Friday, May 10, 2013

Update on my exercise regime

Assalamualaikum....

Saya harap mood untuk update blog ini akan kembali supaya blog ini lebih hidup.

Saya sihat, bukannya tak sihat, tapi rasa mcam kurang mood untuk update, itu aja.

By the way, untuk minggu ni, saya baru achieve 10km on the trademill. Saya punya target is to achieve 20 km everyweek. The plan is to do 4 km walk/run 5 times a week.

I found out that the hardest part in exercising is on how to start doing it. The hardest thing is to go to the trade mill, put on your shoes and start...but once you are on the trademill, you can achive much much more. For instance, instead of doing doing only 3 km, I found out that I could actually achieve 6 km. But I must have the time lah because I cannot achieve 6 km in 30 minutes. I have to allocate around 1 hour for a 6 km run...

Untuk minggu ni, saya sudah buat 6km pada hari Rabu dan semalam saya hanya larat buat 4km. Saya tak tahu kenapa, tapi semalam saya rasa agak penat dan macam susah bernafas, that's why I stopped at 4km. Takut pengsan ke apa, dah la sorang aja kat rumah semalam sebab hubby keluar. Saya memang buat target 20 km setiap minggu, tapi saya tak sukalah nak stress sangat, soo...I'll go with the flow, it will be good to achive the 20km, but if I could not, it's okay.

Tapi jangan risau, saya tak lah kuruspun, he he he....tapi kalau ada rezeki untuk dapat badan kurus, alhamdulillah. Saya malas nak target hilang berapa kg ke apa, saya cuma target untuk menjadi lebih sihat...semoga Allah jauhkan saya dari segala penyakit...semoga saya dapat mencapai kesihatan yang lebih baik, insya allah.

Malam ini kakak saya dari Ipoh akan sampai. So..malam ini mungkin saya tak sempat lah nak jog sebab masa saya jog selalunya adalah dari pukul 9.30 malam sehingga 10.30 malam...tak pe, masa lain kita jog ye.

Itu sahajalah dulu sebagai my warming up post...see ya










Wednesday, May 8, 2013

Ups and Downs

Sian blog ni, tuan dia bad mood and just don't feel like updating.

Sometimes everything seems to go wrong that you feel that to keep quite is the best thing.

I am not really "satisfied" with my work actually. I feel that I am not performing up to the standard that I am supposed to...

I better do something about it though...

I better start working...

Wednesday, May 1, 2013

Berita Terkejut Lagi

Haaa, baru baca facebook kata bapa Shaiful sudah tukar lagi sekali, dia sokong Shaiful balik...ha ha ha....hmmm...lompat, lompat jangan tak lompat. Ini dunia kan? Boleh la tukar-tukar, tapi Allah tahu apa sebenarnya kebenaran, let's Allah be the only judge...

Monday, April 29, 2013

Cerita Stokin dan Lelaki Berleter

Cerita 1 : Stokin (socks)
 
Waktu saya exercise on my trademill, saya perasan yang stokin yang saya pakai adalah sangat kotor, macam sangat lebam. No doubt yang stokin (betul ke ejaannya ye? Socks ni tau) tu telah berumur hampir 4 tahun kan, tapi saya terfikir juga, awatlah kotor sangat.
 
Anyway, hari Sabtu lepas, setelah exercise paginya, saya telah pergi rendam stokin tu dalam clorox sekejap, lepas tu basuh dan jemur terus.
 
Waktu makan tengah hari, saya pun berceritalah dengan hubby yang stokin saya telah kotor sangat dan saya telah basuh dan rendam clorox pagi tadi.
 
Lepas dengar cerita saya, hubby tengok saya dan senyum. Lepas tu kan, dia pun cakaplah dengan saya macam ni "Sebenarnya kan cikbib, satu hari tu, waktu saya tengah vaccumn rumah, saya telah tersedut stokin cikbib tu sekali. Haaaa, saya pun panic, terus buka tempat habuk tu dan ambil stokin cikbib tu. Mestilah penuh habuk kan, tapi tak pe, saya telah bersihkan dengan meng vaccumn semua habuk di stokin cikbib tuh.."
 
Dan saya ???*&^%$#@!
 
Morale of the story : Kalau husband mahu tolong vaccumn rumah, bersyukurlah
 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
Cerita 2 : Lelaki Berleter
 
Orang suka cakap yang perempuan suka berleter kan? Hubby pernah juga cuba menuduh yang saya ni kuat berleter, tapi dia memang selalu tak de kes. Sebabnya adalah, bila pulak saya nak berleter? Saya balik dari ofis nak bercakap pun tak sempat. Bila semua dah selesai, ye lah, dah mandi, iron baju dan lain-lain, haaa, waktu tu mata pun dah nak tutup, nak bercakap pun tak larat, bila pulak nak berleter nya?
 
Anyway, semalam, kami pergi Giant yang sebelah Stadium Shah Alam tu. Waktu nak balik, hari sudah hujan sangat lebat. Waktu keluar pintu nak ke kereta, adalah kereta yang berhenti di bawah shade tu and sort of blocked our way. Tapi tak pe, kami okay aja sebab depa ni bawa baby dalam stroller juga 2 orang anak kecil yang lain. Tak kan nak bawa baby ke kereta dalam hujan pulak kan?
 
