Saturday, November 30, 2013

Sabtu, 30 November 2013

Saya bangun pagi dan sediakan breakfast. Saya tak sempat nak beritahu kan yang kakak saya, abang ipar saya dan anak perempuan mereka, Fatiha, telah bermalam di rumah saya sejak hari Rabu baru-baru ni.

Saya tidak buat apa-apa pun sebab hari bekerja kan. Saya cuma kemas rumah/bilik sikit-sikit, itu aja. Yang lain, semua mereka uruskan sendiri kecuali makan malam...makan malam pun saya tak masak, saya bawa makan keluar aja.

Oleh sebab itu lah saya determine untuk sediakan breakfast saya yang lazat dan berzat itu pada pagi ini, hehehheee.

Saya masak tumis udang, goreng ikan bilis, rebus telur dan potong timun. Saya masak nasi biasa aja...kurangkan kolestrol...

Ada gambar ...


Bukan apa, mereka hendak bergerak balik ke Perak, orang tua-tua kata, elok la makan berat sikit kan. Bila dah makan berat waktu pagi, makan tengahari tu, lambat sikit pun tak pe, skip pun tak pe...

Lepas makan, kami pergi ke rumah Fizah untuk ambil Iman dan Irfan. Kakak saya akan bawa balik dua orang cucunya balik ke Ipoh bagi memudahkan Fizah untuk menjaga Imran sewaktu di bedah nanti....

Saya copy paste gambar Iman & Imran dari facebook PakNgah dia...Imran yang sebelah kanan (saya harap PakNgah dia tak marah la kut ye)..:


Saya nangis juga sikit sebenarnya tapi yang lain-lain tu iaitu keluarga kakak saya semuanya amat tenang .....alhamdulillah. 

Semoga Imran akan kembali sihat. Semoga Imran akan kembali melihat. Semoga Imran dapat membesar secara normal. Semoga engkau mudahkan semua urusan kami Ya Allah. Semoga engkau kabulkan doa dan permintaan kami Ya Allah. Aamiin..

Friday, November 29, 2013

Jumaat, 29 November 2013

Hari ini, bangun aja pagi, perut bunyi bunyi.

Rasanya semalam saya kurang makan sikit la kut, sebab saya kan secara naturalnya mempunyai selera yang besar.

Semalam, pagi saya makan kuih waktu meeting. Sebab meeting tu prolong, dari pukul 8.45 sampai jam 1.00 tengahari, saya juga telah ambil portion kuih di tempat yang tak de orang. Heee...jadi saya makan 5 biji kuih la.

Sebab dah pukul 1.00, saya malas nak keluar makan tengahari, saya ambil aja nestum/oat tuh.

Dinner, makan mertabak Singapore...

Heeee...kalau Victoria Beckham, mesti dia consider semalam antara hari yang dia paling banyak makan, tapi sebab saya cikbib...well....

Hari ini hari meeting dengan Minister. Officer yang sepatutnya bertugas hari ini terpaksa ambil EL. Dia sms dalam jam 12.30 malam semalam untuk beritahu. Hmmm...semoga semuanya berjalan lancar untuk dia. Tapi itu jadi cabaranlah untuk saya sikit.

Tapi tak pe, mesti ada jalannya kan...of course saya berdoakan semoga Allah bantu dan memudahkan semua urusan saya. Semoga semuanya akan berjalan lancar.

Saya nak mula kerja dah ni...semoga saya kuat...

Dan tak lupa untuk Imran : Moga dipermudahkan urusan pembedahan Imran nanti dan semoga mata Imran akan pulih sepenuhnya, insyaa allah. Semoga Imran akan melihat semula Ya Allah. Aamiin.


Thursday, November 28, 2013

Harapan

Boss cuti seminggu...saya ni tak de la baik sangat dengan boss, tapi saya rinduuuuu nak tunggu boss balik...sebab jadi boss untuk 4 hari ni, tidak lah senang....semoga dipermudahkan segalanya Ya Allah.
 
