Friday, May 22, 2015

52 Hari di Sabah

Assalamualaikum.

ooo...saya sibuk bah..haaa, cakap Sabah la kononnya. Saya ni, belajar kat Penang + Kedah 4 tahun, tapi masih gagal untuk bercakap loghat Utara accordingly. Kawan baik saya orang Kelantan dan kami berkawan sangat lama dan kami suka cakap dialect Kelantan...tapi saya tahu saya gagal bercakap seperti yang sepatutnya. Jadi nya, I give up dan malas nak mencuba sangat. Saya cakap macam orang Chemor ajalah...

But really, I am a little bit busy now dan ianya akan berpanjangan sehingga hari-hari sebelum puasa nanti. Ada event besar hari Isnin dan Selasa minggu depan (25 & 56 Mei)...doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan semua urusan saya dan team saya, aamiin. 

Selepas itu pulak, lepas satu-satu team datang dari HQ. But on the positive side, kenalah bersyukur sebab ada program berjalan. Tapi kuranglah kesempatan kami untuk create our own programme...which is okayyy actually.

Dan sekarang juga, saya rasa perut saya pedih sikit. Tak pasti kenapa...tapi saya rasa kurang selesa. Ergghh.

Sekarang ni juga, ada 4 orang anak dara yang menumpang di rumah saya, ekekeke. Anak sedara saya dengan kawan-kawan saya datang bercuti di Sabah dan menjadikan rumah saya sebagai homestay mereka. Saya bagi aja tilam/lembek/bantal....ekekeke

Ok lah, itu dulu...bubaiii




Wednesday, May 20, 2015

Baju

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak cakap fasal baju sebab saya dapati, bila saya baca blog orang lain, mereka adalah sangat concern dengan baju yang mereka pakai, especially bila gambar mereka masuk blog. Adalah pantang untuk sesetengah blogger tu, di lihat memakai baju yang sama untuk event yang berlainan. Dan, untuk memenuhi hasrat itu, mereka perlu lah ada banyak baju.

You alls ada banyak baju tak? And how banyak is actually banyak? 

Saya sekarang ni rasa baju saya dah cukup banyak sebab kalau saya compare dengan diri saya yang dulu, haaa, lagi lah ciput baju yang saya ada. Tapiii, baju yang banyak tu, baju kurung ajalah kut, baju untuk pergi kerja kan. Banyak-banyak pun, tak lah sampai boleh rotate tak pakai baju yang sama untuk sebulan...tapi dalam 2 minggu - 2 minggu lebih sikit tu...boleh lah. Itu pun, ada setengah baju tu, saya lebih suka pakai, dan ada juga baju yang saya tidak berapa suka pakai.

Tapi baju casual, untuk lepak, memang tak banyak. Adalah 5 -6 helai kut dan baju-baju itu lah yang saya pusing-pusing. It is not a problem for me though sebab kalau baju banyak sangat pun, kadang-kadang susah nak maintain. Saya ni tak suka bila berselerak, tapi pada masa yang sama, saya malas nak mengemas, jadi, saya pastikan jumlah baju yang saya ada is within my control and easy to maintain.

Tapi sekarang ni, ramai pulak orang dtg Sabah yang saya kena entertain waktu malam...so, I may need to buy some new blouses lah. Tapi tengok juga visitor yang macam mana, kalau setakat kawan-kawan biasa tu, saya pakai balik la baju yang 5 helai yang saya ada tuhh, he he he, malasss nak fikir.

Dan saya juga jenis tak kisah. Misalnya, kalau lepas pergi makan kenduri, saya boleh aja pakai baju kurung tu untuk balik ke kg, but provided, baju kurung yang saya pakai tu adalah daripada jenis kain yang selesa lah...jangan yang elaborate sangat sampai berlabuci tu.

Tapi kat KK ni saya belum tahu lagi nak beli baju kat mana...mungkin kena tunggu balik Semenanjung juga dulu baru boleh beli baju kut...hiks.

