit barangan. Gambar di atas adalah pasar Lawas yang saya rasa adalah agak impressive. Haaa, ianya adalah agak bersih, moden dan mengingatkan saya kepada pasar Taman Tun.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan. Sebelum itu, kepada sesiapa yang mungkin berminat untuk membuat perjalanan yang sama, saya nasihatkan supaya be prepared untuk tidak menggunakan tandas di Hentian Bas Lawas sebab keadaannya adalah kurang baik. Saya bernasib baik kerana saya telah terjumpa satu toilet yang lebih baik di kompleks imigresen Mengkalap, sebelum masuk ke Brunei. It was cleaner, alhamdulillah.

Selepas Lawas kami perlu melalui beberapa pos Imigresen seperti di bawah sebelum sampai ke Bandar Seri Begawan :

- Pos Kawalan Imigresen Mengkalap (Lawas), Sarawak  dan Pos Kawalan Imigresen Labu (Tempurong) Brunei

- Pos Kawalan Imigresen Puni (Temburong), Brunei dan Pos Kawalan Imigresen Pandaruan (Limbang) Sarawak

- Pos Kawalan Imigresen Tedungan (Limbang), Sarawak  dan Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah Brunei.

Punya lah banyak, asyik turun naik bas aja kerja kami dan passport juga langsung penuh dengan chop.

Gambar di atas adalah pos Imigresen Tempurong (Brunei) kalau tak silap. Pos Imigresen Brunei adalah lebih berkilat dan kemas. Jalan raya di Brunei juga adalah lebih bagus dan kurang beralun. Melalui jalan kampung di Sarawak (Lawas dan Limbang) juga Brunei adalah sangat menarik dengan rumah-rumah kampung. Rumah-rumah kampung di Brunei pastinya lebih mewah sekiranya dibandingkan dengan rumah-rumah di Sarawak atau Sabah.

Setelah turun naik bas dan melalui pos-pos imigresen di atas, kami akhirnya sampai di BSB pada lebih kurang jam 5.15 petang. Kami singgah solat di musolla kawasan letak kereta waterfront BSB. Suraunya cantik, ada aircond, walaubagaimanapun, bila saya masuk tempat berwuduk, bau hancing dari tandas terus menusuk hidung. Yup, Brunei menghadapi masalah yang sama dengan Malaysia, mereka ada "infrastructure" yang baik, tapi masalah "maintenance" masih belum diatasi sepenuhnya.

Selepas solat, kami mencari teksi/bas/pengangkutan umum. Kami dapati, tiada teksi di tempat yang di sediakan untuk menunggu teksi lalu kami mengambil keputusan untuk naik bas. Kami memang tiada idea langsung mengenai lokasi hotel kami, jadi kami minta tolong dengan pemandu bas untuk memberitahu kami bila dan di mana kami perlu berhenti. Harga tiket adalah BD1.00 seorang. Alhamdulillah, merasalah kami naik bas di Brunei, walaupun 95% daripada penumpang bas itu memang bukan orang Brunei. 

Oh ya, pada sepanjang perjalanan kami daripada waterfront ke stesyen bas BSB, kami dapati hampir 90% daripada mereka yang kami jumpa adalah pekerja asing. Semoga kerajaan Brunei akan memantau kehadiran pekerja asing bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal dan Brunei tidak menjadi seperti Malaysia.

Sampai di hotel, kami pun check in. Kami tinggal di hotel Ba'diah.

Okay lah hotel ni, bersih.

Kami rehat sekejap dan selepas itu keluar jalan-jalan keliling hotel, juga cari tempat makan. 

Kami hampir-hampir masuk ke sebuah restoran China ni kerana mereka menggunakan tulisan jawi dan bahasa Melayu. Haaa...a little bit misleading lah kalau kita sudah terbiasa dengan tulisan Jawi hanya digunakan oleh orang Melayu/Islam di Semenanjung. 

Walau bagaimanapun, bila sudah tahu tu, kami jadi lebih berhati-hati lah dan telah memilih satu kedai mamak ni dan makan nasi goreng kampung. Sedap nasi gorengnya, saya order roti canai juga, malangnya gulai roti canai tu manis...ha ha ha, ada ke gulai roti canai manis, tapi kenalah bersyukur dan habis juga roti canai tu.




Selepas itu, kami pun berjalan kaki balik ke hotel, mandi, solat dan tidur. Sedap betul tidur malam tu sebab kami memang letih.

Okay...kita sambung di post seterusnya, insyaa allah.


No comments:

Post a Comment