Mungkin ramai juga yang mahu tahu status Imran sekarang. Dia telah pergi checkp up baru ini dan didapati salah salah satu dari mata Imran mengalami pendarahan yang agak serius dan perlu di buat pembedahan ASAP. Imran akan di bedah minggu depan.
 
Moga dipermudahkan urusan pembedahan Imran nanti dan semoga mata Imran akan pulih sepenuhnya, insyaa allah. Semoga Imran akan melihat semula Ya Allah. Aamiin.
 
Esok, ada mesyuarat dengan Menteri, dan sebab boss tak de, saya lah jadi ketua. Saya tahu Allah saja paksa saya buat benda ni supaya saya belajar. Sebaab, if not, mesti saya mengelak punya, saya, benda tepis-tepis ni memang pandaii.
 
Tapi kali ni, saya kena buat lah juga benda yang saya tak suka tu. Kena pegi jumpa boss boss ni, brief them...haih, saya boleh rasa jantung saya dup dap dup dap waktu jumpa CEO tadi. Begitulah penakutnya saya.
 
Tapi sebenarnya kan, setelah cabaran yang terpaksa dilalui oleh Imran, saya rasa semua masalah adalah kecil. Saya cakap bukan sebab berlagak, tapi sebab kenyataan yang semua masalah itu sebenarnya boleh di atasi...we can do something about it...and we are clear on how to go about.
 
Tapi masalah Imran, hanya Allah sahaja lah yang boleh membantu. Semuanya diserahkan kepada Allah, TOTAL...insaf betul saya.
 
Dannn...saya juga tahu kenapa sesungguhnya seorang ibu itu adalah seorang yang hebat kan? Ingat tak sewaktu saya di Metal, saya rasa NH sangat hebat? Yup, dia ada 5 orang anak tapi buat kerja sentiasa tip top?
 
Hmmm...insya allah anak sedara Pijah juga akan jadi seorang yang hebat (ini doa sayalah). She survived this one, I am sure the next ones is not a big deal...
 
Saya pulak?...haaaa....macam itu lah...lari dari orang itu, lari dari orang ini, buat mesyuarat tingkap....heeeee.....
 
Hmmm...semoga Allah merahmati kita semua, memudahkan semua urusan kita. Semoga kita tenang dengan setiap dugaan. Semoga kita sentiasa belajar dengan segala yang berlaku dalam kehidupan kita. Insya allah.

Monday, November 25, 2013

Esok...

Esok Imran perlu ke HKL, buat check up.

Pastinya kami mendoakan akan ada berita yang baik, insya allah. 

Tadi saya berkomunikasi dengan mama Imran...pandai aja saya bagi nasihat dekat dia. 

Kenyataannya, berat mata yang memandang, lagi berat bahu yang memikul. I wish I could do more...tapi sekarang ni yang saya mampu hanyalah berdoa. 

Lagi satu, saya minta readers saya berdoa sama. Saya ulang-ulang aja doa yang sama, yup, Semoga mata Imran akan sembuh dan semoga dia dapat melihat semula dalam masa terdekat ini. Insyaa Allah. Aaamiiiin...

Teringat pula saya dengan kisah seorang kawan saya ni di mana, pada satu pagi ni (subuh), sewaktu suami dia pergi membeli sarapan, suaminya telah diserang oleh orang yang tidak dikenali sehingga masuk ke ICU dan akhirnya meninggal dunia.

Sewaktu suaminya di ICU, kawan saya ini telah bercakap dengan suaminya dan antara yang di telah diluahkan adalah "abang, apa-apa pun yang akan berlaku selepas ini, saya redha. Abang jangan risau tentang saya, Allah akan jaga saya."

Waktu saya dengar cerita itu, saya kagum betul dengan kekuatan hati kawan saya ini...bagaimana dia boleh redha...

Tapi saya....saya ingat saya kuat, tapi setelah saya menghadapi cabaran ini, baru lah saya tahu betapa lemahnya saya...betapa susahnya hati saya untuk redha, untuk berlapang dada menerima apa jua perancangan tuhan.

