Wednesday, February 29, 2012

Skandal??

Saya tengah meniarap depan tv, tengok laptop sambil menonton 'Langit Lazuardi'. Cerita dia fasal perempuan ni, bercinta dengan suami orang. Dia tidak sanggup untuk bermadu, lalu menyuruh lelaki itu menceraikan isterinya. Isteri dia tu, Rita Rudaini, soooo, macam feel la kan. Yang berlakon jadi perempuan tu pulak, si Nabila anak Amy Search tu...so, nampak macam dia salah sangatlah kan...

He he, sebenarnya cerita ni memang sangat berpijak di bumi nyata, especially for those yang lambat sikit kahwin, ramai yang pernah terjebak dengan suami orang ke, tunang orang ke...

Hmmm, susah bila terjebak ni, bila melibatkan perasaan kan. Bukan mudah untuk jatuh cinta, dan sesungguhnya, sangat susah untuk melupakan seseorang sesudah jatuh cinta. Walau bagaimanapun, bercinta, putus, bercinta balik, adalah antara rencah hidup, yang mewarnakan perjalanan kehidupan kita.

Tidak semua orang bernasib baik untuk terus kahwin setelah bercinta buat kali pertama. Tetapi bagi mereka yang pernah melalui pengalaman pahit putus cinta, atau bercinta dengan orang yang salah, pastinya pengalaman yang dilalui akan memberi pengalaman yang amat berharga. 

Tengok cerita ni, macam tak setuju la plak dengan si Nabila tu, ye la, nak kahwin dengan suami orang tu, kahwin je la, tapi tak payah la suruh lelaki tu ceraikan isteri dia, dah la isteri lelaki tu tak kerja pulak. Tapi si Rita Rudaini tu meninggal la...ek eleh...he he he, awat saya emosi pulak kan?...hah...nak tidur lah



Fokus

Saya kat office lagi ni, tengah menengok proposal officer saya...tengok lima minit aja boleh fokus, lepas tu, saya ngantuk, decided to update my blog sat...tapi mesti setengah jam pun boleh kan...buat kerja aja yang tak larat.

Kenyataannya memang macam tu, betul tak? masa kita untuk fokus memang tidak terlalu lama. Kita perlu bijak sebenarnya, biar sedikit masa yang di allocate, but make sure ianya berkualiti.

Macam budak-budak sekarang, nak belajar, mereka pergi KFC lah, McD lah...kononnya baru ada feel.

Kita dulu pun mungkin juga teringin nak buat macam tu, tapi ye lah, mana ada duit nak makan kat KFC hari-hari kan, Mc D pun sama...so, pilihan kita pun adalah di hostel...makan biskut ke, keropok ke, dengar radio ke. Tapi saya rasa, saya bersyukur juga tidak diberikan pilihan yang semacam itu, kalau tidak, mesti jumlah kolestrol di dalam badan saya akan bertambah.

Agaknya kalau ada siapa siapa yang buat survey, result budak yang study kat KFC dan Mc D tu hebat tak agaknya ye? Ye lah, untuk menguji kebenaran kata-kata budak budak ni kan.

Saya kadang kadang stay back supaya saya dapat fokus. Waktu kerja biasa, macam pagi tadi, saya tidak boleh fokus langsung kecuali waktu makan tengahari. Meetings, phone calls, officers datang jumpa, so, kalau nak evaluate paper yang complicated, saya memang perlu stay back. Baru boleh bertenang.

Hmmmm...okaylah, kena tengok balik paper ni sebab saya nak balik pukul 6.30..selamat beristirehat semua!


Tuesday, February 28, 2012

Itu dan Ini

Hari kedua di ofis baru...yup, belum lagi seratus peratus settle, tapi boleh la..

Kerja sudah bertambah, ada officer yang sudah mula menyerahkan files, calls are coming in, emails pun dah banyak, meetings will start tomorrow.

Office baru ni okay, except that places to buy food are generally further away...hmmmm. I am trying to take it positively though, yeah, walking is good for you kan.

Oh yeah, we have found new tenant for Baiduri. Hmmm, orang Kelantan, 4 orang adik beradik. They requested for washing machine, we decided to give them ours and we will buy a new one...he he, kerja kerja membeli yang baru ni, kami memang pandailah...so, kira settle, esok kami akan dapat washing machine baru.

