Saturday, June 9, 2018

Saya dan Kenangan GE14 - Part 2


Assalamualaikum.



Hari ini hari Rabu, 6 Jun 2018. Cuaca di KK adalah sangat panas dan saya ingatkan hari ini saya akan mendapat gaji...rupanya esok baru dapat. 



Saya perlu menyambung cerita GE14 saya, tetapi apabila sudah dua kali mencuba, saya dapati ianya adalah agak mencabar. Bukan apa, ceritanya adalah agak mendatar dan personal. Saya mungkin merasakan ianya adalah satu cerita yang saya perlu catat di sini sebagai kenangan, tetapi untuk pembaca lain, ianya akan menjadi irrelevant. 



Cabaran!!!



Oleh kerana saya tetap akan sambung, maka cerita ini akan bermula dengan saya bangun pagi pada hari Khamis, 10 Mei 2018 di bawah kerajaan baru.....chia chia chia.



Saya bangun solat dan terus buka television untuk tengok berita. Yes, setelah lebih 10 tahun tidak menonton berita TV3, keadaan telah berubah. Saya harap keadaan ini akan kekal di mana TV3 akan menyampaikan berita daripada kedua-dua belah pihak iaitu pihak Kerajaan, juga pembangkang.



Kehidupan di teruskan selepas itu di mana kami minum pagi dan pergi ke Bukit Mertajam untuk melawat abang ipar suami yang kurang sihat. Demam pilihanraya masih hebat di Bukit Mertajam cuma ada yang terkejut dan tidak boleh adapt apabila BN/UMNO bukan lagi kerajaan dan mereka sekarang ini di panggil pembangkang. 



They cannot brain it. Tak pe, kita sama-sama belajar.



Di Bukit Mertajam, seperti biasa kami telah dihidangkan dengan gulai kari, ikan goreng, sambal belacan dan sayur goreng ala mamak. Suami saya adalah orang yang paling gembira pada hari itu dan saya rasa dia telah makan 3 pinggan nasi.


Selepas itu kami telah checked in di Hotel Light, Seberang Prai. Selepas solat, kami dua-dua sekali telah tidur sehingga malam. Memang tidur yang nikmat betul. 

Selepas bangun, kami mandi, solat dan keluar mencari makan. Oleh kerana kami telah makan banyak siangnya, saya telah berangan-angan untuk mencari makanan yang lebih ringan seperti roti bakar, atau tosei. Malangnya, kami telah berjumpa dengan kedai Nasi Kandaq Beratoq di situ (cawangan kut).

Suami saya terus ketaq nak makan nasi kandaq. Dia terus cakap kat saya "saya nak makan nasi kandaq lah" dan terus masuk barisan. Saya pun cari tempat duduk dan tanya dekat adik tu, "saya nak roti bakaq ada?". Hiksss...terus cakap utara yang tak berapa nak utara tu.

Adik tu terus cakap "tak dak kak, sini juai nasi kandaq saja". Haishhhh.

Saya tak order pun. Saya makan nasi suami saya aja. Tapi bila dah rasa, sedap la pulak, lagipun sekali-sekala kan, lagipun nasi macam ni mana ada dekat Sabah...haaaaa....enough reasons to justify why I have to eat nasi kandaq at 10 pm after consuming 2 plates of nasi in the afternoon...heyyy...justified! I ordered my own plate of nasi kandaq malam tu.

Sebab rasa guilty, kami pun roundlah tempat itu untuk membakar sedikit kalori. 

Esoknya kami breakfast, pergi beli charger handphone suami sambil tawaf shopping centre berdekatan untuk membakar kalori. 

Kami checked out dalam jam 11.00 pagi  untuk pergi ke Design Village. Kami ada beli selipar dan makan laksa. Laksanya adalah sedap dan saya puas hati.

Kami meneruskan perjalanan ke Shah Alam selepas itu dan telah singgah sekali lagi di hentian RnR Bukit Gantang untuk makan nasi lemak sempoi juga membeli buah pulasan.