Okaylah...sekadar mengisi masa lapang aja ni...di sini dulu you alls


Tuesday, May 19, 2015

Assalamualaikum

Hari ini hari Selasa, 19 Mei 2015.

Pagi tadi, saya bawa bekal roti berintikan sardin untuk sarapan pagi. Tokbomo hantar saya dan kami makan bersama (perkara ini akan berlaku kalu kami tak kelahi ye, kalu kami "not in a good term" kalu, haaaa, kadang-kadang dia hantar dan terus balik rumah, atau dia tak hanto langsung pun ada).

Kalau di KL, kami sudah cukup gembira sekiranya ada peluang untuk Tokbomo hantar pergi ofis dan dapat bersarapan bersama. Peluang itu pun hanya kami dapat sekali sekala sahaja . Tapi di sini, kami sempat breakfast, baca surat khabar...hmmm....blissful. Tapi ada la jugak masalah lain iaitu makanan yang dijual adalah terhad and due to that, I prefer to sediakan bekal, dan bawa dari rumah.

Tapi kalu nak bawa bekal, kenalah rajin sikit kan. Kami di sini selalunya bangun untuk solat subuh dalam jam 5.30 pagi. Selepas solat Subuh tu, haaa, kalu rajin kalu, boleh la terus ke dapur, tapi kalu malas kalu, menuju ke katil balik laaaa.

Untuk memudahkan kerja, cuba buat preparation lah pada malamnya supaya pagi kerja yang perlu di buat adalah minimal. Macam kalu nak buat nasi goreng ke apa, semua perencah ke apa, sudah di siapkan pada malam sebelumnya so that pagi tu, kita terus masak aja. Masak ni selalunya kejap aja, yang lamanya adalah preparation of the bahan2.

Tapi kalau buat roti bakar yang simple pun boleh aja. Ataupun saya sediakan kuih pau segera tu la kan, senanggg sangat.

Oklah...di sini dulu...


Monday, May 18, 2015

Bila Tiada Benda Nak di Ceritakan

Hmm...jom gossip. Saya tak pegi mana-mana weekend ni, so, no story to tell lah, nak masukkan gambar makanan, tak boleh pulak sekarang ni, jadi, mari kita gossip.

1) Saya tumpang gembira bila bila Diana rafar rujuk kembali dengan suami dia. Baca berita tu betul betul "made my day" lah, buat saya senyum lama lama. Mesti hebat kan kalau dah pernah bercerai, boleh baik semula macam itu. Saya rasa, perasaan kasih tu mesti lebih. Moga perkahwinan mereka akan kekal bahagia selepas ini, insyaa allah.

2) Cerita Lana Noordin tu kahwin...yang itu pun, saya doakan kebahagian mereka dunia dan akhirat...

3) Rita Rudaini...saya penat baca cerita dia ni. I am not evaluating who is wrong or who is right, tapi saya cuma rasa yang kalau saya di tempat Rita, saya just let go and move on. Saya rasa saya akan maafkan aja suami saya, jaga anak-anak dan be happy. Saya yang follow cerita dia sikit-sikit pun rasa penat, dan saya tidak dapat bayangkan bagaimana dia perlu mengharung cabaran tersebut begitu lama. Saya doakan Allah permudahkan semua urusan Rita dan anak-anak nya, di dunia dan akhirat.

4) Saya tengok gambo Che Ta attend wedding pengarah drama bersiri "Cinta Ibadah". Dia pakai baju hitam...punye la lawa

5) Ehh, Zamani dah gemuk sikit sekarang ni...handsome sikit dia. Hee...ada kawan saya sewaktu saya belajar dulu, minat bangat dengan si Zamani nih. Saya pulak, tak pernah minat pun, tapi again, mari kita doakan semoga dia kuat untuk menghadapi hidup yang mencabar ini, semoga dia berbahagia dunia dan akhirat.

