Monday, March 27, 2017

Balik Kampung, 15-22 Mac 2017 , Bahagian 1

Assalamualaikum. 

Saya doakan semoga kita semua diberikan kesihatan fizikal dan mental yang baik. Saya akan bercerita mengenai percutian saya di Shah Alam baru-baru ini.

Tujuan utama kami balik adalah untuk menghadiri majlis pertunangan anak saudara kami, Huda. Kami telah dimaklumkan awal mengenai majlis pertunangan ini dan oleh kerana itu, kami dapat merancang percutian lebih awal untuk tempahan kapal terbang serta permohonan cuti. Oleh kerana musim cuti sekolah, kami terpaksa menempah tiket kapal terbang lebih awal iaitu pada 15 Mac dan balik lewat sedikit iaitu pada 22 Mac.

Saya juga telah dimaklumkan agak lewat bahawa saya perlu menghadiri mesyuarat di KL pada 17 Mac. Selain daripada itu saya juga telah menghambil kesempatan untuk melawat Saf dan Danial di IJN.

Tiket kami untuk ke Kuala Lumpur adalah pada hari Rabu, 15 Mac, jam 10.00 pagi. Pada awalnya kami bercadang untuk  meletak kereta di ofis dan breakfast di Tokmi sebelum ke airport. Walau bagaimanapun, oleh kerana kami keluar dari rumah agak lewat, kami hanya sempat meletak kereta di ofis dan terus bergegas mencari teksi ke airport daripada ofis.

 Gambar beg kami. Kami naik Air Asia dan tidak membeli langsung ruang untuk meletak barang di kargo demi untuk menjimatkan kos. Kalau you all perasan, beg saya dua-dua berwarna merah. Saya pun baru perasan sebab baru-baru ini, saya beli handbag pun berwarna merah juga...heee...peminat merah rupanya saya ni. Hah....


 Sampai di KKIA, kami singgah minum pagi sebab memang sudah kelaparan. Kami makan ringan sahaja sebab kami ada buat pre booked meal dalam flight nanti.


Kami tidak pasti kenapa tempat duduk kami adalah terpisah di dalam kapal terbang. Saya tidak faham kenapa susah sangat untuk mengubah kedudukan di dalam kapal walaupun ada penumpang yang memang sudah bersedia untuk tukar suka sama suka. 



Perkara yang sama pernah di alami oleh kawan sepejabat yang membawa anak kecil dua orang...memang menyusahkan dan membuat kita rasa stress, walaupun cuba untuk menjadi positif. 



Walau bagaimanapun, sekali-sekali terpisah dengan suami ni, seronok juga sebenarnya sebab kebetulan saya duduk bersebelahan dengan seorang cikgu dari Semenanjung yang mengajar di sebuah kawasan pendalaman Sabah, iaitu di daerah Telupid. Kami tidak berhenti bersembang sehingga kami tidak sempat lena pada sepanjang perjalanan kami.



Gambar kami terpisah di dalam kapal terbang...

Sampai di Shah Alam pada tengaharinya, kami seperti biasa berasa sangat teruja untuk makan di restoran kegemaran kami, Cili Merah. Walau bagaimanapun, Allah ada perancangan yang lebih baik kerana Cili Merah tiba-tiba tutup untuk kerja-kerja maintenance. Alamakkkk....

Sebagai pilihan ke 2, kami telah ke Restoran Hartini di Seksyen 11.

Saya makan nasi kukus, dan suami makan nasi dengan gulai kuning apa ntah...saya baru tahu satu perkara tentang Restoran Hartini, yup...kuah kari dia kurang kick. Kalau makan di Hartini, makan gulai lemak kuning dia, baru kick. 

Esoknya kami breakfast di Hartini juga...ada gambo...