Kembali di Shah Alam, saya telah menerima berita yang isteri kepada kawan lama saya, Encik Zainal, telah meninggal dunia. Kami mengambil keputusan untuk pergi menziarah pada esoknya, 12 Mei 2018. Dalam kami hendak cepat sampai ke rumah Zainal di Tasik Puteri, tayar kereta telah pancit pula. 



Tapi kami sempat juga bertemu Zainal di Surau sebelum jenazah di bawa ke perkuburan. 

Sempat juga jumpa kawan-kawan lama, juga boss...


saya juga ada lepak dengan Mekyah....


Kami pergi Starbuck di Plaza Masallam


Saya juga ada jumpa Cikmin...tapi tak jumpa pula gambar di dalam simpanan.


Kami juga sempat ke Kompleks PKNS dan demam raya memang sudah bermula

Dan seterusnya, pada hari Isnin (14 Mei), kami kembali ke KK. 

Ini adalah beg-beg kami

Sewaktu di KLIA2, ada pulak jualan mempelam harumanis...adoiii, bagaikan impian menjadi nyata...kami beli lah sikit

Selepas itu kami checked in, lepak sekejap di Starbucks airport tu sebab The Loft dah tutup kan. Kami sempat solat zuhur+asar di airport sebelum naik kapalterbang.

Dalam kapalterbang, kami duduk berasingan dan tidak boleh share makanan. Agaknya memang itulah yang terbaik buat kami.

Ahhh...lega rasanya bila post ini selesai. See you in the next post guys...bila lah agaknya tu.





Wednesday, May 30, 2018

Saya dan Kenangan GE14

Assalamualaikum.

It was a last minute decision!

Pada awalnya saya telah mengambil keputusan untuk tidak balik mengundi atas sebab-sebab tertentu. Antara sebab yang saya ingat adalah (dah lama ye peristiwa ini berlaku) kerana kami telah bersetuju menerima beberapa lawatan daripada HQ pada tarikh yang berdekatan dengan tarikh mengundi tersebut. 

Walau bagaimanapun, satu demi satu daripada program tersebut telah dibatalkan/di bawa ke depan dan akhirnya saya dapati saya mempunyai ruang masa yang selesa untuk balik.

Sebaik keputusan di buat, (pada satu pagi yang indah, sewaktu kami minum pagi) kami dengan segera mencari tiket kapalterbang yang sesuai untuk ke Semenanjung. 

Kami cuba untuk mendapatkan tiket murah seperti yang diwar-warkan oleh AirAsia tetapi tidak berjaya. Jumlah harga tiket pergi balik kami berdua adalah lebih kurang RM700 (termasuk pre-booked meal). Tapi sebab pada waktu itu hati memang berat untuk balik, duit bukan lagi menjadi alasan..cewah.

Tiket kami ke Kuala Lumpur bertarikh 5 Mei 2018. Kami checked in lambat dan oleh kerana itu, jadi kami dapat tempat duduk yang berasingan...kami telah dipisahkan oleh lorong seperti ini.



But it was still okay sebab kami masih boleh bersembang dan share makanan. Saya telah pre-ordered pizza tanpa mengetahui yang ianya adalah makanan untuk kanak-kanak. Somehow I was feeling hungry (atau excited makan dalam AirAsia sebab selalu asyik naik MAS yang makanannya agak terlampau international untuk taste saya) jadi saya telah order karipap pula selepas pizza habis. Kami juga order teh tarik. Lepas makan, kami tidur.

Sampai di Shah Alam, kami solat dan pergi ke Nasi Ayam Pak Mal, and yes, fiesta makanan untuk kami sudah bermula.

Sebelum balik kampung, kami sempat berjumpa dengan :


Anas...kami sempat makan malam dengan Anas di Restoran Syed

Kami juga sempat makan malam dengan keluarga Abang Zaki, malangnya tiada gambar yang sesuai.


Kami juga sempat berjumpa dengan kakak saya dan suaminya, juga Anas.