Semoga semuanya akan berakhir dengan baiklah sebab banyak juga kami spend untuk Baiduri ni. Kami bukanlah beli barang baru untuk mereka, tapi kami berikan barang barang yang kami ada, dan kami beli baru untuk kegunaan sendiri.....macam meja makan tuh. Emmm, insya allah, tenant baru ini akan duduk selama 3 tahun, so, if everything goes on according to plan, kami akan dapat balik modal dalam masa...5 bulan? Insya allah.

Oh ye, saya nak selit gambar waktu kami pergi bersihkan Baiduri baru baru ni :

saya makan kfc...selekeh giler...and was damn tired, belum mandi lagi..lepas makan, saya pergi bersihkan dapur pulak


alala, sopannnnyaaaaa makcik tengok, rajin pulaktu menolong, boleh dibuat menantu nih

the katil we bought

our dining table is now at Baiduri again, tempat lamanya

So, malam ni kami order washing machine, lepas order washing machine baru tu, kita orang pergi makan di pizza hut. Since ada gambar, saya insertkan lah ye :

Biasalah, kami makan set untuk dua orang, tapi kali ni, kami add on untuk air. Kami makan di pizza hut seksyen 7. Hari ni kami rasa service yang diberikan sangat baik, tidak seperti selalu yang lembab dan menyakitkan hati.

abang misai saya...ramai orang tanya kat saya sama ada saya memang suka orang bermisai...he he, saya pun tak sedar sebenarnya yang misai suami saya tu lebat.

yang ni, sepatutnya saya sudah upload semalam, tapi rupanya tidak terupload. Anyway, nak tunjuk ada frame gambar tuh. Hubby suruh saya letak gambar kita orang kat atas meja, so, kira dah letaklah tuh, he he, gambar tu samar samar aja, sebab di tangkap waktu sunset...oh ye, frame tu sebenarnya adalah hadiah daripada ex boss saya waktu di Stat dulu.

Sorry lah kalau entry ni huru hara sikit, sebab saya pun memang rasa huru hara juga sikit..sedang cuba bernafas dan bertenang ni. Okay, good nite everyone!



Monday, February 27, 2012

Yang Baru Baru

Yeah, I would like to share some photos taken this morning of my new room/office. My room is located between my boss's room and my colleague Sham... 

My room is on the right. Bilik ni memang semuanya cermin, jadi, soal privacy jangan ditanya, memang tidak ada

inside...boxes were everywhere 

from the other angle, yeah, I have this big almari for storage and my room is facing the morning sun...tengok cahaya masuk melalui tingkap di belakang tu

The almari....

my table is rather small though. Tengok dekat cable yang serabot tuh...geram betul, tapi lepas tu saya kemaskan lah, semua letak ke belakang

the view, my room is facing KL Sentral. No more KLCC and KL Tower view for me. But I know my cactus would love this location

the new telephone which I do not know how to use yet

I finally managed to finish unpack by 12.00 o'clock...semoga bilik ini akan memberi semangat baru kepada saya, juga team saya, insya allah


New Office

The first day in new office, new room.

I was determined to go earlier to office today since I am not sure on the place yet and also the period of time taken walking from the parking place to my room. The new parking place is quite challenging with narrow turns, yucks. Anyway, I am thankful that I am driving my PESONA which is not so big. I can see scratches on the walls though, indicating that it was hit by quite a number of vehicles. I think it will be even cooler if I were to drive SX4 kan, tak besar sangat, pendek sikit, just nice...hiks...

Finding the parking place was not a problem, yeah, level 6, lot 14. After I parked my car, I took a lift which is not far from my parking lot. I reached office pretty early, but somehow I have left my punch card at home, damn!..sobarrrrrr

Once I reached my room, 5 of my boxes are there, and the other one is still missing. Insya allah, nanti jumpalah tu. aaamiiin.

Decided to go and buy breakfast first, than I started unpacking. Before lunch, semuanya sudah ready, alhamdulillah.

How do I feel? Somehow I feel not settled. Rasa macam di tempat orang....mungkin sebab emosi tak stabil kut, sebab tak boleh solat kan. Nanti okay lah tu.

