Tuesday, January 5, 2016

5 January 2016 : Random dan Gegar Vaganza

Assalamualaikum.

5 Januari, 2016. Hari ke 2 bekerja di dalam tahun 2016 ni. Hari ini rasa semangat lah sikit sebab laporan yang sedang cuba saya sediakan, sudah ada rupa sedikit, tidak lah rasa stress sangat. 

So, hari ini saya sedang menunggu sedikit lagi input untuk menyempurnakan laporan saya sebelum di hantar ke KL. Semoga boss kat sana okay saja dengan format yang saya gunakan itu, insyaa allah.

And how's the weather at your place? Di KK ni, panas sungguh atau pun paneh bebeno orang Perak kate. Saya, bila buat kerja rumah, memang akan berpeluh-peluh, in fact, bila bersiap mahu keluar rumah, waktu sibuk-sibuk cari kunci, cari handphone tu, and by the time saya ada di dalam kereta, muka saya dah berlemoih balik, menitik-nitik poloh den.

Dan rumah kami tu, kalau mahu tidur di bilik atas, memang perlu pasang aircond sebab kalau tidak, mungkin susah sikit waktu nak tidur, tapi bila dah lenaaaa, mungkin sudah tidak ada masalah, maklumlah, memang suka tidur.

Tapi semalam, sewaktu saya macam rimas sebab mata tak mahu jugak lena, tiba-tiba saya teringat, at least saya mampu lagi pakai aircond waktu nak tidur...teringat pada post seorang cikgu mengenai ada beberapa orang bapa/ibu yang menghadapi masalah untuk membayar yuran sekolah anak-anak mereka kerana sudah kehilangangan kerja/VSS. Teringat pulak dengan instagram post anak Che Ta...sedih. 

Mungkin Pusat Zakat boleh bekerjasama dengan sekolah/cikgu di mana, sekiranya ada cerita yang sebegini, salurkan informasi kepada Pusat Zakat dan bagi bantuan terus. Pusat Zakat ni kena buat outreach program lebih sikit lah, mereka kena lebih berusaha untuk mengagihkan dana yang mereka ada, bukan ke the more you give than the more you get...hiks, macam lah ada pegawai Pusat Zakat yang baca blog saya ni. 

Bagi mereka yang baru kehilangan kerja tu, semoga dikurniakan kesabaran  tapi insyaa allah, nanti allah akan berikan rezeki yang lebih baik. Kita doa yang baik-baik.

Oohhh...saya sudah forward laporan saya ke HQ...tunggu response, semoga diterima, aamiin.

Hari Ahad baru ni, 3 Januari 2016, akhirnya saya telah dapat menonton final Gegar Vaganza setelah gagal menonton rancangan tersebut pada 12 December 2015 kerana saya terpaksa ke Sandakan sebab ada kerja.

Haaaa....sebagai persediaan, saya siap minum kopi tenom bagi memastikan mata saya boleh maintain terbuka. Well, as a result saya berjaya maintain mata terbuka dan menonton rancangan itu sehingga tamat.

Bagi saya apa yang paling menarik dalam episod akhir Gegar Vaganza adalah Dato' Seri Vida sendiri, kelakar giler dia tu. Tapi, bila tv tunjuk dia sama-sama enjoy persembahan, saya tutup mata, saya simply tidak boleh tengok...tak sanggup. 

Persembahan keseluruhan pula, boleh laaa, saya suka persembahan Nasser Wahab yang solo tu sebab saya suka lagu itu. Persembahan Nana pulakkk...hebat lah kut, tapi sebab saya memang tidak berapa gemar lagu-lagu Ziana Zain yang pitch tinggi melampau, sooo, saya tidaklah menikmati sangat. Saya lebih suka waktu Nana menyampaikan lagu Nicky Astria, Mengapa.

Saya selalunya suka dengan Faradhiya, tapi malam itu saya rasa waktu menyanyi solo, dia biasa aja, tapi waktu duet tu, no doubt she did better.

