Sebelum masuk Imigresen, kami buat group photo...ini adalah gang kita orang.
CACTUS HOUSE
Sunday, November 3, 2024
Perjalan Kami di Bumi Turki - 1
Thursday, July 21, 2022
Pengalaman Dijangkiti Covid 19
Hari ini saya ingin menulis mengenai pengalaman saya apabila dijangkiti virus Covid 19 (Corona Virus).
Saya kena dua kali ye, yang pertama telah disahkan pada 14 Januari 2021 melalui swab test, dikala bilangan kes mula meningkat dan jumlah kes pada masa itu adalah 5,000 lebih dan rakyat Malaysia merasa mula panik.
Saya tidak pasti saya mendapat jangkitan daripada siapa atau pun dari mana, tetapi, ada kemungkinan besar ianya adalah daripada kawan-kawan pejabat, yang saya tidak pasti mana satu. Saya sebenarnya telah berasa agak kurang sihat (demam pada malamnya) pada hari Ahad (10 Januari). Walau bagaimanapun, apabila bangun keesokan harinya, saya berasa sihat, dan telah ke pejabat.
Bila sampai di pejabat, suhu saya adalah normal, jadi saya tidak merasa risau. Di pejabat, saya bekerja seperti biasa, saya tidak demam pun. Walau bagaimanapun, apabila saya pulang ke rumah pada malam/petang, badan mula berasa demam dan saya pun makan panadol, tidur dan sihat semula keesokan harinya.
Perkara yang sama berulang sehinggalah pada hari Rabu, beberapa orang rakan sekerja telah di laporkan positif dan saya dikehendaki untuk membuat swab test.
Pada 14 Januari 2021, saya telah mendapat panggilan daripada klinik yang mengesahkan bahawa saya positif covid 19.
Dannnn, saya terkejut tidak terkata.
Saya menerima berita itu sewaktu saya sedang bermesyuarat online. Saya telah hilang fokus kerana saya berhubung melalui telefon dengan klinik seketika. Rupa-rupanya nama saya telah dipanggil di dalam mesyuarat dan seorang kawan telah memanggil saya untuk memaklumkan bahawa boss cari saya dalam mesyuarat...saya pun apa lagi, menyemburlah kepada kawan saya mengenai keputusan swab test saya dan saya ingat lagi, kawan saya kata "sabar Bib".
And you know what, besarnya impact kata-kata itu. Yup, saya terus tersedar, dan cuba bertenang. Saya sempat memaklumkan suami saya dan dia terus panik dan terus tanya saya macam ini "saya macam mana?". Saya pulak, boleh bercakap dengan suami saya macam ini "tunggu sat, let me finish the meeting"....punya lah.
Seterusnya, boss/mesyuarat dimaklumkan mengenai keputusan swab test saya.
Setelah mesyuarat selesai, saya baru boleh mengambil nafas dan cuba bertenang. Walaubagaimanapun, air mata tetap mengalir sedikit, mungkin kerana saya tidak pasti apa yang saya perlu lakukan selepas itu.
Suami saya pulak, mula panik, dan pergi basuh kereta, hiks.
Kami seterusnya cuba menyenaraikan apa yang perlu kami lakukan seperti memaklumkan closed contacts kami, swab test untuk Shuk dan mencari maklumat mengenai apa yang seorang pesakit Covid 19 perlu lakukan.
Dalam keadaan yang kelam kabut itu, saya teringat yang saya ada kawan yang bekerja sebagai seorang doktor di KKM. Saya telefon kawan saya, dia suruh saya bertenang dan menurut beliau, oleh kerana symptom yang saya alami tidak merisaukan, saya boleh sahaja terus berada di rumah dan menjaga kebersihan dan SOP, makan panadol dan ambil vitamin C.
Saya masih bekerja selepas itu di mana saya masih bermesyuarat sehingga ke hari Ahad tengahari. Mungkin kerana kepenatan dan stress kerja, saya menghadapi sedikit kesukaran untuk bernafas pada malamnya.
Keadaan sukar untuk bernafas adalah menakutkan dan oleh kerana itu saya mengambil keputusan untuk betul-betul berehat di mana saya telah minta kawan-kawan take over 100% daripada kerja yang dibuat, juga saya telah left beberapa group wassup yang mengganggu fikiran dan jiwa. Saya rasa keputusan yang saya buat adalah tepat kerana saya dapat berehat dan kesihatan saya beransur-ansur baik, alhamdulillah.
Untuk pengalaman positif covid yang pertama symptom yang saya alami adalah lebih banyak dan teruk. Saya rasa tidak sihat, rasa penat, tekak meloya sedikit, cirit birit dan hilang deria bau dan rasa. Oleh kerana itu, keperluan untuk SQ di bilik bukanlah sesuatu yang menyusahkan kerana saya memang tidak larat dan perlu baring dan berehat.
Saya cuba positifkan diri dan cuba berdisiplin. Saya bangun, mandi, basuh pakaian saya sendiri dan pergi menjemur kain juga mengambil peluang keluar dari rumah sebentar untuk mendapat cahaya matahari (saya pakai mask, tapi waktu ini saya tidak sakit tekak/batuk, jadi saya lebih bertenang kalau keluar dari bilik). Saya juga akan pastikan bilik kemas/bersih sentiasa supaya saya tidak stress duduk di dalam bilik.
Lupa pula saya untuk bercerita mengenai closed contact saya, iaitu Encik Suami. Alhamdulillah keputusan swab test beliau adalah negatif dan dialah yang menjaga makan minum saya, sehingga saya risau kalau menjadi gemuk pula selepas habis SQ. Suami saya kata, dia sangat takut sekiranya saya sakit, jadi he fed me, to make sure I have enough energy...konon.
Saya share antara menu makanan saya ye...
Ehh, ada satu lagi gambar last, yup, gambar saya minum air teh o dengan roti panjang-panjang tu. Saya juga bersyukur sebab telah membeli meja plastik seperti di atas dengan harga RM16 sewaktu WFH. Ada juga fungsinya meja ini bila terpaksa makan di atas katil.