I have taken photos, but my PC does not have bluetooth service, maybe I will upload it tonite. Ok, till next time, cheerio!

Sunday, February 26, 2012

Aktiviti Hari Ni : Ahad, 26 Feb 2012

Hari ni, basuh cadar la, basuh selimut la...lepas tu masak nasi goreng, bfast dengan hubby atas lantai sebab meja makan sudah tak de, hantar ke Baiduri...

Lepas makan, baca surat khabar, haaaa, tertidur la plak...he he.

Tapi hari ni kami memang tak de plan. Cuma, kami perlu pergi beli set meja makan baru lah...haaa...so, petang, dalam pukul 4 kita orang pergi ke SACC mall. Tengok tengok orang punya lah ramai, rupanya ada  anugerah artis popular punya roadshow...ramai artis datang.

Sampai sampai, ada Aznil, kami intai aja, lepas tu terus pergi MAC Y di tingkat 2. Kami memang sudah tengok sebelum ni sebenarnya, tengok design macam okay, tapi tak sure on the budget kan, so, we went back, done some calculation and came up with the decision lah... he he, mampu, jangan tak mampu.

So, kami pun orderlah, tapi delivery will only be done next Monday. While waiting for hubby finalising the order, I spotted this storage cum tempat duduk and decided to buy...isk...senang aja nak abis kan duit ni. Tapi kami memang memerlukan storage tu untuk mengelakkan kami letak barang berselerak.

Waktu hubby pergi hantar barang ke kereta, saya pergi tengok show di bawah, yup, ada Jacqueline Victor..hmmm, ada gambar :
putih la Jacqueline Victor ni, and the body is the very slim....lawa

Lepas tu ada sape ntah, tak kenai...tapi ada nampak Johan Juvana tu, ada Diana Danielle yang sangat lah cantik, ada Didie Alias juga, yang boleh tahan cantik...ada Fafau, tak la gemuk sangat dia tu, okay aja sebenarnya...

Lepas tu kami pergi Uncle K lagi..makan. Hubby ordered mee goreng mamak and teh panas, saya ordered bihun goreng dan air suam. Malangnya, hubby dapat teh o...ha ha, anak sedara saya Ari silap dengar, dia yang amik order...tak pe lah, sebab anak sedara yang amik order, kita kira okay je la.



Kami dua dua tak lunch, so, memang lah lapar, oleh sebab rasa tak kenyang, hubby order pulak roti bakar...


Ari kata semalam Neelofa ada datang makan kat sini, ha ha ha...mesti comel kan

waktu dalam perjalan ke Lift, kami nampak sape yeee....ala anak ND lala tuh...haaa, Shila Amzah...hmmmm, tinggi jugak. Waktu tu Zizan tengah buat show, tapi sebab Shuk belum solat Asar kita orang decided to balik ajalah dulu....

Itu ajalah untuk hari ni, rasa tak sabar nak tunggu meja sampai sebab sekarang ni, saya terpaksa meniarap untuk update blog... semoga meja baru kami tu sesuai dan tahan lama untuk kami gunakan, insya allah.

Saturday, February 25, 2012

Hari Sabtu, 25 Feb 2012

Selepas makan pagi tadi and update blog, we went to A E O N Bukit Tinggi. Tujuan ? : membakar kalori dari nasi lemak yang telah dimakan tadi.

Sebab tiada objektif khusus, kami pun pusing aja di JJ. Tengok kasut, lepas tu pergi cari tong sampah untuk bilik baru saya. Lepas tu cari towel rack, tapi tak jumpa yang berkenan. Cari gak benda lain...tapi tak beli apa apa pun.

Lepas tu, cari tempat lepak..cari yang tak ramai orang, akhirnya kami singgah Starbuck...tengok tengok, saya order hot choc dan hubby ordered latte..ha, penuh dengan kalori, tak pe lah, sekali sekala kan.

sebab ada gambar, saya nak letak juga gambar ye...

my hot choc, finger sandwich and shuk's latte

shuk tengok internet la tu.

on our way back, we stopped at Valencia and a few other furniture shops. We are looking for a new dining set now since ours was sent to Baiduri. Now we are without dining table/chairs and therefore meals  are taken on the floor lah....macam tak biasa kan...

Hmmm, that is my update for today!