Tuesday, March 31, 2015

Farewell : Old Malaya Kopitiam

Saya mahu bercerita cerita semalam, 30 Mac 2015 di mana, Kak Cik saya datang bersama hubby dia dari Putrajaya untuk mengucapkan selamat jalan buat saya dan Tokbomo.

Sebab rumah sudah tiada apa-apa, kami telah pergi berkumpul di Old Malaya Kopitiam di Seksyen 7, Shah Alam. Selain Kak Cik dan Abg Radhi, kakak saya Mekyah dan anak dare dia Malena pun ada, Maisarah pun ada dan yang paling istimewanya, mak saya pun ada. 

Sebab dah agak lewat, kita orang tidak lah order beria-ia sangat. Lagipun, saya sebenarnya sudah makan sebab boss baru aja belanja minum pada petangnya (akan diceritakan di lain episod).

Marilah tengok gambar....

Group photo...Malena tangkap gambo, oleh kerana itu, gambo dia takde

Sarah dengan opah. Sekarang ni, kalau saya bekerja, Sarah akan ikut saya naik kereta sekali sebab dia ada practical training di PJ. Tapi, lepas ni, dia kena lah naik bas sendiri. 

Andd...air yang ada di dalam gambar adalah air milo tabur. Emak saya request air tersebut sebab dia pernah nampak Iman/Aina minum sebelum ini dan dia teringin....

yang ini adalah laksa nyonya dan air carrot susu, pilihan Sarah. Tapiii, akhirnya saya yang makan sebab Sarah tak larat...

Yang ini, Kakcik punye, nasi ayam...sedap nasi ayamnye

Tokbomo order roti/omelette/fries

air opah...dari sudut lain

Abang Radhi dan Malena order roti boom, tapi tak tangkap gambar pulak.

Yang ni gambar air kita orang....air bandung istimewa tu sangatlah sedap

Sebelum masuk ke kereta, kami sempatlah bersembang sekejap di tempat meletak kereta tu. Yang paling istimewanya adalah emak saya, buat pertama kali nya telah bercakap macam ni dengan Tokbomo "Shuk, jaga Cikbib ni baik-baik tau".

Heeee....tak tahu nak cakap apa perasaan saya waktu tu. Tapi saya berterima kasih atas ingatan dan doa semua orang. Semoga saya akan selamat, gembira dan menjadi insan yang lebih baik di Sabah nanti.

Packing With Movers

Hari ini, hari Isnin, Tokbomo dan saya bangun awal, pergi breakfast dan bersedia untuk aktiviti seterusnya iaitu mengumpul barang untuk syarikat movers proses, masukkan dalam kotak dan di hantar ke KK.


Tengok gambar di atas, kami cuba memudahkan kerja movers tu dengan mengumpulkan barang-barang yang kami nak bawa. Rumah memang haru biru sikit sekarang ni.


Movers tu tiba dalam jam 10.30 pagi. Mula-mula depa park dulu lori tu macam tu dan lepas tu lepak dengan Tokbomo dulu...apa lagi, amik oksigen la tu.

Lepak sekejap aja pun dia orang ni, lepas tu terus bekerja dengan cepatnya...

Ada 3 orang aja pekerja, tapi cekap. Yang kat belakang tu balut washing machine dan peti ais, yang kat meja tu proses pinggan mangkuk dan yang depan tv tu buat yang lain-lain

Gambar daripada sudut yang lain

Dalam pukul 12.30, selesai membungkus...ada 18 item semuanya


Masukkan ke dalam lori. Lori tu besar sangat kut, langsung nampak barang-barang saya macam ciputt aja

Nama syarikat 

Lepas tu, mereka proses urusan penghantaran kereta pulak.

Semua nya selesai dalam jam satu tengahari. Semoga barang-barang kami akan selamat sampai pada masanya, insyaa allah.

