Assalamualaikum.
Hari ini hari Isnin, 16 Mei 2016, jam 10.39 malam. Hari ini juga adalah hari guru.
Saya bersiaran daripada dalam bilik tidur saya. Sekarang ini cuaca sangat panas dan kami sudah sampai level pasang kipas siling di kelajuan 5 di tambah dengan "stand fan" dengan kelajuan maksima iaitu 3 yang dihalakan ke arah kami.
Memang panas, tapi bila dilihat dari sudut positifnya adalah, kami seakan-akan sentiasa duduk di dalam sauna di mana peluh sentiasa keluar. Alhamdulillah, kerana kami masih hidup untuk menikmati cuaca panas ini.
Saya sudah seakan lupa tentang aktiviti yang telah dilakukan minggu lepas. Yup, saya ada jumpa banyak syarikat serta saya telah pergi ke Sipitang pada hari Sabtu kerana ada lawatan ke lokasi kilang yang hampir siap.
Lokasi kilang adalah di sebelah laut maka anda boleh bayangkan bagaimana panasnya cuaca di sana. Saya juga terdedah dengan cahaya matahari pada sepanjang perjalanan dan oleh kerana itu, kandungan melanin di muka saya bertambah dan menyebabkan sedikit pertukaran warna kulit. Alhamdulillah, itu adalah petanda yang kulit saya adalah sihat...saya bersyukur.
Pada hari Ahad, sebagai hadiah untuk diri sendiri, saya telah sekali lagi pergi membuat urutan kaki di Wisma Karamunsing. Pusat rawatan yang paling saya selalu pergi adalah DSayat-Sayat..sat, ada gambo...
Saya sekarang ini, kalau free pada hari Jumaat, memang Wisma Karamunsing lah tempat saya lepak. Saya tidak beli barang/baju, sebaliknya saya pergi urut kaki ke, atau buat pedi/mani ke, atau saja-saja buat rambut ke. Sekiranya anda berkesempatan ke sini, anda boleh terus ke tingkat 2 di mana sangat banyak outlet yang menyediakan perkhidmatan seperti ini. Terdapat perbezaan juga antara harga sebenar dengan harga yang tertera, lebih-lebih lagi sekiranya anda adalah seorang pelanggan tetap.
Saya rasa saya boleh mengkategorikan orang Sabah ni sebagai orang yang bergaya sekiranya penilaian di buat berdasarkan bilangan yang mengunjungi salon rambut. Tidak kira jantina, pada hari Sabtu dan Ahad, salon ini akan dipenuhi pengunjung walaupun harga yang ditawarkan tidak lah murah.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kedai urut menawarkan perkhidmatan kepada lelaki juga perempuan. Ada juga hari di mana saya kurang bernasib baik di mana masuk pula pelanggan lelaki yang ingin mengurut kaki mereka. Mungkin sebab pekerja di situ faham, mereka akan menutup kaki saya dengan tuala, jadi, tiada masalah.
Pada hari Ahad itu, setelah habis berurut, saya pergi juga merayap kerana saya mencari blouse yang sesuai untuk dipakai dengan satu bottom yang saya telah terbeli (terbeliiii). Sesungguhnya susah juga nak cari yang sesuai lebih-lebih lagi sebab saiz saya yang istimewa ini.
Saya tidak jumpa pun blouse yang saya mahu dan kami telah mengambil keputusan untuk balik ke rumah. Walau bagaimanapun, kami telah tersinggah di sebuah kedai "pancake" dalam perjalanan ke kereta.
Sebenarnya kami tidak lapar waktu itu sebab kami sudah breakfast baik punya sebelum keluar rumah pagi itu. Walau bagaimanapun, kaki kami macam nak masuk aja ke tempat makan itu jadi kami orderlah satu dan kongsi makan.
