Friday, July 7, 2017

Rindu Ramadhan

Assalamualaikum.

Hari ini 7/7/2017, hari Jumaat dan saya sedang berpuasa (insyaa allah habis). Hari ini baru hari ke 2 saya berpuasa di bulan Syawal, semoga ada rezeki saya untuk sekurang-kurangnya menyempurnakan 6 hari berpuasa di bulan syawal tahun ini, insyaa allah.

Lama sungguh saya tidak menyapa blog saya ini. Haaa, sebenarnya hati meronta-ronta juga untuk menulis, tapi keadaan dan masa tidak mengizinkan.

Saya telah balik bercuti panjang sempena raya pada 17 Jun 2017 dan kembali ke KK pada 3 Julai 2017. Saya mula bekerja pada 4 Julai 2017 dan sesungguhnya banyak sungguh perkara yang perlu saya siapakan. 

Selain daripada kerja, saya juga perlu menyelesaikan "Blue Ocean Training Online". Haih, stress betul training ni sebab ada ujian di setiap chapter. Buat seorang pulak tu, tidak boleh meniru kan, haaaaaa, nasib baik la lulus, tetapi tidak lah cemerlang. 

Setelah bercuti lama, sebenarnya saya telah kembali bekerja dalam keadaan yang kurang stabil. Penat beraya secara fizikal tu satu, mental pun kurang bersedia untuk kembali bekerja juga (walaupun hati berlumba-lumba juga nak balik bila memikirkan banyak perkara yang perlu di selesaikan). Tetapi ye lah, sebab kerja memang banyak dan kerja tiba-tiba pun ada, kenalah tarik nafas panjang-panjang dan bertenang.

Saya juga mendapati yang saya merindukan suasana semasa di bulan Ramadhan. Saya rindu semua. Saya rindukan disiplin diri untuk bangun awal pagi, sediakan makanan sahur untuk suami, berkemas, solat subuh dan meluangkan masa untuk mengaji quran selepas subuh. Tiada masalah langsung untuk saya bangun sahur pada sepanjang ramadhan tahun ini, alhamdulillah.

Saya juga merindukan aktiviti memasak untuk berbuka puasa, termasukkan dessert yang tak berapa menjadi yang sering saya sediakan. Yang pastinya, skill saya untuk masak gulai kari ikan sudah sedikit meningkat pada bulan puasa ni. Saya juga masih terasa betapa nikmatnya berbuka dengan air teh sabah yang suam-suam. Saya boleh minum dua mug air teh panas sewaktu berbuka.

Seterusnya saya juga merindukan saat-saat saya meluangkan lebih masa untuk beribadah pada malam hari. Saya akan bersolat maghrib, isyak dan tarawikh setiap malam pada bulan ramadhan.

Tapiii, itu semua berlaku pada bulan ramadhan di mana syaitan diikat. Sekarang, setelah bulan ramadhan berlalu, hilang semua kekuatan yang saya ada.  

Pagi tadi, saya telah set alarm pada jam 4.30 pagi untuk bangun sahur (minum air saja pun), mak aiiii, susahnya nak bangun. Kalau dalam bulan puasa, kita boleh solat sunat masuk masjidlah, solat sunat rawatib lah, solat tarawikh lah, hmmm, bila habis ramadhan, terus solat kita jadi kurus, kita buat yang wajib sahaja.

Saya merindukan diri saya tanpa gangguan syaitan. Saya merindukan ramadhan di mana saya dapat merasakan kemanisan dalam setiap ibadah yang dilakukan. 

Semoga ada rezeki untuk saya, juga anda sekalian untuk berjumpa lagi dengan ramadhan pada tahun hadapan, insyaa allah.








No comments:

Post a Comment