Dan sekarang ni, jam 12.00 malam, Tokbomo sudah lena di sebelah saya. Dia memang penat sangat sebab kami sentiasa ada aktiviti non stop sejak hari Jumaat. Semoga Allah bagi kami kesihatan yang baik juga kekuatan minda untuk menghadapi proses yang memenatkan ini.

Ok guys...nanti saya sambung lagi.

Saturday, March 28, 2015

Makan Kenduri di Rumah Rehat Kampar, 21 Mac 2015

Haaa, sesi bercerita dengan gambar yang lebih banyak peminatnya....atau ramai yang lebih suka bila saya menulis tanpa gambar?...sila angkat tangan..

Anyway, pada 20 Mac 2015, petang Jumaat, Tokbomo telah ambil saya dari office dan kami terus ke Kampar kerana ada kenduri kahwin anak kepada abang Tokbomo pada 21 Mac 2015. Kami sampai dalam jam 9.30 di Rumah Rehat Kampar dan di hidangkan makan malam di tempat yang sama. Mereka menyediakan nasi ayam dan seperti biasa, habislah diet aku. Dah la makan nasi, makan lewat malam pulak tu, sedap pulak nasi tu, mesti lah makan kan, tak makan rugi...haisssssh.

Lepas makan, kami sembang, tapi saya memang dah tak larat sebab saya datang dari office and badly needed my bath. Tapiii, saya tengok orang lain segar bugar ajapun. Sebab penat, saya minta diri untuk ke bilik, mandi, solat. Waktu saya solat tu, ada orang ketuk pintu dan hubby keluar. Rupanya orang yang ketuk pintu tu ajak hubby sembang kat bilik mana ntah, dan saya pulak, terus tertidur lepas tuuu...he he he ...

The next morning, we had breakfast at 7.30 am and ready for the akad nikah at 9,00 am. Haaa...jom tengok gambo ye...

Nama pengantin...anak sedara Tokbomo yang lelaki ye 

 pelamin...saya suka, simple tapi cantik

 Hantaran, ini dari pihak lelaki...sweet....

 Yang ni dari perempuan... cantik kan? saya suka

 sessi warming up sebelum akad nikah...

Sedara mara belah lelaki 

Penyokong pengantin lelaki...kena bagi moral support kan 

 Pengantin perempuan

 akad nikah dijalankan oleh bapa pengantin perempuan sendiri...selesai dengan sekali lafaz saja, alhamdulillah

Baca doa selepas akad

Bapa pengantin lelaki...sentiasa segak dia ni 

emak pengantin perempuan, menangis selepas akad nikah

tapi yang ni, entahlah...asyik sengihhhhh aja 

Lepas tuu..biasalah, tangkap gambooo 

 the anak daras....sikit lagi depe-depe ni lah pulak yang kahwin

 snap pengantin sikit

 lagi satu


 Lepas tu ada banyakkkkkkkk tangkap gambo. Kali ni saya terperangkap sungguh sebab kononnya semua orang nak tangkap gambo dengan saya sebab saya nak ke Sabah kan...dah la saya kurang fotogenik (walaupun kat luar gambo boleh tahan comel nye ape....kih kih kih...)

Saya suka gambo ni...Tokbomo dengan Atan

Lepas akad, kami minum lagi. Kopi O itu adalah marvellous

 Meja sebelah

Lepas minum, kami melepak dalam bilik...sessi update cerita-cerita lama. Dalam jam 12.00 tengahari macam tu, kami keluar dari bilik untuk sesi makan beradab

snap satu gambar bila keluar aja dari dalam bilik...

 bersedia untuk berarak...tukar ke baju biru

sesi menunggu...tengok muka Dini tu...mesti tengah boring tu

 Bergambo sebelum berarak...ada sorang aja yang buat peace kat belakang tuh...tak sesuai sungguh dia tu...heeee

 Bersedia untuk berarak ke dewan dulu...tangkap gambo

Gambar pengantin kat pelamin.