6) Pelarian Rohingya adalah satu perkara yang saya sangat sedih nak baca. Amat mencabar kehidupan yang dikurniakan Allah kepada mereka dan saya juga merasakan yang amat kejam nya orang-orang Myanmar tuh. Bila dalam keadaan helpless macam ni, kita kembalilah kepada Allah. Pasti ada sebab kenapa Allah jadikan perkara ini. Mesti ada pengajaran yang Allah nak suruh kita ambil/belajar. Salah satunya adalah, betapa mudahnya kita untuk mempraktiskan Islam di negara kita ni, nak solat senang, nak puasa senang, tak de orang yang nak halang kita. Tapiii, kita masih lalai. Doa saya, semoga di kurniakan kepada mereka kekuatan, kesabaran juga keselamatan. Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka, peliharalah mereka.

7) Pagi tadi, sewaktu di dalam perjalanan ke ofis, kami telah terserempak dengan seorang ibu yang sedang berjalan untuk menghantar dua orang anak-anaknya ke tadika. Di Sabah, berjalan kaki ke satu-satu tempat adalah masih perkara biasa, walaupun  di dalam kepanasan tengahari. Saya sebenarnya, rasa teringin nak berhenti, dan offer them a ride, tapi berlawanan arah pulak la kan. Tapi, saya cuba jadi positif lah, walking in the morning kan healthy. Semoga Allah pelihara mereka dan juga sentiasa memberi mereka hidayah.

Okkk...sebelum saya sendiri boring, saya stop dulu ye. Bubaiiiii

Friday, May 15, 2015

Jom Positif

Assalamualaikum!

Sekarang ni, saya tengah menahan sakit perut nak ke toilet tapi toilet penuh, moga dapat bertahan.

Hari Jumaat...dan esok cuti. Semoga ada aktiviti esok, insyaa allah.

Saya ada terbaca tentang ayah seorang blogger ni (Peej) telah kena stroke untuk kali ke 3 dan masih di hospital. Hmm, walaupun hanya melalui blog, tapi saya rasa macam cukup kenal aja dengan ayah blogger ni. Doa saya semoga ayahanda beliau cepat sembuh, serta dipermudahkan semua urusan Peej dan keluarga, insyaa allah.

Dan semalam, cerita yang menjadi perbincangan hebat di facebook  iaitu "Hati Seorang Perempuan" telah tamat dengan penuh dramatiknya...ekekekeek. Semoga realiti di dunia ini, tidak banyaklah orang yang berperangai sama seperti mereka di dalam cerita "Hati Seorang Perempuan" tu, sebab if not, bosannya lah dunia, sebosan cerita itu.

Tapi orang perempuan memang kadang-kadang suka merajuk tak kena tempat kan? Saya pun macam tu jugak. Walau pun merajuk tak kena tempat, tetap juga teringin untuk dipujuk kan? Dan bila rasa tidak di pedulikan, rasalah sikit-sikit kecik hati kan? Tapi kecik hati pun tak de pekdahnye kan? Orang mana tahu hati kita kecik. Jadikkk...sebagai orang yang macho, muntahkan saja kemarahan itu...yay...

Hmmm...semangak-semangak...hiks.

Ohh, saya nak cerita satu perkara ni sebenarnya. Sepanjang saya pindah ke office Sabah ni, saya sentiasa ada problem dengan pc saya. Mula-mula lembap, lepas tu lembap lagi, sekali semalam, langsung tak connect dengan internet. Bila jadi macam tu kan, saya terus teringat satu perkara, agaknya saya ni negatif sangat kut. Saya kan asyik kata sistem lembap la, wifi lembap la, nak buka email lembap la, nak buka attachment lagilaa lembap, nak archive email lagilaaaa lembap...haaaa, asyik itu aja dalam kepala.

Dann, apa yang dalam hati/kepala tu kan boleh jadi doa...langsung saya terfikir yang mungkin saya ni negatif sangat kut, tu yang pc saya memang jadi betul-betul lembap...haih.

Anyway, kadang-kadang kita lupa dan perlu di peringatkan, betul tak? So, saya akan cuba berfikir dengan lebih positif lepas ni.