Ada isu tak Nana menang? Tak de isu, saya tak kisah pun. Tapi saya nak Izzat menang sebab saya rasa dia memerlukan exposure yang lebih untuk buat comeback.

Tapi yang pastinya, saya boleh aja terima joke dari Nabil, Jihan, Dato' Ram dll....terhiburrr

Ehhh...panjangnya saya tulis. Okaylah...di sini dulu ye...

Monday, January 4, 2016

Irfan Sudah Darjah Satu

Assalamualaikum.

Lamanya saya tak update blog ni. Ada beberapa cerita tahun lepas yang saya belum tulis lagi, tapi tak pe lah, saya tulis cerita hari ini dulu, yup 4 Januari 2016, hari pertama bekerja untuk tahun 2016.

Malas sungguh nak bekerja hari ini, if only I could just stay home and tidurrrr. Tapi, hari ini juga adalah hari bersejarah kerana my eldest cucu masuk darjah 1. I would like to capture this date khas untuk Irfan..

Irfan di kantin, hari ini, mama sediakan bekal...

with his best friend, they attended the same kindergarten before


in class

dapat cikgu lelaki, Irfan teringin nak dapat cikgu lelaki

waktu beratur



adik-adik Irfan yang turut memeriahkan keadaan.

Dah besar dah Irfan, Saya bila tengok gambar dia masuk sekolah ni, rasa macammmmm....tak tau lah rasa macam apa tapi cikbib doakan semoga Irfan sentiasa di dalam keredhaan Allah. Semoga dipermudahkan semua urusan Irfan di dunia serta akhirat, nanti bila sudah besar, Irfan jaga mama/papa okay...aamiin

Sunday, December 20, 2015

Assalamualaikum

I am writing using my iPad because I am now at The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang for our short gate away at our hometown.

This morning, Since we are still under KK's timing, we can't help from waking up at 5.00 am..... Even though we did have the intention to wake up a little bit late.

So, we woke up, went for breakfast where we spent almost one and a half hour. Not that we eat so much, but we managed to talk and simply enjoying ourselves.

And now...we are back in our room, with our gadgets...huh.

It is actually nice to be able to stay at quite  nice hotel and have all the time for yourselves without having to worry on the next programme. Ahhh....I just want to sleep and relax after this. We will be going back to Shah Alam this afternoon.

Ok ...see you all later alligator...





Friday, December 18, 2015

Balik Kampung Malam ni

Assalamualaikum.

Malam ini saya akan balik Semenanjung. Saya akan bercuti sehingga 29 hb Disember.

Sebelum bercuti ni, sepatutnya saya kena sediakan satu laporan, tapi otak saya tidak berjalan, kepala pun agak pusing sebab masih demam dan batuk, jadinya, saya hanya akan buat laporan itu sekembalinya saya daripada cuti nanti. Insyaa allah, semoga dipermudahkan.

Saya memang tidak boleh berfikir untuk membuat laporan, tapi otak tetap cergas untuk berfikir tentang kerja lain. Tentang bayaran yang perlu di buat, tentang follow up yang officers kena buat, tentang feedback yang mereka kena sediakan, etcs...yup....saya sahaja yang cuti, tapi ofis tetap perlu terus berjalan.

Hujan pulak, turun dengan lebatnya sekarang ni. Schedule kapal terbang kami pulak, telah dilewatkan daripada jam 9 ke jam 10 malam. Kami menjangkakan yang kami hanya akan sampai di rumah (Shah Alam) dalam jam 2.00 pagi.

Dannn...esok paginya kami perlu ke Bukit Mertajam, sebab ada kenduri. Semoga kami kuat...aamiin.

Ok...stop dulu ye. Kalau sempat, sebab saya bawa balik I-pad, saya akan update blog ini sewaktu di Semenanjung...chow dulu

Tuesday, December 15, 2015

Selepas semuanya Selesai

Assalamualaikum

Lamanya saya tak update blog ni...