Lepas tu, kami sepatutnya ke khemah untuk makan...tapi saya dengan Shuk cepat-cepat amik peluang untuk   .....









 Kami! Pengantin Lama. We celebrated our 9th wedding anniversary in March...heeee....dulu waktu kahwin tak de bersanding kan...kih kih kih

Lepas tu kita orang makan. Makanannya memang sedap dan saya bedal aja pun, tak de diet pun. Lepas tu kami pun siap-siap dan balik.


Ini adalah gambar sebelum balik. Kita orang balik ke Chemor lepas tu....

Hokey...di sini dulu....



Thursday, March 26, 2015

Apa Ending Cerita EL Ni?

We have just arrived from Ipoh because I have a one day programme there.

Since we arrived early, I was excited because I could watch the final episode of EL.

Tiba-tiba...dang...hujan and Astro tak jalan...haiyoooo...

Of course I could agak-agak la the ending kan...but stilll

Tapi tak pe lah, dunia aja pun, nanti tengok dekat tonton...

I write like this dulu ye people...a little bit tired now and rumah pun huru hara sikit. Esok juga, akan ada families datang, so, kena kemas rumah nanti.

Okay...bubaiiii

Tuesday, March 24, 2015

Bzzzzz

I am still in busy mode right now.
 
I am busy packing my things at the office and also at home. Moving to Sabah is like moving to other country because I need to hire movers to move my things plus my car. The movers will come to pack my things next Monday.
 
I also need to go to the bank to get some documentation ready for my car to be shipped to KK. 
 
While busy to get ourselves prepared for Sabah, we also have weddings/aturcara lain to attend. Ada family gathering, and kawan want to belanja...sooo...I am super occupied.
 
Tapi tak pe lah, bukan selalu kan, let's just enjoy the experience.
 
As for now, I am still at the office because someone would like to belanja me after Maghrib. Seronok orang belanja ni, tapi rindu lah pulak dekat Tokbomo...hikss. Semalam, both of us were exhausted sampai saya tak boleh tidur...tapi akhirnya tidur juga walaupun terbangun pulak pukul 4 pagi dan tak boleh tidur sampai pukul 5.00 pagi. Lepas tuuu, bangun lambat lah...apa lagi.
 
Hmmm...okay lah...saya update macam ini aja dulu ye...jumpa lagi di lain masa

Monday, March 23, 2015

After 3 Days Away

I am on my bed now with Tokbomo already sleeping (tetiba pulak dia bangun dan pasang aircond sebab paneh).

We have been away since Friday. On Friday night, we went off to Kampar (Kampar Rest House to be precised) and spent the night there because there was a kenduri held at the same location the next day.

On Saturday, after the wedding at Tapah, we went to Chemor and spent the night there.

On Sunday, we went to visit my mother in law at Felda Ijok, Selama, Perak.

And today, we hurriedly made our journey back to Shah Alam because I have an appointment at 5.30.  and alhamdulillah, everything went smoothly.

Now, both of us are really tired and can't wait to tidurrr. I shall tell you what happened on my 3 nights journey on the next post ya because now, I really want to sleep.

Wednesday, March 18, 2015

Cerita EL

Siapa ikut cerita jam 7 di TV3 sekarang yang tajuknya lebih kurang "Teman Lelaki Upahan"?
 
Saya ikut lah pulak cerita ni sekarang dan oleh kerana itu, saya selalu cuba untuk balik ke rumah awal lepas ofis.
 
Cerita ini belum pun habis lagi, tapi jalan ceritanya lebih kurang macam cerita TV3 yang lain iaitu mengenai muda mudi yang mula-mula benci tetapi lama-lama jadi suka/jatuh cinta. 
 
Walau bagaimanapun, dalam penulisan saya hari ini, saya mahu menulis mengenai siri semalam di mana, keluarga EL yang kononnya adalah jutawan terkenal di Sarawak, telah menemui kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan bapa dan abang EL meninggal dunia, sementara adik EL lumpuh.
 
