Monday, December 24, 2018

Pijah's KK Trip, Kundasang dan Ranau

Assalamualaikum...yup, sambungan kepada cerita Pijah's KK Trip. 

Setelah balik daripada Karambunai pada hari sebelumnya, mereka siap boleh tengok wayang lagi pada malamnya, yup, mereka pergi menonton Munafik 2 di Suria Sabah kalau tidak silap. Pagi esoknya, apabila saya bangun untuk menyediakan makanan, sekali lagi budak-budak tu sudah bangun, tv pun sudah buka...salute lah budak-budak ni, berdisiplin, bangun awal (belum tengok depa buat perangai lagi kan).

Pagi itu saya masak nasi dan sambal ikan bilis. Kami makan dan sebab ada sedikit lebihan, saya tapau sebagai bekalan.

Haaa, gambar budak-budak tu lepak dengan Tok Chu, semua belum mandi lagi tu.

Yay, kami bertolak ke Kundasang pada jammmm...lupa lah saya jam berapa. Anyway, gambar ini di ambil untuk melaporkan kepada orang-orang di Semenanjung yang kami ada program ke Kundasang hari ini. Ada beberapa gambar yang telah di ambil, tapi ini lah yang terbaiknya. Yang lain tuuuu...goyang lah, saya tak lawa lah...ha ha ha.

Seperti biasa juga, kami akan singgah di Nabalu.

Snap lah gambar sikit. Pada waktu ini gunung memang tidak nampak langsung.

Lagi satu

Haaa...ini tempat wajib juga ni. 

Saya suka gambar yang ini, jadi saya nak letak juga.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dan singgah pula di Kinabalu Park. Kami singgah untuk tangkap gambar, juga menggunakan toilet sebab toilet di sini semenggah sikit, walau pun boleh terkejut bila terkena air yang sejuk macam ais tuh.

The boys

A family potrait.

Lagi satu, Allah belum lagi beri rezeki untuk saya nampak gunung Kinabalu daripada sini...

My Imran...he loved it here, Imran juga telah membuat saya confuse apabila dia tiba-tiba membuat statement "eiii, awan tu bergerak laju lah".

Masyaa allah. Imran boleh melihat awan. Pada siapa yang telah mengikuti blog ini sejak awal, anda pasti tahu yang Imran mengalami sedikit masalah penglihatan. Masalahnya, Imran masih baby dan dia belum boleh communicate untuk memberitahu tahap penglihatan beliau. 

Saya cuma perasan, Imran boleh melihat sesuatu yang berwarna cerah seperti putih. Walau bagaimanapun, Imran kurang boleh nampak sekiranya objek itu berwarna gelap, seperti gunung Kinabalu.

Saya ingat lagi di mana antara doa saya untuk Imran adalah semoga dia bisa untuk melihata gunung, lautan, awan. Saya bersyukur kerana walaupun tidak semua, tetapi Imran ada idea tentang dunia ini. Saya redha dengan perancangan Allah, semoga Irfan, Imran juga Iman, sentiasa di dalam peliharaan Allah. Aaamiin.

Ohhh...ada gambar tuan tanah di sini..mana boleh tiada langsung kan.

Kami meneruskan perjalanan ke Ranau. Kami ke Sungai Luanti, tempat ikan tagal tu. 

Sewaktu mula-mula sampai, budak-budak itu macam takut, juga geli-geli. Walau bagaimanapun, selepas mereka sudah warm up, mereka siap pergi kejar pula ikan-ikan tu, sehingga basah-basah seluar. Mereka juga marah apabila siren untuk menyuruh mereka keluar dari sungai kedengaran. Merungut masing-masing cakap masa tak cukup.

Tapi saya legaaa...kalau dibiarkan dalam air tu, mahu basah lencun pulak budak-budak tu, depa bukan peduli pun,

Haaa, gambar satu aja, yang lain banyak video...they had a good time here.

Kami teringin untuk singgah dan minum di gerai-gerai yang terletak di luar kawasan ikan tagal tu. Walau bagaimanapun, oleh kerana semua gerai penuh, kami telah membeli goreng pisang/cempedak di sini.

