Monday, March 13, 2017

Tentang Bulan Mac, Harijadi dan Anniversary

Assalamualaikum.

Hari ini 12 Mac 2017 (Ahad). Perlawanan akhir All England sedang berlangsung, tetapi saya hanya mendengar, belum lagi mahu menonton. Menonton badminton ni bisa bikin gua berdebar-debar, jadinya, biarkan dulu. Kalau rasa memang ada peluang mahu menang baru saya menonton, jika tidak, saya buat benda lain sahajalah.

Saya juga nak share gambar di atas yang baru saya ambil selepas solat Isyak tadi. Cantik bulan malam ini.

Bulan Mac seperti biasa adalah bulan yang penting buat saya dan suami. Pada hari Isnin, 1 Mac, ianya adalah hari di mana kakak sulung saya meninggal dunia pada tahun 2008. Alfatihah buat beliau. 

Ada terlampau banyak berita kematian telah saya terima pada minggu itu sehingga menyebabkan saya sedih.  Adik kepada kawan saya, seorang cikgu telah meninggal dunia di dalam tidur (dipercayai di serang sakit jantung, dan umurnya belum 40 tahun). Bapa kepada seorang kenalan di KK pula telah mengalami kemalangan jalan raya, cedera di kepala sehingga meninggal dunia. Jins Shamsudin serta Ary Malik juga meninggal dunia. Semoga dipermudahkan semua urusan akhirat hamba-hamba mu ini ya allah. 

Saya juga semakin sihat, alhamdulillah. Walau bagaimanapun, pada hari Ahad, 5 Mac, mata saya tiba-tiba merah dan saya telah di beri MC pada 6 dan 7 Mac. 

7 Mac adalah hari jadi saya. Sebab mata saya merah, saya telah mengambil keputusan untuk masak di rumah sahaja. Saya masak bihun bodo, dengan ikan bilis dan telur sebagai perencah. Tapi ye lah, bila kita masak sendiri, memang sedap ajalah rasanya. Suami saya pun ceria sahaja bila makan. Ada gambar...

Sejak berpindah ke rumah baru, saya agak kurang ke dapur kerana kami sering makan di luar. Rutin kami adalah, kami akan makan di kedai/kafe pada waktu pagi bersama, makan apa yang ada waktu lunch (buah ke, kuih ke) dan kami akan makan makanan yang lebih ringan pada waktu malam, seperti roti, atau kalau rajin, saya akan buat cucur.

Oleh kerana bekalan air mineral di rumah sudah habis pada hari itu, suami terpaksa ke kedai pada waktu tengahari. Walau bagaimanapun, apabila dia pulang, dia telah masuk ke rumah dengan terujanya dan cakap, "Cikbib, cepat, saya beli kek".

Seperti biasa, apabila di rumah, saya pakai uniform rumah lah kan, dengan baju t dan seluar kain kapas. Suami pulak terus ambil pinggan lah, buka kotak kek lah, dan terus letak lilin dan bakar lilin. Saya suruh dia padam balik lilin tu sebab saya nak tukar baju dan pakai tudung...




Ini keknya. Saya tanya nama kek, suami saya kata dia tak ingat. Saya tanya kenapa satu aja lilin, suami saya kata "tak pe, buat syarat aja". Ha ha ha, macam itu lah kalau suami yang yang uruskan, haru biru juga sebenarnya sebab dia sangat excited. 

Walau bagaimanapun apa yang suami saya buat tetap sweet dan sesungguhnya saya sangat terharu dengan ingatan ini. Terima kasih suami...terima kasih atas ingatan, atas doa, atas perhatian juga kasih sayang. Saya tahu saya ni perangai tu kadang-kadang boleh tahan juga, tapi suami saya terima saya seadanya. Terima kasih lagi sekali. Okayy, cukup, kami tak boleh sweet-sweet sangat sebab takut kelahi pulak lepas ni.

Oh, untuk makluman para pembaca, encik suami telah beli kek aiskrim yang berperisa coffee (memang dia coffee lover).

Potong, punye lah keras. Saya suka toppings kek tu di mana mereka telah tabur grated chocolate serta kacang, sangat sedap. Kami makan sikit dan telah bawa sedikit ke ofis.

-----------------------------------------------------------

11 Mac 2017 pula adalah anniversary kami yang ke 11. Oleh kerana ianya jatuh pada hari Sabtu, kami telah berangan-angan untuk ke Karambunai. Kawan sepejabat pula telah bertemu dengan pegawai Nexus Karambunai baru-baru ini dan kami telah dimaklumkan yang ada pakej istimewa, di mana makan malam turut dimasukkan. 

Kawan pejabat saya telah tolong kami untuk menguruskan tempahan hotel sebab pada kali pertama kami pergi lebih kurang 2 tahun lalu, kawan saya itu marah sebab kami tidak pergi melalui dia. Dia kata dia boleh dapatkan pakej yang lebih baik untuk saya. 

