Assalamualaikum!
Tadaaaa....after two (2) long years, saya kembali menulis di sini. Baru-baru ini saya dan suami telah diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke bumi negara Turki dan saya berhasrat untuk menyimpan kenangan itu di sini.
Sebenarnya semuanya bermula pada tarikh 7 Jun 2024 sewaktu saya dan kawan-kawan sedang makan tengahari dan salah seorang kawan telah memaklumkan yang dia dan suami akan ke Turki pada bulan Oktober. Saya kata saya nak ikut dan kawan saya yang lagi satu pun nak ikut dan selepas itu, semua proses telah berlaku dengan mudah, alhamdulillah.
Tarikh lawatan adalah 15 - 23 Oktober (9 hari, 7 malam) di mana kami menaiki Qatar Airways dan transit di Doha. Kapalterbang ke Doha berlepas pada jam 9.30 pagi dan kami dikehendaki berada di KLIA pada jam 5.30 pagi. Sebab berdebar-debar, saya tidak dapat tidur walau seminit pada malam itu. Saya bangun pada jam 3.30 pagi, mandi dan bersiap kerana anak saudara saya Aznor akan mengambil kami pada jam 4.15 pagi (Terima kasih banyak2 Aznor, jasamu di kenang).
Kami sampai airport dalam jam 5.00 pagi, dan berkumpul dalam jam 5.30 pagi (kumpul beg). Lepas tu kami pergi solat subuh dan kembali berkumpul untuk check in. Kami tidak buat E-check in pun, jadinya kami semua dapat duduk kat belakang kapalterbang dan saya dan suami terpisah sikit (sikit aja).
Sebelum itu, ada gambar sebelum kami berlepas...
We had our breakfast at O'Briens. Suami saya bising kata nak nasi lemak. Saya ingat sempat lah lagi nak makan nasi lemak lepas naik bas ke Terminal Antarabangsa, rupa-rupanya tidak sempat. Sian suami sebab lapaq, saya tak pe lapaq, tapi perut suami saya tu masalah juga kalau lapaq.
Sebelum masuk Imigresen, kami buat group photo...ini adalah gang kita orang.
Kapalterbang dah sampai....legaaa, sebab sudah terlampau kerap kapalterbang yang saya naik delay kan...
It was a smooth flight walaupun bagi saya makanan yang disajikan adalah agak lambat sebab saya lapaq. Tapi, sebab saya tidak tidur semalaman, saya telah lena dulu sebelum kapal berlepas.
Dalam kapal, saya dan suami duduk bersebelahan, tetapi di pisahkan oleh lorong berjalan kaki tu. Oklah juga kan, daripada jauh-jauh sampai tak boleh nak bersembang. Dan saya berjaya hanya pergi ke toilet 2 kali....
Kami transit di Doha. Airport Doha tu punyalah besar dan sibuk. Jumlah Pintu Perlepasan adalah 98, punya lah banyak. And it is a new Airport for the recent worldcup therefore the facilites are way better and modern. The toilets and surau are clean. Kami singgah untuk solat Zohor/Asar dan seterusnya bertolak ke Istanbul.
Haaa...ada kerusi sebegini yang bagi saya adalah penting untuk meluruskan kaki saya setelah duduk di dalam kapalterbang dalam 7 jam. Waktu ini saya terima message daripada ofis...tu yang serious tu.
Dari Doha ke Istanbul mengambil masa selama 4 jam tapi kali ini saya dapat duduk tepi tingkap juga di sebelah suami. Best lah sikit. Tapi sebab penat, saya terus tidur lepas makan sehingga kena paksa dengan suami suruh bangun sebab sudah sampai.....tidak tidur semalaman telah menunjukkan kesan kepada saya.
Sampai di Istanbul, beg saya hilang lah pulak sebab ada orang ambil. Habis masa dalam 1 jam untuk uruskan yang itu pulak. Tapi alhamdulillah ianya tetap selesai dengan baik dan kami telah meneruskan perjalanan ke Bolu yang mengambil masa 3 jam.
Dalam bas, kami dihidangkan kebab ini yang sedap. Kami juga macam sudah "marked" tempat duduk itu yang menjadi tempat duduk kami selama 7 hari selepas itu.
Sampai hotel, saya dan suami bersihkan diri, solat dan tidur. Kami mandi esok ajalah.
Alhamdulillah saya dan suami boleh bangun awal untuk subuh sebab kami kena bersiap awal sebab kena check out dan memulakan perjalanan pada jam 8.00 pagi.
Ini view Bolu daripada bilik kami. Bolu adalah agak tinggi dan lebih sejuk. Kami telah dimaklumkan yang salji telah turun di Bolu pada hari selepas kami meninggalkan Bolu. Alhamdulillah sebab kami tidak bersedia untuk menghadap salji sebab baju yang kami bawa hanyalah untuk cuaca musim luruh.
Ha ha ha, gambar dalam lif. Bagi saya, hotel di Bolu ini adalah antara hotel termoden yang kami tinggal sebab ada hotel-hotel yang lain tu adalah sudah berusia...tapi di jaga dengan baiklah. Hotel ini juga adalah satu-satunya hotel yang adalah menyediakan seterika dan ironing board. Hotel lain semuanya tiada.