"Masalah yang hadir dalam kehidupan adalah satu cara Allah mendidik supaya kita menjadi insan yang mempunyai jiwa yang kuat untuk menghadapi ranjau kehidupan. Redha dan berusha mengatasi masalah menjadikan kita insan yang cemerlang di dunia dan akhirat...semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat"

Tapi mungkin sebab itu juga, saya terus menerus berdoa, tidak putus-putus...moga doa saya akan makbul, insyaa allah.




Status on Imran

There were questions and I would like to clarify on Imran's status.

Imran mengalami kecederaan saraf mata yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat ke retina.

Sekarang ini, kami berdoa/berharap semoga saraf ini dapat sembuh dan berfungsi semula dengan izin Allah.

Imran sangat sihat dan aktif, and insyaa allah that is a good sign.

Semoga Allah mendengar dan memakbulkan doa kami supaya mata Imran sembuh dan dia dapat melihat semula dalam masa terdekat ini, insya allah, aamiin....

Sunday, November 24, 2013

Macam sukaa aja

Saya sebenarnya tidakla suka sangat dengan nama saya ni. Ye la, nama orang kampung aja kan...patutnya emak saya bagi lah nama yang glamour sikit macam Ifa Raziah ke, Erra Fazira ke...

Tapi saya tahu nama saya itu adalah sempena nama salah seorang makcik saya, yang tidak pernah saya jumpa. Tapi, menurut mereka yang mengenali makcik saya, muka saya memang macam makcik saya ni, siapa badan-badan sekali sama, siap body language  pun sama...hmmmm...macam mana tu.

Baru-baru ini, saya kan menguruskan satu program yang melibatkan negara-negara OIC. Yang bestnya, nama saya jadi famous di situ. Semua mereka merasakan yang nama itu adalah familiar and they seemed to love the name. Pada waktu itu juga baru saya perasan yang nama saya sedap...miahahhaah....terlebih lagi apabila di sebut oleh orang-orang Arab...Habibah!

Ada juga yang panggil saya Habibi...heeeee.....

Hmmm....sebenarnya makna nama saya tu baik kan? Maksudnya kekasih/kesayangan. Maka, sebab asyik di doakan kekasih/kesayangan, mestilah ramai orang sayang jugak kan ?(mode perasan ni)

Saya juga baru tahu sebenarnya ada macam-macam perangai mereka ni. Sebagai contoh, kami perasan yang participant dari satu negara ni, asyik memberi komen negatif aja, sampai buat-buat muka.

Tapi kan, ada seorang participant dari sebuah negara lain cakap dengan kita orang "Whatever the participant from country T says, just ignore them. Pretend as if you cannot hear them".

And hey, he's right, after spending our days with them, that is just the best thing to do since they never stop complaining. As if there's nothing that we have done was right..urghh

But I must say that most of them are nice people. They came here to learn, they were punctual and they appreciate whatever we did and always said thank you. I am thankful that I was given the opportunity to handle the event, the opportunity to meet good people and learnt a lot, alhamdulillah.

And last but is never the least, I pray for Imran's speedy recovery and please allah, let Imran be able to see again. Aamiiin.

24 November 2013

I have been thinking about this blog a lot actually. I have made some planning on what to write, how to write, but to allocate time writing is not easy nowadays...

Anyway, life goes on. I went back to visit my mother last Monday and visited my sister and her family in Ipoh. Everyone seems fine, even though I know down deep inside the pain is still there. Again readers, please pray for Imran speedy recovery. Semoga mata Imran akan sembuh dan semoga dia dapat melihat semula dalam masa terdekat ini. Insyaa Allah. Aaamiiiin...

Semalam, kami berkesempatan pergi makan ikan bakar di jalan Bellamy. Mungkin sebab lapar, rasa ikan di jalan Bellamy tu adalah lebih sedap, he he. And somehow, husband has mentioned on bringing the Ipoh team to eat there one day.

Saya okay dengan idea itu. Jauh di sudut hati, saya berdoa yang akan ada rezeki untuk saya bawa gang Ipoh makan di situ satu hari nanti. Dan semoga waktu nye adalah terdekat dan semoga pada waktu itu, kami semua sudah kuat, dan mampu tersenyum semula...semoga semuanya akan berakhir dengan baik Ya Allah.