Maka, pada hari Sabtu, 11 Mac 2017, lebih kurang jam 1.30 tengahari, kami telah memulakan perjalanan ke Karambunai. Daripada KK ke Karambunai adalah lebih kurang 40 minit, walau bagaimanapun kerja-kerja menaik taraf jalan telah menyebabkan perjalanan kami mengambil masa yang lebih lama.

Kami sampai dalam jam 2.30 petang dan terus mendaftar masuk.

Ini biliknya...kami dapat tingkat 3.

Dan...tadaaaa....yeah, ada kek dan buah lagi. Terima kasihhh..ini mesti kawan saya yang bagitahu hotel mengenai anniversary kami. 

Ini kad nya, saya nak rotate gambar, tidak boleh rotate lah pulak...sila sengetkan kepala anda untuk membaca

Saya bersyukur sebab ada buah dan kek itu sebab pada waktu itu saya memang lapar. Kami terus makan, lepak dan berbincang mengenai aktiviti seterusnya sementara menunggu Asar. Mengikut perancangan, petang itu kami akan lepak di pantai, melihat sunset, balik solat, dinner, lepak dan tidur. 

Lepas Asar, kami pun keluar. Ini gambar nombor bilik kami

Jumpa buai, Shuk naik...

Walau pun kami telah merancang, Allah juga ada perancangan yang lebih baik untuk kami sebab tiba-tiba telah diturunkan hujan. Oleh sebab itu, kami telah mencari wakaf untuk berlindung.

Kami tengok pantai, tengok hujan, tengok orang dan bersembang. Kami cuba untuk tidak tengok telefon sangat.

Hujan di KK ni macam angin, tidak lah terlalu lebat, tetapi sebab berpanjangan, lama-lama kita akan tetap basah.

Oleh sebab keaadaan hujan yang sedemikian,  kerja-kerja posing masih boleh berjalan.

Masih pergi ke pantai, main air sikit-sikit

sebenonya dalam hati sangat teringin nak mandi laut, tapi hubby tidak bawa baju yang sesuai

Sebab hujan semakin lebat, dan saya tiba-tiba sakit perut, kami bergegas pulang ke bilik..

Duduk di balkoni, tengok ombak yang agak kuat

Kami juga dapat view ini di sebelah kiri, view pokok

Atas pokok ini ada banyak burung.

Oleh kerana hari hujan, maka tiada sunset untuk kami. Saya sempat lelap sekejap petang itu, selepas itu mandi dan bersiap untuk makan malam.

Kami dapati restoran di hotel adalah agak penuh dengan pelancong daripada China dan Korea. Pada malam itu hanya kami serta satu lagi pasangan Melayu yang berasal dari Malaysia. Yang lain semuanya pelancong asing.

Apabila kami masuk sahaja ke dalam restoran, pekerja restoran terus memberitahu kami yang makanan yang dipesan mungkin lambat sedikit sampai dan kami rasa okay aja sebab kami boleh tunggu dan bersembang. 

Yay, kami menunggu sambil bersembang, sambil tengok orang dan cuba untuk mengurangkan penggunaan handphone.

Mereka juga telah menghidangkan kami roti ini untuk mengisi masa...I just wish that they could serve soup together with the bread..hah. Walau bagaimanapun kami tetap menghargai sensitiviti mereka.


Sesungguhnya, dalam jangkamasa kurang daripada 20 minit, makanan telah sampai (tak lama pun). Saya pesan bihun sup, dan suami telah pesan nasi goreng. Kami juga memesan buah-buahan (saya tidak boleh rotate gambar ini, sorry).

Selepas itu kami pergi lepak di lobby, sebab ada orang menyanyi live. Sebelum balik, kami tangkap gambar...

Tempat ini adalah tempat kegemaran kami sebenarnya sebab di belakang itu ada laut...tapi malam kan, langsung tak nampak. 

Esoknya, saya dibangunkan dengan bunyi kicauan burung. Saya ingat kan sudah cerah, rupa-rupanya burung di Karambunai memang suruh saya bangun untuk solat subuh.      

Selepas itu, kami terus pergi sarapan.            


Haaaa.....tengok tu makanannya, habis diet ku 

Oleh kerana hujan masih berterusan, kami lepak sahaja di luar restoran tu.

Haaa, gambar ini ditangkap sebab kami mahu abadikan bunga-bunga yang cantik di belakang itu.

Selepas itu kami lepak di bilik, tidur balik, bersiap dan check out.

Sebelum balik rumah, kami sempat pergi ke Seri Rasa, Dalit, satu lagi hotel yang terkenal, tetapi mahal. 

Itu lah satu lagi catatan perjalanan hidup kami untuk bulan Mac, harijadi saya serta ulangtahun perkahwinan kami yang ke 11.










































No comments:

Post a Comment