Saturday, March 28, 2015

Makan Kenduri di Rumah Rehat Kampar, 21 Mac 2015

Haaa, sesi bercerita dengan gambar yang lebih banyak peminatnya....atau ramai yang lebih suka bila saya menulis tanpa gambar?...sila angkat tangan..

Anyway, pada 20 Mac 2015, petang Jumaat, Tokbomo telah ambil saya dari office dan kami terus ke Kampar kerana ada kenduri kahwin anak kepada abang Tokbomo pada 21 Mac 2015. Kami sampai dalam jam 9.30 di Rumah Rehat Kampar dan di hidangkan makan malam di tempat yang sama. Mereka menyediakan nasi ayam dan seperti biasa, habislah diet aku. Dah la makan nasi, makan lewat malam pulak tu, sedap pulak nasi tu, mesti lah makan kan, tak makan rugi...haisssssh.

Lepas makan, kami sembang, tapi saya memang dah tak larat sebab saya datang dari office and badly needed my bath. Tapiii, saya tengok orang lain segar bugar ajapun. Sebab penat, saya minta diri untuk ke bilik, mandi, solat. Waktu saya solat tu, ada orang ketuk pintu dan hubby keluar. Rupanya orang yang ketuk pintu tu ajak hubby sembang kat bilik mana ntah, dan saya pulak, terus tertidur lepas tuuu...he he he ...

The next morning, we had breakfast at 7.30 am and ready for the akad nikah at 9,00 am. Haaa...jom tengok gambo ye...

Nama pengantin...anak sedara Tokbomo yang lelaki ye 

 pelamin...saya suka, simple tapi cantik

 Hantaran, ini dari pihak lelaki...sweet....

 Yang ni dari perempuan... cantik kan? saya suka

 sessi warming up sebelum akad nikah...

Sedara mara belah lelaki 

Penyokong pengantin lelaki...kena bagi moral support kan 

 Pengantin perempuan

 akad nikah dijalankan oleh bapa pengantin perempuan sendiri...selesai dengan sekali lafaz saja, alhamdulillah

Baca doa selepas akad

Bapa pengantin lelaki...sentiasa segak dia ni 

emak pengantin perempuan, menangis selepas akad nikah

tapi yang ni, entahlah...asyik sengihhhhh aja 

Lepas tuu..biasalah, tangkap gambooo 

 the anak daras....sikit lagi depe-depe ni lah pulak yang kahwin

 snap pengantin sikit

 lagi satu


 Lepas tu ada banyakkkkkkkk tangkap gambo. Kali ni saya terperangkap sungguh sebab kononnya semua orang nak tangkap gambo dengan saya sebab saya nak ke Sabah kan...dah la saya kurang fotogenik (walaupun kat luar gambo boleh tahan comel nye ape....kih kih kih...)

Saya suka gambo ni...Tokbomo dengan Atan

Lepas akad, kami minum lagi. Kopi O itu adalah marvellous

 Meja sebelah

Lepas minum, kami melepak dalam bilik...sessi update cerita-cerita lama. Dalam jam 12.00 tengahari macam tu, kami keluar dari bilik untuk sesi makan beradab

snap satu gambar bila keluar aja dari dalam bilik...

 bersedia untuk berarak...tukar ke baju biru

sesi menunggu...tengok muka Dini tu...mesti tengah boring tu

 Bergambo sebelum berarak...ada sorang aja yang buat peace kat belakang tuh...tak sesuai sungguh dia tu...heeee

 Bersedia untuk berarak ke dewan dulu...tangkap gambo

Gambar pengantin kat pelamin.

Lepas tu, kami sepatutnya ke khemah untuk makan...tapi saya dengan Shuk cepat-cepat amik peluang untuk   .....









 Kami! Pengantin Lama. We celebrated our 9th wedding anniversary in March...heeee....dulu waktu kahwin tak de bersanding kan...kih kih kih

Lepas tu kita orang makan. Makanannya memang sedap dan saya bedal aja pun, tak de diet pun. Lepas tu kami pun siap-siap dan balik.


Ini adalah gambar sebelum balik. Kita orang balik ke Chemor lepas tu....

Hokey...di sini dulu....



No comments:

Post a Comment