Hari ini pula, saya telah masak ayam masak merah dan sayur kubis...kami dah makan, dah solat, dan hubby tidur balik...tidur sokmo dio nih...

Okay lah, di sini dulu...minggu depan, boss akan cuti selama seminggu. Semoga semuanya akan dapat saya hadapi/tangani dengan baik...insya allah.


Saturday, November 16, 2013

Back...16 November 2013

Heyyy, I am back.

I wanted to tell story about the programme I handled, but decided not to since I am trying to get over it first...I would like to talk about something else but work.

I am healing...yeah, still continue to pray for Imran's recovery of course..please pray with me.

Called my emak this morning and she told me that she is having some knee pain...maybe I will go back on Monday...yup, just found out that my boss has actually approved my application to take leave on Monday and Tuesday. Really need some break after working very hard for the past 2-3 weeks....

Ohh, hubby asked me to speak softer and smile more...heeee...he was with me today and saw how I interact with the participants in the programme I handled. He said, I was too serious...senyum cikbib dan sila lembut sikit...that will be a challenge for me, really.

And heyyy, FBI will not appear in Hot FM again after this...I must say that I am affected. I remember how FBI has mistakenly announced about the demise of the Y.Dipertuan Agung at that time which was not true...he was 'sacked' and was not allowed to appear on the radio for sometime. I remember when he started his job with Hot FM, he said this : "being away from the radio was very hard for me since I just love being a radio DJ".

And that really makes me wonder why he suddenly decided to quit. But I must say that I respect him for that, yup, for being able to keep whatever problem faced to himself. Not even a word from him on the "caused" of why he quits Hot FM. Some people make a lot of noise about their "unhappiness" at their work place...keluar semua rahsia rumahtangga....

Okay lah...sampai sini dulu...ehhh, saya menulis dalam English la plak, pardon my language ye, kut tersalah sana sini tu...

Have a nice weekend!




Friday, November 15, 2013

Sunyiii

Blog ini sunyi sikit..

Sebab : saya macam sibuk.

Saya sedang organise satu familiarisation programme with OIC countries, so I am a little bit busy.

Semalam kami ke Melaka, ada day trip.

Hari ni, kami sibuk nak organise closing dinner tonight.

Stress?....yup, tapi masih bisa di hadapi...

Saya tengok keadaan Philippines selepas kena ribut tu...sedih kan? Langsung saya melihat diri saya balik...Allah bagi dugaan sikit...tapi rasa macam tak tertanggung betul...lemahnya saya.

Okay lah, saya kena fokus kerja balik, hanya akan ada some peace of mind after everything is over tonight...insya allah. Amiiin

Sunday, November 10, 2013

Ahad, 10 November 2013

It's Sunday and as usual, my eyes was wide opened at 6.00...

So, saya bangunkan hubby suruh solat dan saya main candy crush. Lepas tu bangun, lipat kain dan buka channel Fox Movies...ada dua cerita yang sesuai untuk saya, back to back. Now I am watching "A Lot Like Love" and the other one wass...Ruby apa ntah. Dua-dua pun adalah mengenai kehidupan, friendship, love...

Saya sudah panaskan gulai kari semalam, saya juga goreng ikan dan masak nasi. Hubby requested to eat nasi tadi, tapi dia masih tidur pulak.

The FAM programme will start this afternoon. And you know what, rasanya saya balik juga ke rumah la malamnya sebab rasa tak sanggup pulak nak tinggal suami...haaaaaa......hiksss...

Saya tidak boleh solat sekarang ni tapi pastinya sessi berdoa untuk baby Imran diteruskan...semoga semua urusan kami dipermudahkan Ya Allah, semoga akan ada good news, semoga Imran akan melihat semula dalam masa terdekat ini Ya Allah kerana sesungguhnya engkau sahaja yang boleh menyembuhkan segalah penyakit. 

Tidak Allah turunkan satu penyakit itu tanpa penawarnya, kecuali penyakit tua...