Haaa, pada waktu ini lah saya dengar Iman buat remark mengenai goreng cempedak yang dijual di situ. Iman kata "sedap Wan Chu punya lagi".

Ha ha ha ha... buat sendiri mestilah lagi sedap.

Setelah itu kami ke Pines Resort, tempat kami bermalam.

Selepas solat, kami makan...

Tak tahu lah, tapi nasi yang sedikit tu lah yang mereka rebut kan...sampai habis. Sampai sambal tumis ikan bilis tu habis dan tiada balance untuk makan malam. 

Yang penting happy kan

Malamnya kami makan malam.

Lepas tu kami sempat membeli belah di kedai runcit Pines Resort dan balik ke bilik masing-masing. Saya dengan suami memang terus lena lepas tu...memang pantang jumpa katil kan.

Esok pagi, saya bangun awal dan dengan berdebarnya mengintai ke luar untuk memastikan sama ada gunung Kinabalu kelihatan atau tidak...alhamdulillah nampak jelas.

Saya terus kejutkan Pijah...dia mesti nak mekap kut, nak tangkap gambo kan.

Saya keluar dulu...berjalan-jalan dan pastinya belum mandi lagi.

Selepas itu, Pijah, juga anak-anak sudah bangun dan bergambar

opppsss...kasi can lah kat kami selit gambar kami sikit kan

Mereka...I love this

The boys...semua belum mandi lagi...

Selepas itu kami pergi minum pagi

Tempat minum pagi sudah di tukar ke bawah. Nasib baik lah sewaktu kami membawa gang-gang orang tua dahulu, tempat makan masih di letakkan di atas dan tidak perlu naik/turun tangga.

Yeah, breakfast

Lepas tu depa pergi tangkap gambar lagi

Kami pulak, pergi melepak...

Tangkap gambar juga

Rasanya gambar ini ditangkap sewaktu Pijah sibuk packing barang. Saya lepak-lepak dengan budak-budak ini di luar.

Setelah bersiap, kami pun check out


Sebelum check out, tangkap satu gambar di depan chalet kami.

Kami meneruskan perjalanan ke....

Yay, Desa Dairy Farm

Bagi lembu/kambing makan. Alhamdulillah, lembu dan kambing ini separa kenyang dan masih boleh menerima rumput/susu yang diberikan.

Rasanya kami yang paling lama di sini sebab orang bertukar ganti, datang dan pergi, tapi kami masih di situ. Haaa, biar budak-budak tu puas kan.

Hah, bagi susu kat lembu tu. Saya suka dengan Imran punya remark "ish, lidah lembu tu keras la". Ha ha ha ha ha, bila tengok balik video tu, memang Imran ada terkena dengan lidah lembu tu.



Lepas tengok dan main dengan lembu, mesti lah pergi makan ais krim dan makan kan.


Budak-budak tu berselera betul. Semua benda yang dibeli habis. Yogurt, ais krim, jelly, nugget ayam tu, pizza...semua habis. Depa kenyang sampai tak nak ambil lunch dah. Alhamdulillah.

Sebab di dalam tu banyak lalat, kami pun keluar, tapi tengok-tengok tempat makan di luar tu sudah tiada. Duduk sini pun kejap sahaja sebab hujan turun.

Pergi pulak duduk sini. Tak kisah lah di manapun, yang pentingnya budak-budak tu happy makan. I dengan Shuk terkulat-kulat aja tengok depa berselera, ha ha ha, kami boleh lah minum susu, makan aiskrim, tapi tak lalu nak makan banyak-banyak dah...kami dah tua.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke KK. 

Singgah sekejap di Jambatan Tamparuli

Lepas itu, ke rumah terbalik. Tiada gambar pulak di sini.

Ais krim...

Selepas itu kami balik ke rumah. Saya sekali lagi menggoreng cempedak. Budak-budak tu suka makan.

Malamnya kami ke Perdana Park untuk melihat air pancut.

Kami di sini lama sebab budak-budak tu pergi main di playground pulak, sehingga ada yang cedera.

