Friday, January 31, 2014

Semalam di M S U

Semalam adalah hari yang bersejarah buat saya. Ceritanya macam ini, saya telah dipanggil untuk bercakap mengenai MIDA di depan pelajar Universiti M S U Shah Alam. Dannn, sebagai hadiah saya telah dapat ini....

Yay....akhirnya, di umur 44 tahun ni, dapat juga saya munge...ekekekek. Bawa balik, tunjuk kat suami.

Saya tanye hubby, tak de ke perasaan nak bagi saya munge. Dia kata, nanti waktu anniversary yang ke 10, dia bagi...hmmm...moga panjang umur saya dan sempatlah saya dapat munge tuh...hikkkks.

Let's go back to the presentation made ye. Sebelum mula presentation, saya saja tanya students yang hadir a few questions so that I would have some rough idea on their knowledge about MIDA. I asked 4 basic questions, the questions were :

1) Has any of you heard about MIDA before? Answer : None

2) Has any of you heard about MITI before? Answer : None

3) Has any of you to who is MITI's Minister? Answer : None

4) Have you ever heard of Rafidah Aziz? Answer : Many of them raised their hands.

So, that is the basis of how I should start my short presentation... the listeners really were having almost zero knowledge about the subject that I am going to talk about...really. I understand that MIDA/MITI and other agencies under MITI may not be of any relevance to them now. But the fact that they did not bother at all to find any information about MIDA before they attend the talk make me feel disappointed. 

It's very easy to access information on MIDA from the internet which they can do while waiting for my arrival...tapi nak cakap macam mana kan....karang marah-marah pun, mesti ada jawapan tuh.

But anyway, I was a little nervous before I entered the hall, but when I found out that my audience did not have the slightest idea of what I am going to talk about, I was a bit sad..tapi lega juga sebab depa mesti tak tahu nak tanya soalan kan...hiks...selamat.

But I must acknowledge that the students did arrange the whole event nicely. Yup, they waited for me at the entrance, show me my parking space, walk with me to the hall since the place was huge and I might get lost. They have shown their talent to be a "promotional" person.

And they communicate in English...good English. I spoke in English too until I got tensed up and started to cakap Melayu...he he he. 

But all went well and after that they served us lunch. The lecturer brought us to this cafe on top of the building where we were able to enjoy the view of Shah Alam. We were served nasi, sotong masak merah, ikan masak asam pedas and ayam masak lemak cili api plus sayur. I was informed that the food was prepared by the chef who is also teaching culinary there. 

Hmmm...saya ni tak le pandai masak, tapi agaknya chef tu masak tanpa kasih sayang kut, jadi, walaupun not bad tapi ada sedikit kurengggg...(tak baik komen fasal makanan kan?...hiksss)

So, I did not snap any photos on the main course, sebab presentation pun biasa-biasa aja...(akibat terlampau mengikut Master Chef punya series la ni).  Tapi I did took photos on the dessert...sebab menarik la juga sikit:

Haa...dia bagi lima pieces of cakes...perfect for healthy diet...habis pulak tu

Lepas tu, dia hidang ini...habis gak...penutup.

Lepas habis brief ni, saya balik ke ofis di HQ. Alhamdulillah, Federal Highway sangat clear dan perjalanan hanya mengambil masa 20 minit....

Itu sajalah yang berlaku semalam.

=============================================================

Saya nak count my blessings la...selepas banyak sangat focus atas apa yang terjadi pada Imran.

Saya perlu bersyukur kerana sesungguhnya sangat banyakk nikmat yang diberi. Saya bersyukur sebab saya sihat, saya bersyukur sebab mempunyai pendapatan untuk menyara keluarga dan membantu mereka yang tidak berapa mampu, ada suami yang baik, ada keluarga yang sentiasa supportive walau pun kami kurang berjumpa, ada kawan-kawan/readers yang mengambil berat, ada rumah untuk berlindung, ada kereta untuk bergerak, boleh berjalan, boleh bercakap, boleh bekerja and all other little things. 

Tapi tu lah, kadang-kadang saya lupa.....

Pagi tadi, sewaktu bersarapan, saya telah terbaca mengenai seorang bapa yang mengelar anak-anaknya sehinggal ada yang meninggal dunia di Kajang semalam. Sedih betul....

Tapi bila membaca berita itu saya terus teringat yang kami sekeluarga perlu bersyukur kerana Imran masih hidup, Imran masih normal kecuali matanya yang tidak dapat melihat, dannnn....selagi Imran masih bernyawa, selagi itu masih ada harapan...walaupun sebesar kuman.

Dan...kami juga sepatutnya tidak perlu risau kerana Allah yang menjadikan Imran begitu, dan Allah jugalah yang akan memeliharanya....

