Friday, August 13, 2010

Bilik-Bilik

Hmmm, entry terdahulu ada gambar-gambar ruang tamu dan dapur rumah kan? Sempena setahun duduk di Ferum ni, saya nak letak gambar bilik pulak...sejak akhir-akhir ni, ramai pulak orang yang datang, sampai ada masa tu, tak cukup bilik. Walaubagaimanapun, kalau setakat 1 keluarga tu, memang cukup, insya allah.

Yang ni bilik kecil di bawah. Sekiranya emak/mak mertua yang datang, this room is their room. Kalau tetamu datang dan ingin bersolat, they will use this room also. Bilik ni nostalgia sebab perabotnya semuanya perabot yang saya beli sejak duduk di seksyen 17 Petaling jaya lagi...for this reason, this room is special to me.

Almari ni saya beli dengan Shima di...PJ juga, ingat kedainya, tapi tidak ingat seksyennya...he he..Shim, hang punye wardrobe tu elok lagi tak?..oppss, penyidai baju kat atas tu pun saya beli di kedai yang sama..dah sepuluh tahun lebih saya guna
Katil..katil ni sebenarnya saya ambil orang buang...ha ha ha...orang tu letak kat tangga rumah, saya ambil...saya bukan curi, kalau orang tu nak amik balik, amikla, saya cuma sayang tengok barang dibuang-buang. Katil ni telah saya gunakan di 5 rumah (seksyen 17 dua rumah, Bangsar, dan Shah Alam 2 rumah)...berkat pulak katil ni kan??

ooo ye, tilamnya (walaupun tak nampak), saya beli dari China jual tilam yang naik lori tuh..China tu gila, ada ke dia ajak saya dengan Shim g keluar makan dengan dia? Ada satu hari tu (waktu cuti), saya tengah sidai baju, dia lalu dengan lori dan jerit-jerit tanya saya nak keluar dengan dia tak? betulla, kebetulan, ada sorang brother yang duduk a few houses away lalu dengan kereta dia waktu tu ( I memang berkenan dengan brother ni)...apa lagi, brother ni pun tengok semacam je dengan I...isk..betul la, buat leceh betul China tu

Oh, comforter tu pulak, beli dari Kak Roshaini aja, tolong dia kan...saya suka comforter tu, tapi memang sudah lusuh tahap gaban.
Hmmm, yang ni 1st bedroom di tingkat atas rumah. Bilik ni pulak, penuh dengan perabot yang saya beli waktu tinggal di Baiduri ketika baru kahwin. Baru ni, katil ni separuh runtuh dikerjakan oleh tiga orang anak teruna yang perasan mereka masih kanak-kanak.....adake dah form 4 dan form 5 lompat lagi atas katil?...betul la...tapi you alls, jangan tak datang pulak ye lepas ni, Acik Shuk dah betul kan katil ini, dia lekat kan balik dengan besi supaya tak runtuh, kalau runtuh gak, cikbib beli baru..(cikbib kan kaya..amiin...pas ni beli tanah kat atas tu and buat bangalow, amiin)

Katil ni beli kat Perabot Bahagia Seksyen 9...bila bawa pindah, dia punye skru longgar sikit..so, Shukri kena pakukan jadi permanent and stabil. Cadar tu pulak, saya beli di Laos...saya suka cadar ni, tapi tak boleh guna untuk katil master bedroom sekarang sebab saiznya lain.


Nampak karpet tu? yang tu beli kat kedai karpet yang kami singgah everyweek lepas joging dan makan roti canai di seksyen 9. Saya selalu singgah dan boleh tak beli satu mende pun, tapi bila Shukri ikut singgah, dia tu mesti tidak dapat menahan hawa nafsunya untuk membeli, lalu terbelilah karpet tuh...wa ka ka...almari yang nampak bucu aje tu pulak, beli kat perabot bahagia aja...haa, yang cermin dinding tu pulak, yang tu baru sikit, kami beli di Nilai 3..Bilik ni selalu di huni oleh orang Ipoh (kakak dan abang Hatta) dan Athirah. Athirah loves this room

Bilik ni, ada campur-campur. Karpet tu, beli kat Makro Ipoh waktu saya nak kawin..since emak simpan je, saya curi bawa balik Shah Alam..he he...cermin tu, memang baru beli kat Giant Seksyen 14..belum gantung pun lagi..
hmmm, katil ni baru 2 bulan beli..kat kedai Ten on Ten Plaza Massalam. Teringin nak ada English style kan, so beli lah satu katil warna putih. Cadar tu, cadar lama, tapi cantikkan...bilik ni sebelum ni jadi bilik iron baju. Shuk and I fikir, sebelum bilik ni jadi bilik operasi macam dekat Baiduri, better put some furnitures and decorate it. I like this room.