Tolong doakan semoga FAM saya success ye dan tolong juga doakan semoga baby Imran dapat melihat semula dalam masa terdekat ini

Saya macam tak larat dah sebenarnya...rasa lemah...tapi saya kena buck up kan...come on Cikbib, you can do it...learn and enjoy the programme..semangak semangak....


Saturday, November 9, 2013

Mari Sembang

Hubby tak suka saya asyik post fasal perkara sedih.

Tapi ye lah kan, blog ni sepatutnya mencatatkan apa yang rasa alami, macam luahan jiwa, so, bila saya sedih, jadi sedihlah blog ni.

Sebenarnya banyak juga perkara lain yang terjadi selain dari cerita sedih saya...yup, kehidupan diteruskan.

Saya dapati saya sekarang ini ada terlampau banyak kumpulan wassup...sampai tak terlayan kadang-kadang tu. Tapi banyak juga baiknya. Sebagai contoh, saya telah menceritakan cerita baby Imran baru-baru ini dan saya telah dapat banyak kata-kata perangsang, doa dan cadangan. Ada juga doktor dalam kumpulan itu, jadi adalah pendapat sikit-sikit. Insyaa allah, bila ramai yang mendoakan, pasti akan ada yang maqbul, insyaa allah.

Saya juga nak documentkan di sini yang saya telah di unfriendkan dalam facebook...inilah kali ke 2 saya di unfriendkan...he he he he he

Lagi...saya sangatt sibuk sebab kena buat Familiarization Programme ni. Inilah kali pertama saya handle programme, suspense la jugak. Tambah-tambah, officers yang terlibat juga adalah officer baru sebab officer yang sepatutnya incharge sudah bersalin...heeee.

Lagi...saya selalu masak kat umah sekarang ni...berapa kali mahu cerita lah...

Okay lah, kat sini dulu...jumpa lagi di lain kali



Sabtu, 9 November 2013

Seperti biasa, bila cuti, mata tak boleh tidur. Pukul 6.00 pagi sudah bangun. Hmmmm

Hubby pulak, rupanya sudah ada masalah angin. Saya buatkan air teh halia. Lepas tu saya terus masak...masak heavy terus, masak kari ikan, buat sambal belacan, goreng ikan dan potong timun. That will be our breakfast, lunch and dinner if we take one.

Saya kurang menangis hari ni, tapi saya istiqamah berdoa. Yup, doa biasa, aku redha atas dugaan ini ya Allah, tapi engkaulah yang maha berkuasa, hanya engkau yang boleh menyembuhkan segala penyakit, oleh kerana itu ya allah, aku memohon supaya disembuhkan mata Imran, semoga Imran boleh melihat semula dalam masa terdekat ini Ya allah...Aaamiiin.

Saya tahu sebenarnya akan tiba masanya saya akan menjadi kuat...tapi di sini saya ingin merakamkan rasa syukur sangat atas kekuatan ibu kepada Imran. Saya ingat lagi di mana Pijah adalah anak sedara saya yang sulung, yang kami semua manjakan, yang kami sentiasa rasa masih baby walaupun sebenarnya dia telah dewasa. 

Dia melalui semuanya, zaman kanak-kanak yang ceria, zaman remaja yang rebellious, but now she is a mature person,  a strong mother, I must say that I admire her.

Yup, dia menangis, tapi dia berusaha mencari kekuatan. Dia bertanya, dia buat research...dan pastinya dia kembali kepada tuhan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Pijah dan menunjukkan jalan untuk kami mengembalikan penglihatan Imran.

Terimalah doa kami Ya allah, aamiin



Friday, November 8, 2013

Jumaat - 8 November 2013

Hari ini...hari sibuk, hari sedih...selari semuanya

Kerja sampai jam 8.00 malam...banyak kerja, ada banyak juga dugaannya.

Air mata terus mengalir juga...tapi saya terus berdoa...ye, redha dengan ketentuan Allah, tapi Allah jualah yang berkuasa untuk menyembuhkan segala penyakit, oleh itu, ku mohon semoga mata Imran akan sembuh, semoga Imran boleh melihat semula...

