Assalamualaikum
Hari ini hari Ahad, 22 Mei 2016, jam 6.55 pagi. Saya bersiaran daripada atas katil saya, dan seperti biasa, pasang aircond setelah tidur berpanas depan tv sepanjang malam.
Selepas subuh pagi tadi, saya telah buka handphone sambil lepak-lepak kat katil. Sewaktu saya buka facebook, tiba-tiba saya terperasan satu post takziah di wall kawan saya, KR. Berderau darah saya bila saya baca post tu sebab baru semalam kawan saya ni meletak post gambar dia bercuti bersama suaminya di Pahang.
Bagi memastikan apa yang sebenarnya berlaku, saya telah menghubungi adik KR melalui wassup dan saya telah dimaklumkan bahawa suami KR telah meninggal dunia. Innalillah.
Saya tumpang sedih. Saya juga ada memaklumkan beberapa orang kawan yang lain dan semua kawan-kawan saya juga tumpang sedih. Tapi ye lah, jika begitulah perancangan Allah, kita perlu redha.
---------------------------------------------------------------------------------
Pernah ada seorang kawan yang juga baru kehilangan suami telah berpesan supaya kita memastikan supaya hubungan dengan suami sentiasa baik. Dia kata, kata kalau berkelahi macam mana sekalipun, pastikan cium tangan suami sebelum tidur, ataupun sebelum pergi kerja (saya fail dua-dua ni) sebab sekiranya ada apa-apa yang berlaku kepada suami kita, sekurang-sekurangnya kita dapat mengingati suami dalam keadaan baik...tidak ralat la orang kata.
Saya rasa perkara ini apply untuk suami juga lah kut, iyelah, sekiranya apa-apa berlaku kepada isteri, suami ralat juga kan? Especially perkara-perkara macam ini sepatutnya suami lah ketua kan? Kalau isteri merajuk ke, suami yang sepatutnya initiate pujuk ke apa...tak gitu?....
---------------------------------------------------------------------------------
Sekarang ini, ramai pula kawan yang hantar message bertanya info lanjut fasal berita kematian suami KR. Saya tidak ada info itu sebab saya pasti keluarga beliau juga sedang bersedih dan sibuk untuk menguruskan pengkebumian, mungkin saya akan tanya pada lain masa.
Yang pastinya, semua orang berkongsi cerita yang baik mengenai suami KR. Semua orang tumpang sedih. Semua orang tengok post mereka bercuti dan semua orang terkejut.
Saya tengok balik gambar mereka di facebook sebentar tadi. dan saya dapati ada gambar mereka berdua yang pasti akan menjadi kenangan buat KR. Saya doakan KR tabah dan insyaa allah, dipermudahkan semua urusan beliau selepas ini.
Alfatihah
No comments:
Post a Comment