Oleh sebab sudah kenyang makan goreng cempedak pada petangnya, kami mengambil keputusan untuk lepak di Secret Recipe Perdana Park. Kami makan main-main aja. 

Budak-budak tu minum milo...depa kata sedap.

Selepas itu, kami balik.

(bersambung)




Sunday, December 23, 2018

Pijah's KK Trip, Arrival and Karambunai

Assalamalaikum.

Berpunca daripada kekangan masa, juga cabaran-cabaran lain, saya akan berkongsi satu cerita lama iaitu mengenai kedatangan anak saudara saya Pijah, serta keluarganya ke Sabah pada bulan September lalu. Mereka telah berada di bumi Sabah pada 9-15 September 2018.

Sebenarnya saya dan Pijah sudah merancang program ini lama, walau bagaimanapun, kerja merancang memang mudah, cuma kerja-kerja untuk memastikan apa yang dirancang dapat direalisasikan, itu yang lebih mencabar.

Akhirnya kami telah berjaya meletakkan tarikh (walaupun pada hari-hari terakhir saya terpaksa bekerja juga), membeli tiket, book villa/hotel dan setelah itu selesai, semuanya telah berjalan lancar...alhamdulillah.

Oleh kerana kedatangan mereka adalah pada waktu di mana pada 11 September ada cuti Awal Muharram dan 16 September pula adalah cuti hari Malaysia, kami di KK menghadapi sedikit cabaran di mana hotel/villa di mana kami merancang untuk tinggal, adalah penuh. Itinerary terpaksa di ubah mengikut kekosongan villa/hotel. Walau bagaimanapun, alhamdulillah, semuanya tetap berjalan lancar dan saya harap Pijah dan keluarganya telah mengalami pengalaman yang menggembirakan sepanjang mereka di Sabah.

Hokeh...mari kita mulakan cerita...


Gambar budak-budak tu di KLIA, mereka mesti excited untuk menaiki kapal terbang. Untuk makluman, Pijah ada tiga orang anak lelaki yang mana dua daripadanya adalah kembar.

Ahaaa, gambar mereka sampai yang di ambil oleh Acik Shuk. Flight ada sedikit delay, tapi kalau berdasarkan muka-muka ini, mereka ceria sahaja kan.

Saya menunggu di rumah sahaja pada waktu ini dan oleh kerana mereka sampai lewat malam, saya hanya menyediakan kari ayam/kentang yang dimakan dengan roti. Hanya Aznor yang makan, sementara yang lain sudah kenyang makan di dalam kapalterbang. Tak pe, makanan tersebut di simpan untuk sarapan pada esoknya.

Esok paginya, apabila saya bangun, saya dapati Irfan dan Iman sudah bangun dan main sambil menonton tv. Saya dapati juga yang mereka memang setiap pagi bangun awal...6.30 sudah turun, main dan tengok tv.

I could not remember what has happened but I did offer them breakfast and they end up having Milo and some biscuits.

But when this boy came down (Imran), he requested for bread and curry, ahaaa, after that the other boys requested for the same thing. Bagus juga, luak lah kari Wan Chu.

Program kami hari itu adalah ke Karambunai dan waktu untuk check in ke Borneo Beach Villa adalah jam 3.00 petang. Oleh kerana kami free pagi itu, saya telah membawa mereka pusing bandaraya KK dan lepak-lepak di tepi laut.

Kami ke KK Water Front, and it was hot. I stayed in the car, yup, it was not easy to find a parking space here


Family photo


Ahaa, gambar ini I skodeng dari dalam kereta.

Tengaharinya, selepas solat zohor, kami telah memulakan perjalanan ke Karambunai. Oh ye, kami ada sewa Avanza, jadi selesa lah sedikit perjalanan kami.

Kami singgah dahulu di sini untuk makan seafood.

Ahaaa, ini gambar kami memilih menu untuk di makan

Menunya adalah, ikan masak nyonya, udang goreng butter dan ketam goreng tepung (soft shell crab). Sesi makan tengah hari ini sangat best sebab budak-budak tu makan banyak dengan berseleranya. Mungkin mereka sangat lapar...hiks. Tetapi semuanya licin, alhamdulillah.