Bapa El telah meninggalkan seorang balu sementara abang EL meninggal kan seorang isteri yang sedang sarat hamil anak pertama.
 
Sebelum kemalangan, keluarga El adalah keluarga idaman semua orang. Ibu dan Ayah mereka kaya, adik beradik EL sangat rapat antara satu sama lain, mereka adik beradik dibesarkan dengan kasih sayang, dan mereka bahagia/gembira ataupun mungkin lebih tepat kalau kita ibaratkan sebagai keluarga sempurna.
 
Tetapi, dengan kuasa Allah, dalam sekelip mata sahaja, kebahagiaan mereka seakan direntap, dan saya, seperti biasa, telah meng "absorb" diri saya ke dalam keadaan itu dan seakan turut merasai kesedihan yang dirasakan oleh keluarga EL, maka, seperti biasa, termenangis sedikitlah saya.
 
Saya merasakan yang sekiranya saya berada di keadaan itu, hanya iman dan keyakinan kita kepada qada dan qadar Allah sahajalah yang boleh memberi kekuatan. Hati kena yakin dengan perancangan Allah kerana perancangan Allah adalah yang terbaik.
 
Sekarang ni sebenarnya ada banyak pulak cerita yang saya ikut kerana selain daripada cerita EL, saya juga mengikuti cerita "asam pedas untuk dia". yang disiarkan pukul 7.00 ptg juga pada hari Sabtu dan Ahad. Dari segi jalan cerita, saya secara peribadi tidak bersetuju langsung dengan cerita-cerita yang menyembunyikan perkahwinan ni, tapi untuk cerita  "asam pedas untuk dia" ni, saya macam tersuka nak tengok hero cerita tu berlakon...hiks(namanya Shukri kut).
 
Macam banyak sangat kan? Baru 2 cerita ajapun.
 
Selain menonton cerita-cerita bersiri ni, saya sekarang ni sedang sibuk mengemas bilik saya sebelum berpindah ke Sabah. Sambil mengemas, sambil menengok balik benda yang dikemas dan adalah berjumpa benda-benda yang selama ini saya cari tapi tak terjumpa. Semoga dipermudahkan urusan saya untuk berkemas dan seterusnya berpindah ke Sabah. Insyaa allah.





Monday, March 16, 2015

Some Updates

Pagi tadi, ada seorang kawan telah telefon saya.
 
Dia kata "cbib kena pindah ye...tapi kalau cbib pindah pun, cbib kena selalu update blog jugak tau."
 
Yang saya pulak "you baca lagi ye blog I?"
 
Dia kata "mestilah. Tapi sekarang ni cbib jarang update lah"
 
Saya pun cakap "heeee...memang, ada masalah sikit lah, langsung kurang mood". Saya mengaku saya hanya update blog saya seminggu sekali sekarang ini.
 
Sebenarnya, saya gemar menulis, walaupun mungkin tidak sehebat mana, saya akan cuba mengulas sesuatu isu yang saya dengar/baca/alami sebagai bahan penulisan saya. Dan, dalam post yang sedemikian, selalunye tiada gambar yang akan diselitkan.
 
Dan sebenarnya it is a nice feeling bila orang suka/ingat apa yang kita tulis. Pernah sekali tu, saya jumpa dengan kawan lama ni sewaktu menunggu lift dan dia gelak-gelak dan tegur saya macam ni "Cbib, saya gelak bila teringat satu post dalam blog Cbib yang cerita Cbib bawa handbag yang ada tertumpah kuah rojak tu ke Pavi".
 
Saya pun gelak lah sama tapi di dalam hati saya kata "Dia boleh ingat lagi cerita itu walaupun sudah agak lama saya letak post itu..". Yup, a different story may send a different impact to a different person, and I am happy that some of my stories do have an impact to some people.
 
Saya juga pernah berbual dengan seorang kawan ni (lelaki). Saya tanya dia macam ni "you tau kan I ada blog?"
 