Kami order latte dan satu set pancake. Latte tu murah ye, dalam RM5.00 aja dan rasanya juga adalah selaras dengan harganya, alhamdulillah. Pancake tu not bad, tapi saya lebih suka sekiranya ianya dimakan dengan aiskrim vanilla. Malangnya, hanya aiskrim perisa strawberi dan coklat aja yang ada pada hari itu. And nope, please do not compare the taste with Paddington ye.
Ada banyak lagi menu di kedai ini, tapi kami had kan apa yang kami boleh makan di sini sebab kami tidak pasti sama ada tempat ini mendapat halal cert atau tidak. Di Sabah, banyak tempat yang tidak mempunyai halal cert tetapi akan meletakkan label "serve no pork". Berdasarkan info itu, saya dan Shuk akan menjadi lebih selektif sekiranya kami makan di tempat berkenaan, yup, kami akan avoid chicken and meat.
Bila saya tanya Shuk sama ada kami akan ke kedai ini lagi, Shuk kata "boleh, lain kali kita boleh minum pagi di kedai ini".
Oh yeee, sebelum berurut kaki tu, kami sebenarnya sudah makan berat pada paginya. Saya telah masak tumis udang bersama petai...yippieeee..
Kami terjumpa orang menjual petai di tepi jalan. Petainya kelihatan tidak berapa fresh dan berharga RM10.00. Hmm, beli ajalah. Saya buat juga tumis petai pada pagi Ahad itu sebab saya telah menghadkan untuk makan petai pada hari cuti sahaja...takut berbau kalau makan pada hari kerja.
Rasanya Shuk bagi saya 3.5 markah untuk tumis udang petai ni sebab dia kata kurang masin. Saya sebenarnya memang sedang cuba untuk mengurangkan masin sekarang ni.
Shuk juga cakap yang tiada siapa yang layak untuk mendapat markah penuh untuk masakan iaitu 5.00. dan saya tanya balik "kenapa pulak?"
Suami saya bagi contoh yang macam ini "Dulu, sewaktu Nadia Comaneci mendapat markah penuh perfect 10.00 untuk gimnastik, sistem yang ada tidak dapat terima dan markah Nadia terus jadi 0. Jadi, kalau masakan Cikbib sempurna dan dapat markah penuh 5, markah Cikbib terus jadi 0 nanti".
Ternganga saya menerima jawapan itu dan saya jawab macam ini "laaa...itu sistem untuk tahun berapa tu yang tidak boleh terima markah 10? Ini tahun berapa? Tak kan tak de improvement dengan sistem tu kut? Tak boleh diterima langsung alasan tu".
Dannn...seperti biasa kami pun pot pet pot pet tanpa ada penyelesaian sebab dua-dua pun merasa diri bijak kan...ekekekeekk.
Pada hari Jumaat, 13 Mei, saya ada masak asam pedas untuk makan malam...
Hubby bagi 3 bintang kut untuk asam pedas ni. Suami saya ni, circle of food dia adalah limited. Dia suka masak tumis, masak lemak dan kari. Jadi, bila masak lain sikit, dia mula lah macam tidak berapa nak makan, walhal sedap aja pun. Kita ajalah yang jenuh jemu dengan apa yang kita masak dan makan sedangkan dia steady aja...
Yang di atas ini adalah mertabak maggi yang saya masak pada pagi Sabtu, sebelum saya ke Sipitang. Senang aja pun, letak maggi, serbuh maggi tu, bawang, cabai dan telur. Saya nampak resipi mertabak ni di dalam facebook pada malam sebelumnya dan tunjuk kepada hubby. Saya tanya sama ada dia rasa dia boleh makan atau tidak dan dia kata "boleh kut". Dan dia suka, alhamdulillah.
Hmm...sudah jam 11.26 malam sekarang ini dan saya perlu tidur supaya tidak bangun lewat esok. Saya punya schedule agak penuh esok di mana saya ada meeting/visit dan lunch pada paginya dan petang nya pulak, saya ada meeting.
Okay fellas, see you in my next post. Insyaa allah
No comments:
Post a Comment