Saya ada bertanya dengan Irfan, anak sulung Pijah mengenai menu kegemarannya. He was not sure dan macam menjawab udang goreng butter tu, sebab dia memang suka udang.

Tapi, bila saya tanya Imran menu mana yang paling dia suka, dengan tegasnya dia menjawab "ketam". Ha ha ha, dia ni berani.

Ahaaa....gambar kami makan.

Lepas makan, boleh tidur pula yang seorang ini...ini Iman.


Kami meneruskan perjalanan dan apabila sampai di Borneo Beach Villa kami dapati ada banyak kereta dan kami terpaksa beratur panjang. Proses untuk check in pun kami terpaksa beratur panjang. Tetapi bila sampai saja di chalet...


haaaa....bestnya kan...kami punya bungalow di kelilingi kolam-kolam kecil ini. Selepas solat asar, kami telah ke pantai...


Saya suka gambar ini...cantik


Juga gambar ini. Saya suka pantai Karambunai sebab tidak ramai orang...maybe saya perlu re-visit tempat ini sebelum balik ke Semenanjung.

Kami mandi laut, tetapi Imran lebih suka main pasir. Dia tidak selesa sebab ombak memang kuat pada petang itu.


Kami main ini, tapi tiba-tiba Tok Chu usik Imran...habisssss


Gambar gedik kami..kami pulak yang berlebih-lebihnya mandi laut


Ada satu lagiiii....kasi canlah tuan tanah letak gambar kan


Kami tunggu sunset....

Yup...sunsetnya cantik, rezeki Pijah dan anak-anak


Malamnya adalah sesi makan maggi. Selepas makan maggi, Pijah pergi ke cafe hotel dan ada some negative remarks on the food served. Hiksss....kat Sabah memang kadang-kadang ada isu sikit dengan rasa makanan ye...

Pagi esoknya kami breakfast di cafe hotel


Selalunya kami akan bermalam di villa sebelah yang tidak menyediakan breakfast, tapi rezeki Pijah dengan Aznor lah sebab di sini ada disediakan breakfast. Boleh tahan juga breakfastnya.

The boys...they love their cereal

Balik breakfast, mereka sambung mandi kolam

Yay...

Selepas itu kami bersiap untuk check out

Bergambar sebelum check out


Satu lagi di luar villa


Kami singgah makan sup ikan di Siti Selera, malangnya budak-budak tu sudah kenyang dan tidak begitu berselera.

Balik daripada Karambunai, kami singgah untuk membeli buah cempedak. Petangnya saya goreng cempedak and that is what we had for dinner, nothing more.

Pijah, Aznor dan anak-anak telah keluar tengok wayang pada malam itu...

"bersambung"








Friday, December 7, 2018

7 December 2018

Assalamualaikum.

Hari ini hari Jumaat, 7 Disember 2018, jam 12.25 tengahari dan kami sedang berehat di hari Jumaat.

Saya duduk saja di ofis, membuat sedikit kerja juga buat sedikit latihan sebab saya perlu buat briefing esok. Saya ni nama aja sudah bekerja lebih 20 tahun, tapi bila hendak buat briefing tu, masih ketaq lutut, haihhh. 

Saya rasa suami saya pun tidak suka sekiranya saya perlu membuat presentation sebab dia pun akan terkena tempias stress saya, ha ha ha. Semalam, apabila saya bagi tahu yang saya mungkin kena buat presentation pada 17 Disember dia jawab kuat-kuat dan panjang.."kenapaaaaa?". Hah, memang bermotivasi saya bila mendengar response yang sebegitu.

Saya tengok kawan-kawan yang kerja cikgu/pensyarah, memang kalau suruh bercakap tu, keluar sahaja ayat-ayat seperti air. Saya ni, haaa, menulis pun tak pandai, present paper pun penakut, haa, di manakah kepakaran saya ni? I cannot have this doubt at this age kan?

Apa-apa pun, hidup perlu diteruskan...

