Sunday, March 20, 2016

11 Mac 2016 - Apa Yang Berlaku

Assalamualaikum.

Saya melapurkan daripada depan tv di rumah saya di Sri Kepayan, KK. Hari ini hari Ahad, jam 10.04 malam. Kami sudah makan malam, sudah makan rojak buah yang suami saya sediakan dan sekarang kami dua-dua depan tv, sambil menonton tv, sambil tengok laptop dan sambil tengok handphone.

Saya ingin menulis tentang apa yang berlaku pada 11 Mac 2016, yup, hari di mana saya terbang ke Kl kerana saya ada meeting di KL.

Saya terbang dari KKIA pada 11 Mac pagi, jam 10.45. Saya naik kapalterbang dahulu sementara suami saya naik flight jam 11.30 pagi. Saya ada mesyuarat di Sama-Sama Hotel pada jam 3.00 petang.

Semasa di dalam kapalterbang, saya sudah excited apabila saya dapati Brooklyn tersenarai di dalam filem-filem yang boleh ditonton. Saya pun apa lagi, minta earphone dan bersedia untuk menonton. Sempat lah juga saya menonton sambil makan makanan yang dihidangkan tetapi selepas itu, saya memang lena...mata tidak boleh buka.

Saya sampai di KLIA dalam jam 1.00 tengahari. Sebab tidak tahu/tidak biasa, saya pun pergi ke kaunter teksi dan beritahu gadis di kaunter tu yang saya ingin mengambil teksi ke Hotel Sama-Sama. Ghope-ghopenye, kalau nak ke hotel itu, anda hanya perlu turun satu level dan naik buggy. He he he...

Saya sampai hotel dan alhamdulillah boleh check in awal. Sewaktu sampai tu, saya memang rasa melengas sangat jadi saya terus mandi dan bersiap untuk mesyuarat. Mesyuarat bermula pada jam 3.00 dan berakhir pada jam 6.30 petang.

Hubby datang kemudiannya setelah dia pergi ke Shah Alam dan mengambil kereta kami.

Malamnya, kami ingatkan kami nak celebrate dan makan istimewa sedikit di hotel, tapi bila kami rasa macam tidak berbaloi aja, kami pun pergi naik buggy lagi dan makan di airport (dekat food court).

Ada gambo...

Suami saya makan nasi padang sementara saya makan sandwich tu.

Sebenarnya kami meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10 pada 11 Mac 2016 baru-baru ini. 

Kami ada tangkap gambo kenangan...

Macm itu lah ghopenye kami, after spending 10 years together

---------------------------------------------------------------------------------
Esoknya, kami breakfast, pergi lepak KLIA sat dan check out untuk pergi makan kenduri di Sg Buloh

Selfie dulu

Kami menghadiri kenduri sepupu suami saya di mana 3 orang anaknya kahwin sekaligus...jimat


Selepas itu, kami telah balik ke Chemor untuk melawat emak saya. Saya telah balik semula ke KK pada malam Ahad.

Itu dulu guys...mata saya sudah mengantuk




No comments:

Post a Comment