Saya makan yang atas ni sementara suami makan pulut kuning dan rendang dan bubur kacang. Cuaca di Shah Alam pada sepanjang kami bercuti adalah panas lit lit sehingga kami berasa kurang selesa untuk lepak lebih lama di kedai makan. Keadaan panas juga menyebabkan suami saya terpaksa order teh tarik 2 cawan sebab saya cukai lebih sikit...he he he, saya minum banyak sebab dahaga.

Kami ke Mitsui pada hari Khamis tengahari. Walau pun pada awalnya kami tidak bercadang untuk membeli apa-apa di situ, tetapi kami tetap terjebak. Suami saya telah beli seluar dan kasut dan saya telah beli handbag dan file. Hah....ada gambar handbag...

I don't know what has gotten into me, but I chose a red handbag, and I like it

Sebab lapar, kami pun cari lah tempat makan di Mitsui dan telah membuat keputusan untuk ke food court. Kami kurang bersemangat sebenarnya apabila melihat pekerja di gerai makanan di food court tersebut adalah rata-rata bukan orang Malaysia. Rasa tak best kan.

Tapi kami tetap order bihun tomyam daripada salah satu stall, yang di jaga oleh pekerja Bangladesh, hmmm.

Langsung saya terkenang laksa kedah kow di Design Village Batu Kawan. Tempat makan di Mitsui adalah lebih proper, maklumlah, managed by Japanese kan and I have no complaint (I like it in fact). Tapi bihun tomyam yang kami order tu memang ada rasa manis berlebih...

Selepas makan, kami ke Sama-Sama Hotel sebab saya ada mesyuarat pada hari esoknya. Suami saya telah terus tidur apabila kami sampai di bilik sementara saya telah mandi, solat, buat sedikit preparation untuk meeting dan cuba tidur, tapi tak boleh lena la pulak, mungkin sebab saya telah mandi dan jadi segar, walaupun rasa letih.

Malamnya, kami keluar ke airport untuk cari makanan. 

Gambar di atas adalah gambar candid yang suami saya ambil sewaktu kami menunggu coaster yang sediakan oleh hotel untuk ke KLIA. Saya tengah menguap...ha ha ha

Kami telah pusing-pusing dulu KLIA sebab kami ke foodcourt level 2. Berpeluh juga bila pusing-pusing KLIA tu.

Haaa, makanannya. Suami saya ambil nasi, gulai lemak kuning, ayam goreng, telur masin dan sambal belacan. Saya ambil kundas aja kononnya. Lepas saya habis makan kundas tu, suami saya suruh rasa nasi dia. Sedap lah pulak nasi tu. Saya makan sikit dan suami saya kata nasi tu tak cukup. Langsung dia pergi ambil nasi dengan lauk yang sama sepinggan lagi. Kami balik ke bilik hotel dengan rasa yang amat kenyang malam itu.

Sebab kenyang, dan memang penat sebab tak sempat tidur petangnya, saya terus lena apabila kepala saya diletakkan di atas bantal.

Esoknya saya bangun awal, dan breakfast di dalam bilik sahaja sebab malas nak turun ke restoran. Walau bagaimanapun, kami telah dihidangkan dengan makanan yang menarik sewaktu mesyuarat..


Semuanya sedap.

Selepas mesyuarat, kami telah singgah makan di Rnr Dengkil sebelum terus balik ke Shah Alam. Saya sempat jugake Kompleks PKNS untuk menggunting rambut sebab saya belum lagi jumpa kedai gunting rambut yang benar-benar sesuai di KK. Cuaca panas menyebabkan kami cepat penat dan terus mengantuk apabila sampai di rumah.

Pada malamnya, kami telah ke Malaya Kopitiam untuk dinner bersama Faisal. Buat makluman, rumah Jalan Ferum kami sekarang di penghuni oleh 5 orang jejaka, termasuk Faisal. Mereka akan menghuni rumah kami sehingga bulan Ogos 2017.

Selepas makan, kami balik dan tidur. 

Cerita saya akan bersambung di post seterusnya.



No comments:

Post a Comment