Sunday, March 8, 2015

6, 7 and 8 March 2015

Assalamualaikum.


Nampak gayanya, saya memang update blog ini seminggu sekali ajalah sekarang ni. Tak pe, jangan tak update langsung sudah.

6, 7 dan 8 Mac adalah tarikh di mana ada demam-demam celebration untuk birthday girl, iaitu saya, kononnya...ada perkataan kononnya di situ ye sebab sebenonye tak de pun celebration apa-apa. Kek tak de, flowers tak de, present pun tak de...uwaaaaaa......

Tapi, sewaktu saya tiba di rumah pada 6 Mac, Jumaat, Tokbomo dengan excitednya telah menunjukkan sampul surat berwarna pink...dia siap dah buka sampul surat tu pun dan keluarkan kad untuk saya baca :




Haaa...I received a birthday wish card from my anak sedara. Dah berkurun rasanya saya tidak menerima kad harijadi ni, by post pulak tu. Heee....of course I was touched, and siap ada cash sikit dalam sampul tu. 

Tapi, rasanya Tokbomo pulak yang teruja lebih dan terus cakap "ok cikbib, malam ni kita celebrate, kita pergi makan di Famous Thai"

Tapiiiii....saya waktu tu dah rasa macam nak muntah kalau saya kena makan lagi sebab tengaharinya saya ada makan dengan kawan-kawan saya, mari tengok makanan yang kami makan :


Haaa....saya makan yang kat atas ni


Yang atas pulak adalah makanan kawan-kawan dan salad tu, kita orang kongsi...walaupun tak abis


Yang atas ni pulak adalah Mango Frizzi rasanya

Dannnn...ini adalah pemakan-pemakannya. 

Saya ada meeting di Shah Alam pagi itu sebenarnya, jadi, selepas meeting, saya stay sat kat situ untuk lunch sama-sama dengan gang Shah Alam (and you know what, tempat ini telah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan tengahari tadi. Mekyah, kalau nak pergi, tempat ni tak jauh daripada Good Hope Hotel di Seksyen 13 ke, 14 tu...)

Sebab saya cerita yang saya dah makan banyakkkk, hmmm...alhamdulillah hubby faham, jadi kami terus ke Restoran Kasih aja malam itu untuk dinner. Tokbomo telah order ikan bakar...saya ambil makan apa yang Tokbomo makan aja.


Lepas tu, kami dua-dua sekali tertidur depan tv. Rupa-rupanya, Tokbomo sebenarnya menunggu jam 12.00 tengah malam untuk jadi orang pertama yang wish saya Happy Birthday...ha ha ha...tapi dalam mimpi ajalah nampaknya.


Esok paginya, kami telah pergi for our morning walk, breakfast dan pergi pasar. 


Pada tengaharinya pula, kami telah pergi rumah kenduri kahwin di Kelang.


Dann...yeah, of course ada banyak doa dan wishes dari ahli keluarga dan kawan-kawan. Terima kasih semua.

Petangnya, hubby kata nak ajak pergi Starbucks, tapi tak jadi...

Malamnya, saya masak cucur ikan bilis yang dicampur tauge dan kucai seperti gambar di bawah :



Dan malamnya, kami terlena depan tv lagi....


So...that was how my birthday was celebrated. Sebenarnya saya teringin nak request main bowling sebagai hadiah. Tapi, bila cerita dengan hubby, dia kata tangan dia sakit pulak. 

Sebab tak boleh main bowling, saya minta tengok wayang, tapi tak jadi juga. Tapi kan, weekend kali ni saya banyak tengok movie di channel Fox tu la...banyak pulak filem yang sesuai dengan saya sempena hari jadi saya kan.

Tak pe lah, semua tu pun dunia aja kan. Semoga saya akan jadi seorang yang insan yang lebih baik pada masa hadapan, insyaa allah.

*********************************
And today, Sunday, we went for our morning walk again, had breakfast outside and once I reached the house, I started cooking. I cooked this :



Hmmmm....seronok aja makan kat rumah ni.


Malamnya, kami keluar untuk beli tudung saya. Saya dah lamaaaaa tak beli tudung. Tengok-tengok, sehelai tudung boleh match dengan 5-6 baju, bagusss, boleh berjimat. Tapi Tokbomo terkejut dan insist saya beli sehelai lagi..sooo...tambah sehelai, beli yang warna beige so that it can match dengan banyak baju juga...hiksss...

Lepas beli tudung, kita orang pergi minum dan makan roti di Restoran Hayaki....

And now, we are back home, watching tv again.

Esok mula kerja balik...have a productive week ahead everyone.



No comments:

Post a Comment