Assalamualaikum.
Hari ke 2 kami di BSB.
Pada hari Ahad, 29 Januari 2017, kami bangun awal sebab ingatkan kereta sewa akan sampai pada jam 7.30 pagi. Tengok-tengok, kereta sewa sampai pada jam 8.00 pagi. Saya cadangkan, untuk mereka yang ingin melawat Brunei, ambil lah kereta sewa kerana perkhidmatan pengangkutan awam adalah unreliable, ini mungkin kerana rakyat Brunei sendiri adalah lebih berkemampuan dan rata-rata mempunyai kenderaan sendiri.
Kami telah menyewa kereta seperti di bawah :
A good car indeed
Keadaan kereta sewaktu di terima adalah tip top, bersih, wangi dan harganya adalah BD50.00 sehari.
Selepas dapat kereta, kami pergi breakfast dulu di hotel dan merancang untuk ke Galleria/Bangunan Tempat Alat Diraja. Walaubagaimanapun, kami tidak dibenarkan masuk ke pusat bandar kerana ada acara lumba basikal dan jalan menuju ke pusat bandar adalah ditutup. Dalam keadaan tidak pasti hendak ke mana, kami telah saja-saja masuk ke lebuhraya tanpa arah tujuan.
Lebuhraya Brunei semuanya ada 2 lorong dan tiada tol. Bilangan kenderaan pun adalah tidak banyak dan jalannya cantik. Sewaktu di Lebuhraya kami telah bertemu dengan Theme Park Jerudong dan mengambil keputusan untuk singgah. Jarak antara BSB dan Jerudong adalah lebih kurang 23 km.
Tiba-tiba, kami berada di kawasan penternakan kuda yang besar, sangat besar dan bilangan kuda juga adalah sangat banyak.
Stable untuk kuda tinggal juga adalah sangat banyak.
Selepas itu kami berpusing-pusing di dalam Jerudong Park dan tiba-tiba ternampak pantai...lupa lah pulak namanya
Ombak di sini adalah kuat dan ada diletakkan tanda tidak dibenarkan berenang di tepi pantai...tapi ini tidak menghalang suami saya untuk berangan berenang seperti gambar di atas
Ada seekor gajah tua betina yang kesunyian di situ, namanya Che Gayah
Selepas itu, kami telah ke Theme Park Jerudong. Malangnya banyak attraction yang dalam proses "upgrading" dan kami juga tidak lah rasa teruja sangat untuk masuk. Jadinya, kami pusing-pusing di kawasan itu yang di penuhi dengan rumah-rumah warga Brunei yang cantik-cantik belaka. Daripada segi ini, saya boleh rumuskan yang orang Brunei adalah lebih beruntung. Mereka lebih terpelihara daripada segi ekonomi.
Salah satu attraction yang di dalam proses upgrading. Attraction ini sebenarnya adalah "Merry Go Round" yang telah di translate menjadi "pusing lagi".
Selepas itu, kami masuk semula ke lebuhraya dan singgah di satu pantai ini...lupa la pulak nama pantainya. Pantai ini hanya di buka pada waktu siang dan akan ditutup pada jam 6.00 petang. Ada berbagai-bagai aktiviti yang dijalankan oleh rakyat Brunei di situ. Ada yang ber barbecue, ada yang bersukan, ada yang berniaga...keadaan juga adalah terkawal, lebih bersih dan tiada anjing yang berkeliaran. Walau bagaimanapun, saya masih berpendapat yang pantai Tanjung Aru Sabah adalah lebih cantik kerana pasirnya yang halus dan memutih (tapi banyak anjing la plak). Pasir di Brunei di kurang halusnya dan berwarna kekuningan.
Mungkin untuk mengelakkan hakisan, batu-batu ini telah di hamparkan di kawasan pantai
Sebab hujan, tak nampak la pulak kereta/motor yang sebegini, yang boleh di sewa oleh pengunjung
Ramai juga yang berniaga, ada yang jual makanan, baju juga barangan tupperware
Selepas itu kami masuk semula ke dalam highway dan telah menuju ke arah Muara. Di Muara terletak jeti untuk feri daripada Labuan berlabuh. Di Muara wujud beberapa jenis industri dan diantaranya adalah kilang membuat cement. Di sini juga kami lihat sangat ramai warga asing.
Ahh...kami sempat ambil gambar bas di Brunei, seperti yang telah kami naiki semalam
Kami seterusnya telah mengambil jalan kampung (bukan highway) untuk kembali ke BSB. Seronok melihat perkampungan orang Brunei dengan rumah-rumah mewah.
Sampai di BSB, kami terus waze Galleria semula.
Hah dah sampai...
Ada sebahagian daripada Galleria ini yang di dalam proses pemulihan juga. Kita perlu membuka kasut untuk masuk ke Galleria. Ramai daripada pekerja di sini adalah kaum wanita dan mereka adalah sangat tegas. Pengunjung tidak dibenarkan untuk menangkap gambar di sini, kecuali di ruang legar.
Gambar kami, yang sudah separuh penat dan juga lapar
Belakang kami tu ada payung
kih kih kih, saya bergegas kerana ditegur oleh seorang pekerja wanita tu, tak pasti kenapa, tetapi pekerja itu tidak membenarkan tangkap gambar di situ.
dekat meriam
Selepas itu kami ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien yang tidak jauh daripada Galleria. Tapi biasalah, kami terpaksa juga pusing-pusing untuk cari tempat letak kereta. Ada juga jalan yang ditutup untuk memberi ruang berniaga pasar minggu.
