Thursday, May 19, 2016

18-19 May 2016 - Telur Busuk dan Kematian

Assalamualaikum.

Hari ini hari Khamis dan hujan telah turun dengan lebat nya sewaktu subuh pagi tadi. Alhamdulillah.

Ofis kami telah menerima laptop baru pada hari Khamis dan Jumaat minggu lepas dan kami masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan laptop baru ini. 

Saya tahu rakan-rakan saya yang lain semuanya masih kurang gembira sebab screen laptop ni kan kecil dan keyboard juga agak kecil. Saya pernah melalui perkara yang sama semasa di HQ, dan oleh kerana itu, ianya tidaklah menjadi masalah bagi saya. Saya enjoy aja dapat laptop baru, dapat keyboard baru yang lembut...hah, saya suka. Tapi, laptop baru macam mana sekalipun, kalau internet masih tidak begitu best...tak menjadi juga. I am working on it again now...yup, trying to do something to improve the internet service to my laptop.

Haa, berdasarkan tajuk di atas, saya ingin bercerita mengenai cerita yang terjadi semalam di mana seperti biasa, saya telah turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Saya bercadang untuk menyediakan bihun goreng. 

Seperti biasa, saya pun telah menumis bahan-bahan dan bagi mengelakkan bihun jadi hancur, saya telah mengambil keputusan untuk memasukkan telur terlebih dahulu. Saya masukkan telur yang pertama dan sebenarnya saya perasan yang telur itu adalah kurang fresh. Walau bagaimanapun, oleh segala-galanya berlaku terlalu pantas di mana dalam saya terfikir yang telur pertama itu macam kurang segar, tangan saya terus juga mencapai telur kedua, memecahkan telur tersebut di atas kuali dan memasukkan isi telur itu ke dalam bahan-bahan bertumis yang lain.

Malangnya, telur tersebut sudah bewarna kelabu dan berbau seperti bau telur busuk...

Adoiii, tidak terkata saya, rasa sedih pun ada, keciwa pun ada. Tapi redha ajalah kan, memang bukan rezeki saya untuk makan bihun goreng masakan diri sendiri pada pagi semalam. Saya sebenarnya sangat terkesan dengan bau busuk telur itu sehingga terbawa-bawa ke ofis. 

Walau bagaimanapun, saya telah berjaya masak mihun goreng pada pagi tadi, tetapi saya tidak berani untuk menggunakan telur yang masih berada di dalam peti ais kami. Sebenarnya suami saya baru saja membeli 10 biji telur itu pada hari Isnin, tetapi saya syak yang semuanya mungkin kurang segar. 

Sebenarnya pengalaman memasak ini ada bermacam-macam. Saya tahu ramai tukang masak yang terpaksa membuang masakan yang mereka masak apabila masakan itu tidak menjadi. Kadang-kadang, setelah masak begitu lama, seluruh keluarga terpaksa makan di luar apabila sesuatu terjadi kepada masakan yang disediakan. 

Saya ingat lagi di mana pernah berlaku kepada keluarga saya sewaktu kami tengah teruja mahu minum air kelapa. Emak saya telah mengumpulkan air kelapa di dalam satu bekas besar dan kami baru mahu mengopek isi kelapa dan tiba-tiba kucing datang dan menjilat air kelapa yang telah di kumpul itu. Hah......itu lah  tidak ada rezeki namanya.

Semalam, juga pada hari ini, keluarga kami telah menerima berita kematian kawan-kawan lama kami di kampung. Mereka ini adalah kawan-kawan kami adik beradik pada masa kami kecil-kecil sehinggalah remaja. Setelah dewasa, kami memang jarang berjumpa, tetapi memori zaman dulu-dulu masih segar di ingatan.

Semakin meningkat usia, semakin kerap kita menerima berita kematian kawan-kawan juga saudara mara. Itu juga adalah pentanda yang kematian untuk kita juga adalah semakin dekat. Semoga allah memberi peluang untuk kita meningkatkan amalan serta kita semua dikurniakan pengakhiran yang baik.

Okay lah you alls, saya kena stop. Doakan saya rajin untuk membuat post yang lain....





No comments:

Post a Comment