Kami berjalan terus ke depan, di lorong sebelah, tiba-tiba ada pulak sebuah kereta yang serbu dan terus berhenti di bawah shade tu, di mana pedestrian berjalan. Saya memanglah intimidated tapi saya diam aja. Masalahnya adalah hubby sudah mula berleter...pop pek pok pek. Leteran hubby bertambah lah pulak sebab kereta tu berhenti untuk ambil makwe aja, tak de lah orang tua ke, baby ke, ...ha ha ha, punye sayang lah dengan makwe kan, tak bagi makwe kena hujan, langsung berhenti di laluan pejalan kaki...and he aspect the pedestarian to walk in the rain lah in order to protect his girlfriend? Hadoiii
 
Heeeeee.....tapi saya cool aja, cuma rasa nak pecah perut sebab hubby emosi dan pok pek pok pek...ha ha ha...

Peeps

Tak tahu lah kenapa, tapi saya cepat marah sekarang..
 
Tapi, bila nak mencurahkannya di blog, tak boleh pulak...tak jadi.
 
Mungkin sebab saya dah macam program minda ni jadi positive aja kut, langsung bila nak tulis benda negative...tak menjadi.
 
Tapi "snap" tu berlaku juga, bila ada statement yang saya tak suka, terus bebal...hubby lah yang akan nasihat dan suruh saya cool dari terus pergi menjawab statement statement tu
 
Elok juga kan? Terpeliharalah saya dari menjadi tempat kemaharan orang lain.
 
Hmmm...
 
Hari ini hari Isnin...hari Rabu cuti..yippie.
 
Mereka yang pemalas seperti saya, memang sangat gembira apabila cuti datang...he he he....
 
Itu sajalah dulu...tengah cuba bertenang ni

Sunday, April 28, 2013

Opppsss

Pagi Ahad, 28 April, 2013.

Saya dah bangun subuh pagi tadi, lepas tu pergi rendam kain dalam baldi...itu adalah baju kerja seminggu yang saya tak basuh guna washing machine ye.

Saya tinggalkan kain tu berendam sekejap dan turun ke tingkat bawah...decided not to jog this morning, buat malam la pulak kut...

Hubby dah bising suruh saya update blog, tapi tak de idea laaa...tapi tadi ingatkan nak post gambar waktu kami re-visit Muara baru-baru ni...tengok-tengok tak upload lagi..heee...later lah ye. 

Semalam, saya telah selesai submit e-filing saya, alhamdulillah. Kali ni hanya kena bayar tambahan sikit sahaja..syukur. 

Rupanya potongan untuk individu telah ditambah dari RM8 k ke RM9k ...better, tapi saya masih tidak faham macam mana mereka mengambil keputusan untuk mengambil jumlah itu. Jumlah yang di ambil seolah olah menyatakan bahawa setiap individu berbelanja lebih kurang RM750 sebulan untuk basics....se tanya menteri-menteri tu, boleh tak mereka hidup dengan basic RM750 sebulan...

Saya rasa potongan individu sepatutnya dinaikkan ke nilai yang lebih tinggi seperti RM15 K supaya mereka yang berpendapatan rendah tidak perlu membayar cukai. Mereka yang berpendapatan rendah ni, perlu di lindungi, malah dibantu...setakat penjawat awam tahap 41 ke bawah, berkahwin dan mempunyai anak, tidak perlulah untuk mereka membayar cukai....

Itu pandangan peribadi ye sebab kat KL ni, semuanya mahal. Kalau bujang, nak sewa bilik pun, adalah RM500-800 macam tu untuk tempat yang lebih decent/sederhana...kalau nak duduk tempat yang murah sangat, tak larat la pulak mental kita sebab tempat-tempat ini sudah dikuasai oleh pendatang asing. Itu baru sewa rumah, makan lagi, bayar kereta lagi, beli baju lagi (kerja kena presetable ye, penting tu, he he)..., nak bagi mak ayah lagi, ada yang perlu membiayai adik-adik lagi....hutang PTPTN lagi...

Hmmmm...bukan senang nak hidup kan...tapi hidup tetap perlu diteruskan...saya nak basuh baju dan mandi...sorry lah post hari ni ter serius plak...have a nice Sunday everyone!

Wednesday, April 24, 2013

Syndrome SS

Saya tak tahu macam mana nak cerita, tapi saya suka sangat baca blog saya sendiri...heeee

Hubby kata saya ada syndrome SS...Syok Sendiri...apa-apa je laaa

Petang tadi hujan lagi dan jalan balik ke Shah Alam mengambil masa lebih dua jam. Saya rasa macam nak menangis dalam kereta tu. Rasa nak marahhhh aja...tapi saya marah kat sape pulak kan? Lepas tu tiba tiba juga timbul rasa insaf dan terus beristigfhar...Allah bagi cabaran sikit aja, tapi saya macam sudah mahu kecundang...lemah betul.

Masuk Shah Alam, saya call hubby, minta tolong dia buka gate supaya saya boleh cepat masuk kereta dan pecut untuk perform Maghrib..heee...alhamdulillah sempat.

Saya tak jog la malam ni...tak larat. Hubby ajak pergi makan, dia order tomyam, telur dadar dan kangkung masak belacan...saya makan nasi hubby sikit...heeeee

Itu ajalah dulu...short one before I retire for the day...gudnite!