Hmmm...daripada seberang jalan
Di depan masjid pulak
Seperti biasa kami kena berpecah untuk mengambil wuduk dan solat, dan pada waktu inilah saya perasan ada binaan yang agak menarik di belakang masjid...saya snap dulu satu gambar di situ.
Masjid ini di maintain dengan sangat baik kerana walaupun dibina dalam tahun 50 an, ianya kelihatan seperti baharu. Saya tidak mengambil gambar di dalam masjid, tetapi keadaan di dalam masjid juga adalah sangat cantik dengan aircond yang berdebus-debus.
Walau bagaimanapun keadaan toilet adalah kurang memberangsangkan. Mungkin kerana masjid ini masjid lama, dan toilet masih belum di upgrade. Satu lagi sebab adalah mungkin kerana saya pergi pada hari Ahad, dan mereka yang bertugas membersihkan tandas sedang bercuti.
Selepas solat, kemi berjalan ke binaan di belakang masjid untuk menangkap gambar.
Haa...pemandangan daripada binaan tersebut, the mosque from a different angel
Saya tidak pasti binaan ini adalah binaan apa, tapi saya rasa ianya saja dibina sebagai perhiasan dan tempat untuk menangkap gambar.
Daripada sini juga kami melihat yang akan ada pembangunan baru di sini kerana ada kerja penambakan laut sedang berlaku.
Keluar dari masjid, kami tangkap gambar di sini
Suami saya pun tangkap satu dari arah yang berlawanan
Oleh sebab kami sudah lapar, kami pun mengambil keputusan untuk mencari tempat makan. Shuk mencadangkan supaya kami ke pusat membeli belah yang terletak di seberang jalan masjid.
Tiada apa yang menarik untuk di beli di sini, tetapi saya dapat lihat bagaimana warga Brunei menghabiskan hari minggu mereka. Saya juga dapati 50% daripada mereka yang melepak adalah warga asing.
Saya tidak lapar sangat waktu tu, tapi suami saya sudah lapo bebeno...jadi kami pilih satu kedai ni..
Shuk makan nasi goreng dan saya makan kueh tu...alhamdulillah, kenyang perut
Selepas itu kami mencari jeti ke Kampung Air, tapi tersinggah di satu kedai kain dan terbeli kain...kih kih kih.
Lepas tu, jumpa jeti dan naik bot. BD10 seorang...boleh laaa
Mestilah selfie...dua-dua muka melengas
Ada banyak jeti di Kg Air ni
Kerajaan Brunei menyediakan segala kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik
Yang ini gambar Balai Bomba...sebab agak selalu juga berlaku kebakaran. Ada juga sekolah, klinik, masjid dll. Pendek kata, selesa sungguhlah kehidupan warga Brunei di Kg Air ni.
Ada jambatan yang baru siap, tetapi belum boleh digunakan
Pemandu bot tu tolong snap kan gambar kami yang berlatar belakang BSB
Selepas itu, kami sempat lepak di waterfront...
Gambar mengada ni pun di waterfront juga
Seterusnya kami berjalan semula ke shopping centre tadi untuk terus ke tempat kereta kami diletakkan
Tiba-tiba Shuk teringin nak rasa kopi ala ala Starbuck di Brunei...BD6 secawan kecik...(sila darab 3.12)
Sebelum sampai ke kereta, tiba-tiba kami nampak stesen teksi yang sekali lagi kosong....beginilah keadaan tempat menunggu teksi di Brunei, itulah sebabnya kenapa adalah sangat penting untuk kita menyewa kereta.
Kami mengambil keputusan untuk ke Istana Nurul Iman selepas itu. Bukannya boleh masuk ke dalam istana, tapi bolehlah tangkap gambar dari luar...waktu tu baru lah rasa macam pelancung sangat...
gambar seorang..
gambar berdua
Seorang balik
Selepas itu kami ke Masjid Kg Air yang terletak sangat dekat dengan hotel kami. Muka dah berlengas sebab kami kena park kereta kami jauh dari masjid kerana sekeliling masjid penuh dengan kenderaan. Kami pelik juga tengok banyak kereta, tapi masjid kosong, rupa-rupa penduduk Kg Air yang park kereta di perkarangan masjid.
Selepas itu kami ke masjid yang paling besar dan cantik iaitu Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah
Ini masjid yang paling cantik dan besar kut, tapi tiada banyak gambar yang kami ambil. Yang ada ni pun, bergoyang pulak
Saya terambil gambar yang ni dan telah ditegur oleh salah seorang pekerja masjid tuh...langsung turrkujut dan hilang mood nak amik gambo...he he he he. Tak merajuk pun sebenarnya, cuma waktu tu dah penat sangat...Tapi masjid ni memang cantik, dan saya tidak pergi toilet, jadi saya tidak akan komen apa-apa.
Selepas itu kami balik bilik, mandi, solat, tengok Australian Open (tennis) dimana Federer telah menang dan kemudian turun makan malam di lobi hotel.
Sebelum tu kami tangkap gambar yang proper sikit, waktu segar sikit, lepas mandi
Boleh tahan juga lama menunggu makanan siap sewaktu di restoran sehingga adalah gambar selfie yang macam ini..
Yang atas ni makanan saya, tuna sandwich with hot tea
Shuk order yang ini...sedap mushroom soup tu
Kami juga order dimsum. Shuk suka dimsum, mula-mula order satu bekas tu, lepas tu dia order satu lagi. Dalam setiap bekas tu ada 4 ketul dimsum, Shuk makan 7 ketul dan saya hanya makan seketul.
Dan gambar di atas adalah logo halal Brunei.
Selepas itu kami balik bilik dan tidur awal sebab esok kami kena bermula awal sebab bas akan bertolak pada jam 8.00 pagi.
No comments:
Post a Comment