Kami juga sempat ke Jalan Bellamy untuk makan ikan bakar juga cendol mamak Bellamy tuh..tak ambil gambar la pulak.

Semua pertemuan di buat di luar kerana rumah kami tidak bersedia menerima tetamu. Walau bagaimanapun, kali ini saya telah meletakkan kerja-kerja membersihkan rumah sebagai priority di mana pada hari Ahad, selepas subuh, saya terus melakukan kerja-kerja mengemop rumah.



Selepas mop rumah, kami telah melakukan lawatan ke AEON Shah Alam, dan pekena kopi di Teh Tarik Place sebab kami dua-dua pakat rasa letih dan mengantuk.

Kami telah balik ke Perak pada hari Selasa dan sebelum sampai di Chemor, kami telah terlebih dahulu singgah di gerai roti canai kakak ipar saya di Ipoh dan seterusnya melawat angah saya di Taman Golf. Angah saya baru sahaja menjalani pembedahan untuk menggantikan tulang di punggungnya dan dia masih dalam proses untuk pulih sepenuhnya.

Kami juga telah singgah di Restoran Mee Rebus Ramli sebelum terus ke Chemor. Di Chemor, saya berkesempatan untuk bersembang dengan emak saya dan topik kami lebih kepada keadaan semasa politik.

Pada malamnya, kami telah meluangkan masa ke Ipoh untuk melawat Kakak dan Abang Hatta. 

Esoknya, kami telah bertolak ke Sekolah Tamil Kelebang untuk mengundi. Saya pergi mengundi dengan emak saya.

Sewaktu di dalam kereta, emak saya telah bertanya sekali lagi siapa yang patut dia undi. Keliru juga saya untuk memberitahu dia siapa yang patut dia untuk. Tapi, sewaktu saya memimpin emak saya ke saluran tempat dia mengundi, saya ada dengar dia cakap macam ini "emak undi orangnya kali ini, bukan parti". Ahaaaa...dah tau dah.


Emak saya mengundi di Saluran 1, di mana rata-rata saya lihat adalah para pengundi veteran. Saya ingin meminta mereka membenarkan emak saya untuk terus mengundi, tetapi mereka tidak nampak "urgency" untuk memberi laluan kepada emak saya kerana yang lain-lain pun tua juga.

Saya akhirnya meminta kerusi supaya emak saya boleh duduk. 

Oleh kerana bilangan orang di saluran 1 tidak terlampau ramai, emak saya hanya perlu beratur dalam jangkamasa 30 minit sahaja.

Selepas urusan emak saya mengundi selesai, saya menghantarnya duduk di kantin sekolah dan saya pula pergi mengundi.

Saya mengundi di Saluran 5 dannnn barisannya adalah ramaiiiii....


Ahaaa...dengan panasnya. Tapi, saya tengok Saluran di sebelah saya lagi lah panjang...


Haaaaa...tengok tu. Pengsan menengoknya.

But it was fun and I made friends with one Indian and another one Chinese guy. Ohhh.....mereka ini sangat bersemangat untuk mengundi. Proses beratur dan mengundi mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Selesai mengundi, kami bergambar..

Emak saya mengundi untuk kali ke 14. Saya mengundi untuk kali ke 5 kut, atau 4...tak hingat.

Dan kenalah ada gambar jari kita orang.

Lepas itu kami ke Pekan Chemor untuk breakfast. Selepas itu kami menghantar emak kami ke rumah dan kami meneruskan perjalanan kami ke Felda Ijok untuk suami saya mengundi.

Sempat juga kami singgah di hentian Bukit Gantang untuk makan nasi lemak bungkus ini..yang menjadi igauan saya sudah lamaaaa...ha ha ha

Nasi lemak bodo aja pun, tapi saya suka. Kami juga telah membeli pulasan yang sedap di sini.

Selepas mengundi di  Felda Ijok, kami pergi makan di Pekan Selama...

Sebab dua-dua sudah mengundi, boleh laa kami tangkap gambar jari macam ini..ahaaaa.

Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Kulim  dan checked in di Hotel Seri Malaysia. Kami mandi, solat dan telah keluar minum di salah satu restoran Mamak (restoran Pelita kut).

Haaa...bincang fasal GE14 lah, apa lagi. Kami tidak lama di sini, dalam jam 12 malam, kami balik ke Hotel.

Sesungguhnya, ramai penyokong BN yang bermalam di Seri Malaysia malam itu dan ramai yang kecewa dengan keputusan GE14.

Saya dan suami buat pertamanya tidak tidur kerana menunggu keputusan pilihanraya.

Keputusannya memang mengejutkan dan saya bersyukur kerana saya mengambil keputusan untuk balik mengundi dan be a part of this history making.

Monday, April 23, 2018

Conversation with Dear Emak

Assalamualaikum.

Hari ini hari Isnin, hari pertama bekerja untuk minggu ini. 

Ada rasa malas, ada rasa mengantuk, ada rasa nak pergi Langkawi, ada rasa nak makan laksa, tapi yang paling ketara sekali adalah rasa tidak tenteram. Mungkin banyak sangat dosa kut. Banyak sangat perasaan amarah, langsung jiwa tidak tenteram. 

Bila ada perasaan macam ini, saya agak gundah gulana juga di office ni dan oleh kerana itu saya telah mengambil keputusan untuk menelefon emak saya di Perak. 

Hmm...kalau emak saya ada mood bolehlah bersembang sikit, walau bagaimanapun, berdasarkan pengalaman terdahulu, 95% kemungkinan adalah emak saya tidak ada mood. Sabar ajalah.

Kali ini bila saya telefon emak saya macam mengah (breathless). Ahaaa...sepanjang perbualan tu saya dengar bunyi pernafasan emak saya. Emak saya ni dia kurang penyabar sedikit dan dia juga tidak suka membuat orang lain menunggu. Saya boleh bayangkan bagaimana dia meletakkan usaha dia untuk berjalan laju-laju untuk menjawab panggilan telefon saya sehingga dia semput. Maklumlah, sudah berumur 84 tahun.

Saya selalu cakap dengan emak saya untuk membiarkan saja orang tunggu emak dan tidak perlu tergesa-gesa, tapi ye lah kan, cara hidup itu sudah diamalkan selama lebih daripada 50 tahun, mana bisa dia berubah.

Anyway, we had a short conversation. Dia bercerita fasal kakak saya Mekyah ada balik rumah, dia bercerita fasal isteri Adli datang dan selepas itu bertolak ke Kedah bersama Huda dan Faiz dan akhirnya fasal mengundi. The conversation went like this:

Emak : Kamu balik mengundi?
Saya : Tak kut
Emak : Adik, kalau mengundi emak nak mengundi parti apa kali ni? Emak tak tahu lah...emak tengok tv tu emak macam tak faham
Saya :...*&(^%$#@!#%%^&***&^&*%$#@$%%
Emak : Tu lah, sekarang ni emak tak faham lah apa yang berlaku. Kalau tanya Ecah dengan Din (kakak dan abang ipar saya) mesti depa pandai. Mak pergi jumpa depa baru ni, asyik bersembang fasal politik aja.
Saya : Haaa...Kakcik pun sama lah tuh...
Emak : iye lah kut
Saya : Emak mengundi kat mana?
Emak : Selalunya dekat Sekolah Tamil Kelebang tu (saya dah check, betul)
Saya : Ye kut, kami pun dah kena tukar ke situ

Hiks...my mother is confused. Sebenarnya saya pun confuse juga dan sebenarnya, kalau saya balik Perak dan mengundi, saya memang tidak kenal langsung pun dengan mana-mana calon kecuali Husni Hanazlah dan ada seorang itu yang bernama Aminuddin sebab dia kawan abang saya.

Oleh kerana itu, saya main pangkah ajalah dan oleh kerana itu juga saya tidaklah bersemangat sangat  untuk membuang undi .