Saya ulang doa itu sepanjang perjalan ke tempat kerja. Ulang-ulang.ulang...semoga diperkenankan doa ini Ya Allah.

Waktu balik, saya sempat berjumpa dengan dua orang kawan. 

Yang seorang ini bercerita fasal bagaimana dia berjaya menguruskan badan. Reason? Simple, sekarang ini dia terpaksa menampung jawatan Pengarah Bahagian, yup, bertambah kerja, bertambah sibuk, langsung tidak sempat makan. Dia juga banyak minum air masak dan kurangkan minuman bergula. Semuanya berlaku secara natural, tanpa paksaan...semoga dia boleh istiqamah.

Seterusnya berjumpa NH..dia bercerita tentang jawatan barunya, cabarannya...yeah, to chair a meeting...and I think she did a good job...so happy for her.

NH juga bertanya kenapa saya bersedih...and yeah, she reads my blog. Hmmm...langsung bercerita di tepi tangga tu selama setengah jam. 

Rasa seronok bercerita...rasa rindu dengan gang metal...

Balik rumah, kami ke Tirai Ratus, makan mertabak singapura. Waktu bercerita dengan hubby waktu tu, air mata termengalir juga...tapi kan, hubby telah tegur sikit. Dia kata, saya keterlaluan, asyik menangis aja.

Sedih saya, langsung lagi menangis...heeeeeee

But I guess it's about time that I learn to be stronger...to kurangkan my tangisan...but never stop praying. Saya juga ingin memohon kawan-kawan doakan semoga cucu saudara saya, Imran, sembuh matanya dan boleh kembali melihat. Imran sudah keluar dari hospital, tapi ibunya akan pergi buat pemeriksaan mata di Hussein Onn Eye specialist pula. Semoga Imran boleh melihat semula.

Saya sudah rendam baju saya malam ini sebab saya perlu kerja pada hari Ahad dan mungkin perlu berkampung di Berjaya Hotel sampai Jumaat/Sabtu...Semoga event ini akan berjaya, insya allah

Thursday, November 7, 2013

Setiap Penyakit Ada Ubatnya

Saya mencari kekuatan...mencari semangat...terjumpa ini :
Nabi saw. bersabda,

"Masing-masing penyakit pasti ada obatnya. Kalau obat sudah mengenai penyakit, penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah." (HR.Muslim & Ahmad)

Rasulullah saw. juga bersabda,
"Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia menurunkan ubatnya." (Muttafaq 'alaih)

Allah telah menurunkan ubat untuk setiap penyakit, akan tetapi manusia belum dapat menemukannya, atau Allah belum memberikan petunjuk kepada manusia untuk menemukan ubat penyakit itu.

Dan hadis ini juga menjadi penguatan jiwa bagi orang-orang yang sedang sakit untuk tidak berputus asa untuk memperoleh kesembuhannya, karena Allah telah memberikan ubat untuk penyakitnya itu.

Semua penyakit dapat disembuhkan, kecuali penyakit tua. Karena masa tua itu adalah masa yang pasti di alami seluruh manusia tanpa terkecuali.
 
Semoga Allah temukan kami dengan pengubat yang kami cari-cari..tunjukkanlah kami Ya Allah...aaamiiin

Kuatlah Wahai Hati - 4

Kali ini memang saya kalah betul.
 
Semua yang saya belajar, dan pernah implement, hilangggg...
 
Mana pergi, saya pun tak tahu...saya ikut aja emosi ni...
 
Mungkin saya masih belum redha kut
 
Tadi waktu memandu, saya berdoa semoga saya ada kekuatan untuk tidak terlampau mengingati perkara ini.
 
Saya juga berdoa untuk ditunjukkan arah, iye, ditunjukkan jalan bagaimana kami boleh memabaiki keadaan...sebab kami macam terkapai-kapai.
 
Tapi saya tahu saya kena cepat bina kekuatan ini semula...bukan apa, kalau asyik menangis pun, tidak sihat juga...kepala pening.
 