Dia jawab lah "Yeah".
 
Saya tanya lagi macam ni "Tapi you tak baca lah kut kan, tak sesuai untuk lelaki kut? "
 
Dia jawab apa ntah...lupa pulak saya.
 
Tapi saya ingat saya ada juga tanya soalan yang ini "You rasa blog I negatif tak? "
 
Jawapan yang ni I ingat sebab dia kata "Nope, and I am sure about that. Infact, saya suka juga baca beberapa post ketuhanan yang Cbib buat"
 
Saya pun pelik "post ketuhanan?" Heee...seingat saya, kebanyakan post saya adalah lebih kepada perkara yang lebih kelakar.
 
Dia jawab macam ini "Adaaa...(dan dia mention post yang saya tak boleh recall) dan saya rasa post itu telah memberi saya keinsafan"
 
And I was likeeee...."SPEECHLESS"
 
Bukan apa, kita tahu kan kita ini manusia yang sederhana, banyak kekurangan, tapi bila ada pulak antara my "humble posts" tu boleh memberi keinsafan, walaupun untuk seorang insan, maka, saya sangat bersyukur, alhamdulillah.
 
Baru-baru ini saya berpeluang untuk bermesyuarat dengan seorang kawan lama. Biasalah kan, kami sempat juga bersembang bila meeting habis and the first question she asked was "Bib, Tokbomo ikut tak ekau pindah nanti?"
 
And I cannot help laughing and asked back "heyyy, you still read my blog?"...ha ha ha ha ha...we had a good laugh. Ramai dah orang yang refer to my hubby as Tokbomo nowadays. And no, hubby bukan Tok Bomoh ye, dan saya sendiri pun tak tahu daripada saya dapat nama tu...
 
Bila saya fikirkan balik, sebenarnya tujuan sebenar kenapa saya mula menulis blog ini telah tercapai. Blog ini membenarnya saya reach out to my friends and families. And these friends and family understand my jokes, simply accepted the way I write and they follow my blog from 2009, and for that, I thank all of you.
 
And for that reason, insyaa allah I will continue writing. Please pray that I'll be okay in Sabah guys and will be able to contribute even better post while I am there.
 
 
 
 
 

Sunday, March 15, 2015

Ahad, 15 Mar 2015 : Wedding di Muzium

Hari ini, kami bangun awal, pergi for our morning walk, breakfast dan balik rumah. Sampai rumah, saya basuh kain dan bersiap untuk ke rumah kenduri di Muzium Selangor tu.

Kami join keluarga abang Hab saya. Menu kenduri ini sedaplah, sesuai dengan selera saya. Ada gambo...jom tengok gambo..

Kami lepak di luar setelah melepak di dalam dewan..kat luar ni ada teh tarik dan bubur kacang. Kami menunggu pakcik/makcik kita orang yang tidak sampai sampai dari Ipoh. Selepas penat menunggu, kami pun decided untuk balik. 

Dalam perjalanan keluar, sempat pulak Tokbomo posing macam di atas

Lepas tu, ada pulak orang suruh kita orang masuk ke dalam dewan ini

Haaaa....ada" Pameran Nostalgia Permainan Kanak-Kanak" rupa-rupanya...

Biografi pemilik barang-barang yang dipamerkan

Antara model rumah yang dipamerkan

satu lagi model rumah

ada juga kereta mainan

Yang ni macam kereta bomba

Yang atas ni adalah favourite saya...sudu-sudu tu kecikkk sangat tau

Haaa...tengok tu...

Hikkkss....dahsat sungguh post Tokbomo ni

Cik Sarah, dia jadi tinggi sebab pakai heels

Model keretapi yang boleh berjalan

Saya suka aja tengok pameran ni. Keluar aja dari bilik pameran, kami dapati pakcik/makcik kami sudah sampai. Jadi kami pun pergi lah salam-salam, dan lepas tu, balik rumah.....