Haaaa, breakfast....kami sudah bersedia untuk menjadi orang Turki...
Ohh, ini nama hotel di Bolu dan muka kami okay juga kan, nampak fresh. Waktu ni suhu dalam 4 degree dan bila bercakap, keluar asap, he he. Kami tinggal di hotel tu adalah 6-7 jam kut...kejap bebeno.
Kami memulakan perjalanan ke Ankara daripada Bolu. Pemandangan pada sepanjang perjalanan adalah sangat menarik dengan gunung ganang, tasik, kebun, perkampungan juga pekan2 besar dan kecil.
Toilet break. Kami beli kopi dan snek. Waktu ni saya rindu nak makan asam sebab snek di Turki ni kebanyakannya manis2. Toilet di Turki secara amnya adalah bersih....ada juga yang tidak bersih. Tapi waktu ni dah rasa seronok sebab cuaca best, saya dah rasa excited sangat sebenarnya.
Tempat pertama yang kami pergi adalah Atartuk Museum di Ankara. Ankara ini adalah lebih kurang Putrajaya lah sebab banyak Kementerian. Ianya adalah ibu negara (administrative), walau bagaimanapun, daripada segi pertumbuhan ekonomi, Istanbul ataupun Turki di sebelah eropah adalah lebih maju.
Atartuk Museum ini adalah tempat di mana terletaknya kubur Kamal Atartuk. Orang-orang Turki sangat menghargai sumbangan KA dalam memodenkan negara ini.
Di belakang saya adalah Atartuk Museum...saya suka lah Turki ni sebab ada banyak tiang bendera yang tinggi dan bendera yang besar.
Group Photo sebelum kami pergi explore tempat itu. Kami diberitahu yang kami boleh melawat kubur serta museum juga ada tempat yang ada singat (14 ekor kut, lambang pahlawan Turki) ada kereta Kamal Atartuk, ada cafe dan ada toilet...juga ada sesi tukar polis yang bertugas...ahhhh, ada banyak benda yang nak dibuat dalam masa yang agak singat.
Kami bertiga, belakang tu adalah tempat kubur Kamal Atartuk
Kami Berenam
Kami berdua
Ini adalah pemandangan Ankara daripada bangunan kubur Kamal Atartuk tu.....besar kan Ankara ni, in fact Turki memang sebuah negara yang besar kalau di compare dengan Malaysia.
Ini gambar di dalam Museum...belakang tu gambar Kamal Atartuk, dia adalah seorang askar yang hebat.
Shuk pula bergambar dengan Kamal Atartuk
Lepas keluar daripada muzium, kami bergambar sekejap di tempat singa beratur ni, terkejar-kejar nak tengok kereta pulak selepas itu.
Yes, 3 buah kereta yang lebih kurang sebegini
Dan akhir sekali kami tangkap gambo dengan askar ni...
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Cappadocia. Ada banyak tasik yang besar (dalam 6-7 tasik) di sepanjang perjalanan dan kami telah singgah di Salt Lake untuk makan tengahari dan solat.
Ini adalah salt lake dan saya memang berdiri di atas garam.
Bergambar di sini perlulah menyeghongen sedikit.
Kami makan lepas tu, tapi saya lupa nak tangkap gambar makanan. Seperti biasa akan ada sup, roti biasa dengan roti pasu, nasi dan salad...standard begitulah makanan kami sepanjang di Turki.
Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Coppadocia dan tempat persinggahan pertama adalah Kayasehir Underground City Tunnels.
Tempat ini sangat hebat ye di mana, kaum Kristian pada satu zaman dahulu, tinggal/bersembunyi di Underground City ni...kagum saya.
Ambil group photo duluuu...di atas itu ada istana, tapi di bawahnya ada underground city tempat orang bersembunyi.
Dibelakang suami saya itu adalah antara binaan dalam gua batu kapur tempat di mana orang-orang Kristian bersembunyi daripada musuh mereka.
Antara rumah yang telah di bina, semua ada di sini dan mereka boleh hidup berbulan-bulan tanpa perlu keluar daripada tempat ini.
Ini adalah antar laluan sempit di dalam gua tersebut
Oleh kerana Underground City ini terletak di atas bukit, pemandangannya memang cantik...tengok pemandangan di belakang tu
Tengok Sunset di belakang tu, cantikkk
Lepas itu kami pun bertolak ke Hotel. Kami checked in and had dinner at the hotel. I think this is the hotel where we have enjoyed food the most....walaupun bilik airnya kecil lah sikit.
Selepas makan, kami baring dulu, berehat. Ingatkan tak nak mandi lagi...tapi saya mengambil keputusan untuk bangun juga, mandi dan solat, and yes, memang rasa lebih selesa tidur. Saya tidak pasti suami saya bangun jam berapa malam itu. Dannn, saya telah berjalan lebih 10,000 steps hari itu...alhamdulillah.
Okay, di sini dulu ye...sambung kemudian.
No comments:
Post a Comment