Hari ini pulak, saya kurang sihat. Suami pun kurang sihat...

Saya sibuk sikit baru-baru ni, preparation untuk seminar. the seminar day itself and right after that ada programme dengan family member yang datang bercuti di KK and right after that I have another programme in Sandakan.

As a result of that, maybe due to lack of rest, langsung la demam sikit.

Saya dapat rasa yang badan saya ni panas dan tekak jadi sekit kering. Saya minum banyak air dan cuba berehat lebih.

Ok lah...nanti saya bercerita lagi ye you alllsss...

Wednesday, December 2, 2015

2 December 2015

Assalamualaikum.

Hari ini saya menerima lawatan daripada HQ lagi, recce untuk program 9 Disember 2015.

Kami pergi hotel, tengok lokasi dan berbincang. Panjang perbincangannya. Saya hanya balik ke rumah selepas Maghrib.

Sampai di rumah, sebagai seorang isteri yang solehah, saya telah masak untuk suami saya. Hikkksss...teka masak apa...masak sardin laaaa....ekekekeek.

Lepas tu, saya mandi, solat dan sekarang ni, lepak tengok tv.

Badan saya masih panas, saya masih demam. Tak pe, pelan-pelan, nanti sihat lah tu.

Ehh, hari Ahad baru-baru ini, ada peristiwa berdarah berlaku. Yup, sewaktu mengemas dapur, entah macam mana pisau telah terjatuh dan mencucuk kaki saya. Uiksss....banyak juga darahnya walaupun lukanya sikit sahaja. Alhamdulillah ada Tokbomo, maklumlah, being Tokbomo, dia tiup-tiup aja sikit, terus sembuh...hahahaahah.....nampak beno menipunya.

Luka itu masih ada sehingga sekarang sebenarnya. Saya pergi kerja pun tak pakai covered shoes sebab sekali tu, bila saya pakai, luka itu berdarah semula.

Dan, saya telah beli baju baru juga pada hari Ahad tu...warna merah lagi. Saya kat KK ni selalu kena attend dinner, tapi saya buat selamba aja pakai baju yang sama selama ni. Jadiii...boleh lah saya pakai baju merah ni juga untuk tambah collection...

nak letak gambo juga,,



ok people...nanti saya tulis lagi ye...bubaiiiii




Tuesday, December 1, 2015

Demam dan Teh O Panas

Assalamualaikum.

Hari ini, 1 Disember 2015, genap 8 bulan kami di KK. Alhamdulillah, banyak perkara yang baik telah berlaku dan saya berdoa semoga keadaan pada masa hadapan akan bertambah baik. Aamiin.

Semalam, sebaik bangun dari tidur, suami saya memberitahu bahawa Yus Jambu telah kembali ke rahmatullah. Sedih saya...alfatihah.

Hari ini pula, Siti Nurhaliza telah memaklumkan bahawa dia telah keguguran. Begitulah perancangan Allah, insyaa allah ada rezeki di lain masa.

Semalam juga, saya merasa yang tekak saya agak sakit...

Hari ini pula, badan saya panas sikit, saya demam. Pastinya ini adalah cabaran daripada Allah kerana sesungguhnya saya memang mengharapkan kesihatan yang baik untuk menghadapi seminar pada 9 Disember nanti. Tapi ye lah, perancangan Allah adalah yang terbaik, maka saya kena redha dan tabah.

Sekarang ini, sudah jam 7.51 malam. Saya sudah dinner, solat isyak dan makan ubat. Sekarang, saya berhasrat untuk tidur/berehat dan semoga esok, saya akan bangun dalam keadaan yang sihat. Aamiin.

Oleh kerana tekak saya sedikit perit, saya telah buat Teh O (Teh Sabah bah) panas satu kole (lebih kurang 2 cawan lebih). Sedapnya minum kopi O....rasa lega tekak, alhamdulillah.

Okaylah people, stay positive dan jangan lupa senyum....