Moga Allah bukakan hati saya yang keras ini untuk redha....untuk menerima cabaran ini...untuk kuat dan untuk terus tenang dengan cabaran yang diberikan. Berikan saya kekuatan Ya Allah.







Wednesday, January 29, 2014

Hari Ini dan Sup Ayam

Hari ini adalah sibuk.

Saya mula meeting pertama jam 9.00 pagi dan habis dalam jam 10.30 pagi. Saya suka meeting ini, yang saya chair kan...saya rasa it was a success.

Next meeting at 11.30. A big group. Originally they informed us that only five of them will be coming. Last minute, they informed us that 11 of them will be coming. Apa lagi, huru hara lah, kerusi tak cukup, minuman/makanan tak cukup...haih. Dragged sampai jam 2.00 pulak tu. Dah la tak sarapan, nak lunch pun tak sempat sebab the next meeting is at 3.00 pm.

At 3.00 pm, another meeting with a another big group. Again, it was not as productive...meeting habis jam 5.32 petang.

Balik ke bilik, saya terus solat Asar dan mula buat sedikit preparation untuk presentation esok. Tapi dalam fikiran, saya sudah terfikirkan sup ayam yang saya masak semalam...saya lapar.

Sampai rumah, hubby suruh saya buat ER. Hmmm...terpaksalah patuh, walaupun lapar. Saya solat Maghrib, ER 30 minit, solat Isyak dan turun untuk dinner...tak leh tahan.

Saya panaskan sup ayam semalam dan masukkan sayur, tomato dan tambah cabai burung sikit...barulah meletop kan...ade gambo...mari share


he he he...sedapnya makannnn! Saya suka makanan yang berair nih...especially kalau pedas. Saya juga happy sebab hubby pun sudah mula suka makan sup ayam yang saya buat. Sebelum ini, kalau saya mention nak masak sup ayam, dia mesti terus cakap "taknak". Tapi baru-baru ini, sewaktu hubby demam, saya masakkan sup ayam and he loved it. Bayangkan, dah hampir 8 tahun kahwin baru dia nak makan sup ayam yang saya buat. Anyway, better late than never kan.

Itu ajalah ceritanya...

Saya baru berwassup dengan anak sedara saya Pijah. Dia plan nak mendaftarkan Imran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebab ada banyak kemudahan/bantuan yang boleh Imran dapatkan. 

Saya bermohon semoga Allah sembuhkan mata Imran. Saya bermohon semoga di kembalikan pandangan mata Imran. Tetapi, jika ini memang takdirnya, saya mohon dipermudahkan semua urusan Imran di dunia dan akhirat. Saya mohon dipermudahkan urusan ibubapa Imran. 

Aaamiin.


Ibu

Assalamualaikum! Sorrylah sebab sudah lama saya tak update blog ni...saya sibuk sikit, sedih sikit, penat sedikit...heee.
 
Hari Isnin baru ini, sewaktu di ofis, tiba-tiba saya namapak seorang officer ni menangis dan mengadu dengan officer lain. Saya tak pasti kenapa dan tidak sempat pulak untuk bertanya.
 
Tapi baru tadi saya sempat clarify dengan officer ni tentang sebab musabab dia menangis...ye lah, kut lah sebab salah saya kan...saya ni kan demanding juga kadang kadang.
 
Anyway, punca kenapa officer ni menangis bukanlah saya, tapi adalah sebab anak-anak. Officer saya agak sedikit tertekan dengan anak-anak dan telah memukul anaknya sedikit. Dannn, apa yang berlaku adalah anak-anak tu sudah tidak ingatpun, tapi officer ini pulak yang asyik menangis dan menyesal atas perbuatan yang telah dia lakukan. Dia asyik teringat tentang perkara itu dan menyesal, dan menangis
 
Itulah  perasaan seorang ibu...sangat dalam kasih sayangnya untuk anak-anaknya
 
Baru-baru ini juga saya berkesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama dengan opah kepada Imran. Hmmm...yang ini lagi lah. Betapa di hati, kepala dan mulutnya sentiasa ada cucu-cucunya juga anaknya. Tanpa dia sedari, nama-nama anak/cucunya sentiasa bermain di bibir. Matanya juga amat mudah mengeluarkan air mata sekiranya kisah Imran/cucunya dibincangkan.
 
Sewaktu itu, saya ingatkan saya sudah kuat dan  "redha", tapi bila menyaksikan keperihatinan kakak saya tu, langsung tersedih semula...sampai hari ini saya sedih balik.
 
Selain dari itu saya juga menyaksikan betapa tidak senangnya mahu menjaga sepasang kembar ini apabila mereka meragam. Yup...bila seorang sudah diam seorang lagi pulak yang menangis. Boleh stress kalau tidak kuat iman kan? Betapa sabarnya hati seorang ibu tu kan? 
 