Tapi kan, saya memang hilang selera sikit tau....sikit je la pun...heee
 
Ya Allah, tunjukkan lah apa yang kami boleh buat bagi memperbaiki keadaan ini ya allah. Tunjukkan jalannya dan permudahkanlah urusan kami dalam mencapai tujuan kami ya allah.



Wednesday, November 6, 2013

Kuatlah Wahai Hati - 3

Saya merasa semacam berada di bilik yang kosong. Bilik itu sangat kosong sampai saya tidak mampu pergi ke mana-mana. Saya helpless.
 
Lemahnya saya. Baru ditimpa ujian yang sedikit, saya rasa seolah-olah tidak bermaya. Air mata saya asyik keluar aja, bila ada orang masuk bilik, cepat-cepat lap...
 
Saya sedih dengan berita yang saya terima. Saya sedih untuk mereka yang "directly effected"...semoga mereka kuat Ya Allah. Semoga engkau permudahkan urusan mereka selepas ini Ya Allah. Semoga mereka akan menjadi hamba mu yang lebih baik selepas ini Ya Allah.
 
Pasti ada hikmahnya. Pasti ada rahsianya. Tapi hati ini tetap meronta-ronta...
 
Belajar lah untuk redha wahai hati...untuk tenang...
 
Semoga semuanya akan berakhir dengan baik Ya Allah. Kami mengharapkan bantuanmu Ya Allah.

Tuesday, November 5, 2013

Post Biasa Biasa

Dah dua post saya sedih kan? Saya masih lagi dalam mode tak berapa ok sebenarnya, tapi seperti biasa, masa akan jadi pengubat kepada jiwa yang lara. Walau bagaimanapun pastinya saya dan keluarga akan terus berdoa semoga keadaan akan menjadi seperti biasa.

Saya nak bagi tahu yang saya agak kerap memasak sekarang.

Sebaga contoh, kalau hari cuti, saya akan buat breakfast. Saya masak cucur udang selalunya. Lepas tu, kami akan lunch petang sikit, dalam jam 5 ke, 6 ke. Malam pulak, kami makan ringan ringan atau minum air aja.

Hubby pulak, very demanding. Macam hari Sabtu lepas, dia nak sambal udang petai. Dia juga set nak gulai lemak ketam on Sunday. Gulai lemak ketam tu pulak, tahan sampai dinner hari Isnin. Hari ini pulak, dia nak makan ikan masak sambal....hmmmm.

Tapi tak pe, hubby sekarang buat sit ups everyday...dia katalah, tapi saya tak pernah tengokpun dia buat, hiikkkksss.

Hari ini juga saya masak cendawan. Saya tumis aja bawang putih dan halia, lepas tu saya masukkan tomato, tumis sat, pastu masuk kan air banyak sikit, dah menggelegak, saya masukkan cendawan dan cabai burung...yummy...saya suka cendawa masak macam ni daripada cendawan goreng la rasanya.

Dannn, selepas makan, hubby sudah mengantuk...

Okay lah, itu aja, kami nak keluar ke Plaza Masallam kejap.....

Monday, November 4, 2013

Kuatlah Wahai Hati - 2

Sebenarnya hari ini saya masih dalam mode "bersedih".
 
Tapi "bersedih" tu kan tak baik? Jadi saya sebenarnya sangat cuba untuk menceriakan diri saya...tapi kurang menjadi betul.
 
Semalam, rasanya saya asyik menangis aja kut. Bukanlah menangis jerit-jerit, tapi air mata tu senang aja mengalir.
 
Saya juga banyak berdoa, saya akan berdoa, setiap kali saya teringat "perkara itu". Saya bersyukur dengan yang ini.
 
Saya juga bersolat hajat (setelah saya qada solat subuh saya tu la kannn, heeee). Berdoa juga lebih kusyuk...saya bersyukur juga untuk yang ini.
 
Waktu saya bersedih ni, barulah saya terasa yang apalah sangat cabaran yang terpaksa saya hadapi sewaktu kerja jika di bandingkan dengan masalah yang dihadapai oleh ahli keluarga saya ni...memang sangat besar cabarannya untuk menjadi ibu kan?
 