Macam hubungan suami isteri juga, apa apa masalah, kalau ada salah dan silap pun, communication tu penting. Problem tak kan selesai kalau kita diam dan tidak berusaha.

Okay...jom positive...have a nice weekend guys













Thursday, May 14, 2015

Nothing Much!

Assalamualaikum.

Apa khabar semua orang? Saya sibuk sikit sekarang ni dan mood pun kurang baik and as a result of that, there was no update in this blog la kan.

I am now feeling a little bit tired now because I have just made so many calls to so many people. Unfortunately, many of those I called were not at their place and due to that, I cannot solve this one issue that I am having. So..let's take a break.

And I kept on humming this song "Rindu Bertandang Lagi" by Hattan. I am not sure the reason why but yeah, even though I am not Hattan's fan, but I do love few of his songs.

And lagi? Well, life goes on the same. Kerja bertambah banyak dan bertambah mencabar. Paling mencabar adalah part kena menambah ilmu dan jadi orang pandai sebab you are the leader kan, jadi, kalau apa-apa jadi pun, you lah yang kena tanggung. Hmmm...semoga allah pelihara saya, insyaa allah.

Saya puasa ganti semalam dan hari sebelum semalam juga, alhamdulillah. Sebenarnya saya risau juga kalau tak sempat pulak nak ganti puasa ni. Semoga Allah permudahkanlah...

Dan sekarang, saya rasa saya nak cuba masak kuih pau la, he he he. Bukan apa, sekarang ni, kita orang dah bosan betul dengan makanan yang dijual di cafe-cafe kat ofis ni, jadinya, kita orang pun, bawak la bekal. Antara bekal yang kami bawa adalah kuih pau inti kelapa yang segera tu. Senang sangat la nak sediakan kuih pau tu, buka aja bungkusan, dan kukus. Haih.

Tapi teringin pulak nak masak sendiri. Saya cari lah resepi yang paling mudah, iaitu resepi yang hanya guna mauripan sebab kalau ada yis, saya tak tahu pulak nak beli yis di mana. Lagi satu, ukuran kenalah guna sudu dan cawan saja sebab rumah saya tidak ada penimbang ye. Ada lah jumpa satu resepi ni, tapi belum lah lagi cuba....kome rasa saya akan berjaya buat pau ke? Ha ha ha...saya pun having doubt juga atas kerajinan saya untuk mencuba ni.

Ok lah...itu sahajalah dulu...kalu ada mood kalu, saya update lagi...

Sunday, May 10, 2015

Hari ke 40 di KK

It's Sunday nite, 10.05 pm. For Sabahans, it's already very late, and yeah, I am almost ready to retire, especially because I'll be working tomorrow.

And if many of you were hoping that there will be an update on my visit to Kundasang this time around, I am afraid I have to disappoint you. Yup, the weekend was spent at home, cleaned the house, cooked, tdoq, watched tv etcs. Maybe that is how I am going to spend my whole weekends during my tenure here...mode disappointed ni.

But I did manage to cook curry last Monday. I was supposed to make some cucur ikan bilis that nite, but decided to cook curry instead and believe it or not, hubby approved and gave good comment. I was happy or should I say, thankful and also surprised. Hubby even asked whether I memorized the recipe used. Apa pulak recipe, itu lah caranya saya masak kari selama ni, tapi the final taste tidak harmoni rasanya, itu sebab kari saya kurang menjadi...he he he.

One fact about KK is it is quite hard to find kuih muih melayu to the extend that I decided to learn to cook some of it. I wanted to make kuih tepung talam. But last Friday, I have discovered this one shop at Plaza Merdeka that sell kuih muih Melayu yang cantik dan sedap. Hiksss, I can put my plan to learn to cook kuih muih Melayu on hold then...

And lagi?...the weather is very hot nowadays....berpeluh peluh kita orang...

Hmmm...oklah you alls...saya dah nak tidur ni...jumpa lagi di lain masa...have a productive week ahead.