Bila saya menyaksikan perkara-perkara ini, saya jadi insaf betullah. Pengorbanan ibu itu terlampau besar...bila melahirkan anak, seorang ibu akan hilang kehidupannya sendiri. Dalam semua perkara, anak akan sentiasa diberikan "priority"....Ibu juga akan kehilangan "kerampingan" diri (bagi yang lebih tembam akan hilang "ketembaman" diri dan dapat "kegemukan" yang nyata...hadeiiii).
 
conclusion : Hmmm....saya kena jadi lebih baik dengan emak saya lah....
 
Tentang Imran : Sehingga hari ini penglihatan Imran masih belum pulih. Tapi kami tetap meneruskan doa kami dan terus berharap. Sembuhkanlah mata Imran dan kurniakanlah dia cahaya penghlihatan. Sesungguhnya engkau maha mengetahui serta maha mendengar doa hamba mu ini.
 
Pohon readers juga doakan ye. Aaamiin
 

Saturday, January 25, 2014

While Waiting

Sekarang ini hari Sabtu, jam 7.25 malam.

Saya ada tetamu di rumah ni, tapi sekarang, saya sorang-sorang aja di ruang tamu. Hubby and Abang Hatta pergi mengeteh sebab teh di rumah tak sedap, yang lain-lainnya ada di dalam bilik masing-masing. Saya...sedang menunggu waktu maghrib, sooo...update lah blog ni kejap.

Malam ni, ada tetamu juga...tak sure nak serve apa...tengah pikio.

Dah azan...nanti saya tulis lagi ye...

Monday, January 20, 2014

Tentang Post Semalam

Semalam post nya adalah "No Mood la Today"...heeee

Sebenarnya ada kisah selanjutnya lagi, dan saya memang dah taip pun ceritanya. Tapi kan, bila saya baca balik, saya perasan yang cerita itu sangatlah personal dan tidak sepatutnya di kongsi bersama, maka, saya telah padamkan dan tulis balik tentang perkara lain...heee....konon reserved kan?

Saya perasan, saya selalu di uji sedemikian. Saya buat statement, lepas tu, I violated the statement, kali ini pulak, secara umum lagi, dalam blog.

Anyway, telah timbul juga rasa bersalah saya selepas post saya semalam tuh. Heee...mungkin sebab dah lama saya tak buat hal kan.

Sebenarnya kami ada undang-undang iaitu tidak dibenarkan merajuk sewaktu hari cuti. Undang-undang itu telah digubal kerana telah berlaku kejadian di mana hari cuti kami telah habis begitu saja sebab salah seorang telah mengambil keputusan untuk merajuk dan tidak mahu bercakap.

Keadaan itu telah menyebabkan cuti dihabiskan dengan mood tak baik dan sangat membosankan. Dua-dua pun tak happy, tapi keras hati kan, tak de siapa nak mula dulu. Tapi lepas aja peristiwa itu, kami pun menggubal undang-undang tidak boleh merajuk pada hari-hari cuti...tapi yang semalam tu masalahnya saya seorang aja yang tahu saya merajuk, sedangkan hubby langsung tak tahu...heee.

Sebenarnya, semalam hubby tak sihat, infact sudah 4-5 hari demamnya dan batuk-batuk sampai macam nak terkeluar isi perut tu. Hubby mengamalkan minum madu dan limau, tapi kali ini agak lambat kesannya. Saya cadangkan supaya dia minum air asam jawa, tapi dia terus cakap tak nak. Saya pulak, tak berapa lalu nak ambil madu...saya prefer air asam jawa lagi.

Saya nak record juga yang semalam akhirnya Serena Williams telah terkeluar daripada Australian Open..phuhhh, after winning it for so many times kan. Semalam juga Chelsea telah kalah kan MU, hubby dan anak sedara saya Ajim mesti happy.

Okaylah...di sini dulu...aka keghoje...have a productive week ahead. Moga ceria selalu dan moga bertambah iman-iman kita semua.

===============================================================

Esok Imran ada appointment dengan doktor lagi. Semoga Allah memberikan petunjuk tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan seterusnya bagi membolehkan Imran boleh melihat semula. Kurniakanlah Imran cahaya penglihatan Ya Allah. Aamiin




Sunday, January 19, 2014

No Mood la Today

It's Sunday afternoon now...esok dah keje balik...hmmm

Saya tengah merajuk dengan hubby ni, tapi tapi tak ambil tahu pung...heee. Tengah bertahan...tapi saya tahu tak de faedahnya meletup....sooo...let's talk to the wall...mengadu kat dinding seperti biasa.