Yang ini pulak, master bedroom..oo, langsir tu kita orang buat dekat Lentera, somewhere near Jusco Equin Park. One whole house, harga dalam RM2,300.00 (campur langsir sliding door, jangan lupa). Waktu kat Baiduri dulu, kita orang beli je kain dan suruh orang Nagoya tu jahit..mana tahu nak menempah kat kedai lain...kalau ada tv, nak letak di sudut inilah, best kan (berangan, jangan tak berangan)

Bilik ni, banyak yang baru. Katil ni baru beli after more than six months we moved to the new house. Beli dekat...Valencia...tak jauh dari Lentera la..Sebenarnya kami beli satu set dengan meja cermin, tapi lepas tu cermin dia pecah...kita orang pun beli la meja cermin satu dekat Perabot Bahagia lagi, he he ...tapi saya suka meja cermin yang baru tu sebab dia ada macam sliding yang membolehkan kita simpan barang di belakang..penting tuh, barulah kurang kesemakan

Hmmm, yang ni cabinet pasang waktu buat renovation rumah...yang sebelah tu, pintu toilet la

oh ye, frame gambar tu,abang bagi, dari Malawi. Dia bagi dua, satu lagi, ada orang amik. Sape ntah...

from another angle..o ye, cadar tu, beli kat kedai jual cadar di Putrajaya, Made from China la...bila I tengok je cadar ni, terus jatuh cinta...ooooooh

Bilik ni tak de carpet lagi, tengok budget...lagi satu, kalau ada tv lagi best kan...he he

itu aja lah, gambar ni di ambil pada 1 Ogos 2010, one year after we moved. Insya allah, semoga Allah akan memberi kesihatan dan kelapangan untuk saya maintain rumah ini dengan penuh kasih sayang.

Thursday, August 12, 2010

Mengimbau Kenangan di Baiduri




Gambar-gambar di atas mengimbau kembali kenangan di Baiduri yang telah kami tinggalkan hampir setahun. We had such a good time there and we love the house very much...just that after sometimes we feel that we need more space..semoga adik-adik yang menyewa rumah tu sekarang dapat menyayangi dan menjaga rumah ini sebaik kami menjaganya dulu...


















Sunday, August 1, 2010

SETAHUN DI JALAN FERUM

Pejam celik, pejam celik, kami sudah setahun di Jalan Ferum. Pada tarikh yang sama tahun lepas, kami berdua terkejar-kejar untuk menguruskan perpindahan. Pada masa yang sama, kami juga sedih untuk meninggalkan Baiduri yang penuh dengan kenangan.

Rasanya duduk di rumah baru ni sangat ok. Walaupun tidak sempurna, kami tetap sayang rumah ni. Antara ciri-ciri yang penting adalah tempat ini adalah selamat (insya allah), tenteram (agak jauh dari jalan besar, unlike Baiduri), jiran-jiran yang amat prihatin dengan kebersihan luar rumah (buat masa ini la), and somehow, rasanya keadaan rumah tidak berapa panas (air ventilation not bad) dan banyak lagi.

Masaalah pulak...he he he...ada Johnny bikin filem kat sebelah rumah (anjing la)...sabar je la...lagi satu, mungkin di tingkat bawah ni, agak gelap sebab pencahayaan kurang...bukaan rumah yang hanya 20 kaki dan kedudukan tangga di bahagian depan mungkin adalah penyebab kepada keadaan ini,...still tolerable anyway, boleh pasang lampu lagipun. Lagi satu, saya geram sikit dengan pilihan toilet bowl di tandas bawah..perlu di tukar satu hari nanti...

Untuk improvement...kalau mampu, insya allah kita beli tanah kat atas tu dan buat bungalow...wakaka..

If not, maybe we will extend the kitchen, to replace the fence will solid wall, to change the porch floor with tiles and to have a new LCD tv...he he he, so that we could move the present tv to our bedroom, barulah macam hotel. Lagi satu, to install air conditioner in our living room

hmmm, I have thought of uploading photos of the rooms which I have not done earlier. Unfortunately our laptop's bluetooth is not working.

Am I happier here?..hmm I think so. Both of us need more space and no doubt Baiduri was becoming a little smaller. The space also allow us to entertain more guests..yup, we received many-many guests since we moved here, alhamdulillah.

And last but not least, I am very happy in my new house because I have the best house mate ever... my beloved tok bomoh..