Saya masih mengekalkan tempat saya membuang undi di kampung atas alasan untuk balik kampung dan menemankan emak saya mengundi. Pernah di satu masa, saya temankan emak saya naik kereta khas (yang disediakan oleh UMNO kut)  untuk ke tempat mengundi emak saya di Kelebang. Emak saya selalu excited dan akan cakap dekat saya "ini kali ke 13 emak mengundi".

Panjang umur, ini akan jadi kali ke 14 emak saya mengundi.

Dan kali ini emak saya ada cucu yang tinggal bersama yang boleh menjadi peneman, jadi tiada isu risau dia pergi seorang diri untuk mengundi.

Anyway people, luangkanlah masa untuk mengundi. Mengundi itu adalah tanggungjawab kita.

Happy voting!


Sunday, April 8, 2018

Gang Kulim dan Ipoh Datang KK (KIDKK) - Day 7 (Akhir)

Assalamualaikum.

Hari terakhir KIDKK.

Saya bangun pagi dan masak nasi goreng sebab ada nasi lebih sewaktu di Karambunai serta ada banyak ayam goreng KFC juga. 

Seperti biasa, selepas selesai masak, saya hidangkan dan naik semula bersiap untuk menghantar KIDKK ke airport. Kami bercadang untuk bergerak pada jam 9.45 pagi.

Sebelum bergerak ke airport, akhirnya kami sempat ambil satu group photo yang proper di depan rumah. 

Sampai di airport, kami telah mengembalikan kereta juga bergambar dengan tuan kereta itu sekali..he he he

Tuan kereta ini (in black) adalah orang kampung suami saya, jadinya ini adalah sesi reunion dengan orang kampunglah. 

Selepas itu kami check in barang...banyak begnya sebab orangnya pun ramai

Satu lagi gambar photo sebelum masuk ke dalam. Budak yang pakai topi tu sebenarnya baru kena chicken pox, itu yang asyik tunduk macam itu aja bila bergambar.

Andddd....gambar last sebelum mereka masuk imigresen. Ada sesi ayaq mata juga sikit-sikit di sini.

Yup...begitulah berakhirnya KIDKK. 7 hari mereka berkampung di KK, lama juga tu.

Alhamdulillah, impian suami saya untuk membawa emaknya datang melawat Sabah tercapai juga. Terima kasih Ida dan keluarga, Kak Maton dan Shukriah yang sudi datang dan bawa emak ke KK. Tanpa mereka, mungkin impian membawa emak kami ke KK tidak kesampaian.

Kami juga ingin meminta maaf sekiranya ada apa-apa yang kurang sepanjang mereka berada di KK.

Semoga KIDKK menjadi memori indah buat mereka.





Gang Kulim dan Ipoh Datang KK (KIDKK) - Day 6 (Karambunai 2)

Assalamualaikum..

Hari ke 6 dan kami bangun di Karambunai. Selepas subuh, kami lepak sebentar dan keluar pergi menaiki basikal. Shuk dan saya dapat basikal yang tempat duduknya keras, makanya kami ada masalah sakit punkoq. Tapi gang lagi satu dapat seat yang ada cushion, jadi mereka lebih selesa.


Haa...Yon dan Irfan

Yong tengah menung melihat ombak

Haaa...ada sesi bergambar lah juga selepas hantar basikal tu kan


Haaa...gambar ni legend, kena letak...

Lagi satu, walaupun berbaju tidur, gaya mesti ada

Selepas naik basikal, saya telah mandi kolam..sorang ajapun waktu tu.

Rupa-rupanya selepas saya selesai, group yang satu lagi juga telah masuk kolam mandi...

Dalam jam 12.00 tengahari, kami telah bersiap untuk check out

Ada sesi bergambar lagi.

Selepas check out, kami pergi makan tengahari di Gayang Seafood

One for the album before the food arrived

Bila makanan sudah sampai, semua orang kusyuk makan

Antara menunya adalah udang goreng butter, sotong goreng tepung, ikan siakap masak nyonya dan sup sayur. Kami juga ada order soft shell crab, tapi tidak sampai lagi waktu ini.