Buat pengetahuan semua, kabinet baru kerajaan telah membariskan Menteri untuk M I T I  adalah seorang yang berasal daripada Sabah. Pemilihan ini telah menyebabkan minat para pelabur untuk meletakkan perniagaan mereka di Sabah meningkat dan ini juga bermakna jumlah kerja kami bertambah.

Kerja di ofis menjadi banyak dan tidak berhenti, lawatan juga banyak dan tidak kira hari/waktu. Mungkin Allah ingin permudahkan proses saya balik ke KL kut, bagi saya tidak sedih sangat. Ye lah, bila stress kan, rasa mahu lari aku ke Semenanjung baaah.

Bucket list kami masih panjang. Masalah masa, duit, cuaca yang tidak sesuai, kerja yang banyak dll mungkin akan menghadkan pencapaian kami, yup, we may not be able to fulfill all our wishes. Tak pe lah, kira bukan rezeki lah kalau tidak dapat kan.

Ok lah people, saya mahu solat, cari makanan sikit dan lepas tu sambung kerja. Happy weekend!


Monday, November 26, 2018

Warming Up Post

Assalamualaikum.

Lamanya saya tidak update blog ini. Lamanya juga saya tidak datang dan tengok blog ini...siapa yang lebih sedih ni, saya ke, atau blog ini? Nampak gayanya, target untuk tahun ini tidak akan tercapai.

Kenapa saya tidak update? Saya rasa ada 2 sebab yang nyata iaitu memang saya sibut dan kedua adalah keadaan laptop di rumah yang tidak menyokong saya untuk update blog secara santai di depan tv. Nak harap saya duduk di meja dan update blog memang tidak akan berlakulah.

Tapi saya akan cuba update sedikit hari ini, demi untuk memanaskan sedikit keadaan. Semoga impian ini akan tercapai kerana kerja pun melambak-lambak juga.

Untuk pengetahuan semua, saya baru balik daripada Semenanjung semalam (25 November 2018) dan tujuan saya balik adalah untuk melawat kakak saya yang sakit dan perlu menjalani pembedahan.

Sepatutnya saya sudah lama balik untuk bercuti, walau bagaimanapun, setiap perancangan yang dilakukan telah gagal sehingga cuti untuk raya haji pun saya tidak dapat balik. Tangguh punya tangguh, pada 18 November (malam) saya telah menerima berita yang kakak saya tidak sihat, dan pada hari Jumaat, saya dan suami terus mengambil keputusan untuk balik.

Balik lah kami, dengan hati yang berbaur, pergi melihat keadaan kakcik dan pulang dengan penuh harapan dan doa.  Kakcik saya telah selamat menjalani pembedahan pada 23 November (Jumaat) dan doa saya semoga kakcik cepat sembuh dan pulih seperti biasa, insyaa allah, aamiin.

Kami juga mengambil kesempatan untuk melawat MIL di Kulim, serta sempat juga singgah di Design Village untuk membuat sedikit investment demi kehidupan yang lebih ceria (alagasan). 

Kami juga banyak makan sehingga saya sangat risau dengan keadaan itu. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana bisa saya mengawal my food intake apabila saya kembali ke Semenanjung. Semoga Allah pelihara saya, aamiin.

Saya juga balik ke Chemor, melawat emak saya. Kami ke Ipoh, melawat keluarga kakak serta kakak ipar saya.

Saya sepatutnya kena update mengenai kedatangan anak saudara saya Fizah dan keluarga nya ke KK pada bulan September lepas, walau bagaimanapun, oleh kerana banyak gambar dan kerja-kerja untuk manage/transfer gambar adalah remeh, ...soooo...tangguh punya tangguh, langsung sampai bulan November pun belum selesai.

Saya tetap akan cuba selesaikan apa yang patut sebab saya mahu perkara itu di simpan di sini, untuk rujukan saya di masa hadapan, insyaa allah.

Selepas ini, saya mungkin akan mula untuk membuat "countdown". Yup, sudah hampir 4 tahun saya di KK dan masa saya di sini memang hampir tamat. I will start doing so soon.

Ok people, I guess this is good enough. Back to work..