Saya juga dapati yang seluruh ahli keluarga response dengan keadaan ini. Semua orang bersedih dan semua orang berdoa...alhamdulillah. Semua orang juga cuba membantu dan memberi moral support... semoga doa kami akan makbul.
 
Saya juga dapati memang saya suka buat announcement dalam facebook...tukang canang... heeee...nak buat macam mana kan? Sebenarnya tujuan nya hanyalah satu, saya ingin semua orang mendoakan dan semoga doa kami makbul. Yup, walaupun kami tidak bersama, seorang di sini, seorang di sana, tapi kami boleh berdoa di mana kami berada.
 
Saya juga yakin yang pasti akan ada jalannya...akan ada penyelesaiannya. Kami hanya perlu bersabar, berusaha dan terus berdoa.
 
Yang pastinya, kami semua lebih mengingati tuhan pada waktu waktu macam ini. Walaupun kadang-kadang hati ini susah untuk redha, tapi kami yakin kami akan menerima apa-apa juga ketentuan, dengan hati yang terbuka...kuatkan lah hati kami ya allah.

Saturday, November 2, 2013

Kuatlah Wahai Hati

Siapa tengok dalam berita TV3 bila seorang wanita itu cuba menenangkan dirinya apabila rumahnya terbakar. Dia hampir pengsan, tapi terus memujuk diri dengan terus berkata "aku redha ya Allah, aku redha ya Allah". Dia terus mengulang-ulang perkataan itu sehingga dia pingsan.

Bukan senang nak redha kan? Malah selalunya waktu mula-mula kita di timpa masalah, pastinya kita hilang akal sikit...tapi insya allah, pelan-pelan, kita akan bertenang, cuba rasionalkan keadaan, cuba redha, cuba pujuk hati, dan cuba pelan-pelan yakin dengan kerja Allah. Pasti ada sebab Allah bagi kesusahan dekat kita.

Yang pastinya, masalah akan mendekat diri kita kepada Allah. Bila susah, barulah solat lebih kusyuk, doa lebih bersungguh-sungguh. 

Waktu susah juga barulah nak bersolat sunat, nak solat hajat la, nak solat sunat dhuha la. Waktu nak perform solat sunat juga baru teringat yang baru ni ada juga terlambat bangun pagi dan belum lagi qadha solat subuhnya...haaaaa....buat yang wajib dulu, baru buat yang sunat kan.

Hmmm...sekarang ni, kami sekeluarga agak terkesan dengan sesuatu. Saya tahu seluruh keluarga risau, lebih-lebih lagi yang directly affected. Dan saya tahu, kami semua berdoa semoga keadaan akan pulih dan semoga yang directly affected diberikan kekuatan dan ketenangan. Dalam keadaan ini, kita memang berasa amat lemah dan hanya kepada Allah kita memohon, kepada Allah kita berserah...

Kepada yang directly affected, we want you to know that our prayer is always with you...

Friday, November 1, 2013

I am thankful

I am left with only another collegue now because the whole team has other better things to do than stay with me at the office, uwaaaaa.

One officer is on maternity leave, 2 are taking one week leave, 2 are now in Penang and my boss is also in Penang. The four supporting officers are around though.

Thinking about the fact that most of the team will not be around this week has got me feeling very worried last week.  But alhamdulillah, things are going okay, even though it was not as how we hoped it should be. But still, it went okay.

I am also thankful to be given the opportunity to know this one colleague better. I have never worked with him before, but I did hear a lot of things though. It has been one whole week now and I think I have changed my perception towards him. For me he is a very committed young man but somehow being too active with his co-curricular activities has affected his performance.

He has helped me a lot and is very committed. He may not know it but I have prayed very hard that he is serious on the task given...and my prayer was granted. Thank you Allah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Something happened yesterday which I don't want to talk about it here. But I would like to say "thank you" to those who care and called me to know what happened and also to console. Hey, I may be fat and big, I may have the most fierce face in this world, but I still neet those little sweet words to console me and to remind me that things will be allright...So dear friends, you know who you are, "thank you".