Tuesday, March 31, 2015

Packing With Movers

Hari ini, hari Isnin, Tokbomo dan saya bangun awal, pergi breakfast dan bersedia untuk aktiviti seterusnya iaitu mengumpul barang untuk syarikat movers proses, masukkan dalam kotak dan di hantar ke KK.


Tengok gambar di atas, kami cuba memudahkan kerja movers tu dengan mengumpulkan barang-barang yang kami nak bawa. Rumah memang haru biru sikit sekarang ni.


Movers tu tiba dalam jam 10.30 pagi. Mula-mula depa park dulu lori tu macam tu dan lepas tu lepak dengan Tokbomo dulu...apa lagi, amik oksigen la tu.

Lepak sekejap aja pun dia orang ni, lepas tu terus bekerja dengan cepatnya...

Ada 3 orang aja pekerja, tapi cekap. Yang kat belakang tu balut washing machine dan peti ais, yang kat meja tu proses pinggan mangkuk dan yang depan tv tu buat yang lain-lain

Gambar daripada sudut yang lain

Dalam pukul 12.30, selesai membungkus...ada 18 item semuanya


Masukkan ke dalam lori. Lori tu besar sangat kut, langsung nampak barang-barang saya macam ciputt aja

Nama syarikat 

Lepas tu, mereka proses urusan penghantaran kereta pulak.

Semua nya selesai dalam jam satu tengahari. Semoga barang-barang kami akan selamat sampai pada masanya, insyaa allah.

Dan sekarang ni, jam 12.00 malam, Tokbomo sudah lena di sebelah saya. Dia memang penat sangat sebab kami sentiasa ada aktiviti non stop sejak hari Jumaat. Semoga Allah bagi kami kesihatan yang baik juga kekuatan minda untuk menghadapi proses yang memenatkan ini.

Ok guys...nanti saya sambung lagi.

No comments:

Post a Comment