Saya sibuk sikit sekarang ni sebab saya terlibat untuk meng "organize" majlis re-union sekolah menengah saya. Entahlah macam mana saya boleh termasuk ke dalam "organising committee" ni sebab sesungguhnya saya ni tidak lah rajin. Tapi saya seronok juga, yup, berjumpa kawan-kawan yang sudah hampir 30 tahun tak berjumpa. The funny thing is that, kami boleh "click" immediately. As if kami memang sentiasa berkawan selama ini.

Waktu merajuk dengan suami tapi dia pun tak tahu saya merajuk tahap gaban ni, elok sangat la dapat jumpa kawan-kawan...if nottt, kawan dengan dinding pun bukannya best kan.

Saya masak hari ini. Goreng ayam dengan masak tumis ikan bilis + petai....huh...kelemahan saya lah tu.

Sekarang ni sibuk fasal ada sepasang suami isteri Malaysia yang di tangkap di Stockholm kan? Saya masukkan doa saya untuk mereka ini. Moga dipermudahkan semua urusan mereka, termasuk anak-anak mereka.

Hmmm....di sini dahulu...merajuk kan...tak de mood...heeeee

Thursday, January 16, 2014

Dear Boss

Saya ada bersembang dengan boss tadi, sembang fasal kerja. Lepas tuuu, cerita pulak fasal Division, fasal itu, fasal ini.
 
Lepas tu, tetiba boss berfalsafah pulak. Dia kata.."mu Bibah, mu jangan nak bohong la, aku tahu la fasal semua pegawai kat Division nih. Aku tahu hati-hati kamu nih"
 
Saya pun tiba-tiba jadi seram..."tahu hati saya?"
 
Dia sambung "Hati kita ni, ada tiga iaitu : i) hati hidup  ii) hati mati iii)hati sakit. Aku tengok perangai semua orang dalam Division ni aku tahu la sape yang ada hati hidup, sape yang ada hati mati atau pun hati sakit".
 
Saya bisik juga dalam hati "saya pun boleh evaluate boss apa....haaa, jangan ingat boss aja yang boleh evaluate orang bawah".
 
Lepas tu boss kata lagi "Itu yang aku tengok pegawai yang telah menunjukkan taring tuu, aku rasa mesti ada masalah hati tu. Sebab itulah aku tak suka nak marah teruk-teruk. Aku cuma cakap sikit-sikit, tegur sikit-sikit, kalau tak banyak pun, aku ada nampak perbezaan secara sedikit sedikit. Kasihan mereka ni".
 
Saya assume yang boss kata bermasalah tu di considerkan berhati "sakit" lah kut...sebab kalau mati, soheh dah "gone with wind lah" kan...
 
Tapi tadi hati saya sedikit tersentuh juga, yup, saya rasa boss saya ni baik lah. Banyak bertolak ansur dan tidak tunduk kepada tekanan-tekanan luar. Saya tahu dia terima banyak info dari luar mengenai certain individu di dalam Division kami, tapi dia tetap dengan pendirian dan membuat tindakan secara rasional yang saya pasti hanya boleh dilakukan oleh orang yang kuat pendiriannya.
 
Boss saya juga berpendapat yang mereka yang telah menunjukkan taring ini selalunya tidak mengenali diri mereka sendiri, dan tidak nampak kesalahan yang mereka lakukan. Menurut boss saya, kita kena kenal diri kita kerana hanya dengan cara ini kita boleh mengenal tuhan dan lain-lain (sampai tahap ini, saya dah kurang faham dah...tinggi tu bagi saya).
 
Sekarang ni, saya tengah evaluate diri saya, kategori manakah hati saya ini? heeee...ataupun tanya hubby, mesti dia ada jawapan untuk saya.
 
Saya selalu aja tidak sehaluan dengan boss saya ni sebenarnya, tapi hari ni saya rasa saya patut doakan yang baik-baik lah untuk boss saya ni. Yup...dalam dia suka buat keputusan secara impulse/last minute/tiada perancangan, yang sering membuatkan saya terkejut, tapi hati dia baik, itu yang paling penting kut...kita hati boss saya tu tak sakit kut...kira hidup lah kan...heee
 
Okay...selamat bercuti esok!
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Kita kadang-kadang takut untuk meminta tolong dari manusia kan? Takut kita menyusahkan manusia yang kita minta tolong itu? Tapi Allah sangat suka bila kita sentiasa berdoa, meminta pertolongan daripadanya. Oleh itu, jangan malu berdoa, jangan berputus asa kerana sesungguh Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui... 
 
Aku bermohon Ya Allah, sembuhkanlah Imran, kembalikanlah pandangan mata Imran Ya allah. Maqbulkanlah doa kami Ya Allah. Aaamiin.