Selepas itu, kami pergi beli jeli kelapa di Salut dan terus balik untuk solat di rumah. Selepas itu kami keluar kembali untuk ke Pasar Filipin membeli belah.

Dan alhamdulillah selepas shopping, kami sempat ke Tg Aru untuk melihat sunset

Hmmm...gambar kami dari belakang

Malamnya suami saya telah keluar dengan Ida untuk membeli kopi tenom. Kami makan KFC dirumah sahaja malam itu.

Ada upacara membungkus barang-barang yang dibeli malam itu dan suasana adalah meriah. Malangnya tiada gambar yang telah ditangkap. 

Esoknya mereka akan balik.

Gang Kulim dan Ipoh Datang KK (KIDKK) - Day 5 (Karambunai)

Assalamualaikum.

Hari ke 5 KIDKK. 

Saya bangun untuk solat subuh pagi itu dan boleh nampak gunung dari bilik saya. Walau bagaimanapun, sebab letih sangat, KIDKK  lupa langsung untuk meninjau sama ada boleh nampak gunung Kinabalu daripada bilik mereka pada pagi itu.

Kami semua terlebih penat dan telah tidur balik lepas subuh. Perjalanan balik hari ke Kudat memang memenatkan dan kalau ada perancangan untuk Kudat, saya nasihatkan anda untuk bermalam di sana.

Walau bagaimanapun, saya rasa agak lega kerana perancangan untuk island hop telah dibatalkan.

Saya bangun pagi itu untuk sediakan minuman sementara suami telah pergi membeli roti canai. Lega saya kerana tidak perlu sediakan sarapan.

Walau bagaimanapun, selepas itu kami menyediakan gulai kari ikan, ikan goreng, ayam goreng kicap, sambal belacan dan timun. Semuanya bukan saya yang masak, saya jadi mandor sahaja...ha ha ha...bukanlah mandor, saya minta tolong. Suami saya insist minta Kak Maton masak kari.

Menurut perancangan kami akan bertolak dalam jam 1.30 petang, tetapi realitinya tayar kereta hanya bergolek dalam jam 2.00 petang. Kira okaylah tu sebab kami sampai dalam jam 2.45 petang dan kami boleh mendaftar masuk pada jam 3.00 petang.

Sampai di villa, saya dan suami sibuk masuk dulu, check tempat tu dan sibuk hidang makanan juga sebab lapaq. Nasib baiklah yang lain tu lebih excited sebab baru pertama kali sampai dan tangkap gambar. Ini adalah pandangan villa kami dari hadapan, nombol 110.

Ini pandangan belakang villa, villa kami yang sebelah kiri tu. Kolam renang terletak di sebelah kiri villa (tidak nampak).

Ini adalah pemandangan daripada belakang villa kami, nampak laut macam itu

Saya di dalam rumah pula, sibuk menghidang makanan. Menu daripada kiri adalah ayam goreng kicap, ikan goreng, udang goreng, ulam timun dan sambal belacan.

Ini pula adalah gulai kari ikan yang di masak oleh chef dari Ipoh


Haaa...ini chefnya, sedang ambil makanan

pinggan nasi saya

Selepas makan, saya telah solat Asar dan bersedia ke pantai. I love Karambunai because of it's long white sandy beach. Saya juga suka sebab ombaknya besar...seronok main ombak. Dannn...orang tidak ramai, jadi, adalah sangat selesa untuk main air.

Lihat pantai di belakang tu...cantik kan

Main ombak...kami terpaksa berhenti sebab hujan turun

Kak Maton dan Emak Mertua Saya

Balik daripada mandi laut, kami masuk ke dalam kolam pula, tiada gambar la pulak


Selepas itu, saya kami bertenang, minum dan lepak sementara menanti malam.

Malamnya tiada upacara apa-apa pun. Kami makan malam, bersembang, saya baca buku sikit dan tidur.